Tanda Gangguan Saka Dalam Diri Anda



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Adakah anda mempunyai nenek moyang yang pernah mengamalkan saka? Mungkin ya dan mungkin tidak, tetapi apakah tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin tergolong dalam kalangan yang mewarisi saka. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya. 

Saka adalah satu perjanjian mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan sesuatu seperti kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu. Saka boleh diwarisi dan dipindahkan kepada waris si pengamal sehingga tujuh keturunan, lebih-lebih lagi kepada waris yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si pengamal saka.

Seperti tanda-tanda gangguan lain, seseorang yang ada gangguan di dalam dirinya, secara tidak langsung akan menzahirkan tanda-tanda gangguan yang ada di dalam badannya. Kebiasaannya, mereka yang akan mewarisi saka akan mendapat mimpi-mimpi yang pelik sepertinya, selalu bermimpi jatuh dari tempat yang sangat tinggi, bemimpi berada di awangan dan juga sering bermimpi dikejar binatang dan dipatuk ular. Selain daripada mendapat mimpi-mimpi tersebut, terdapat juga tanda-tanda yang sangat jelas sekiranya seseorang itu mempunyai saka di dalam dirinya. Antara tandanya ialah, acap kali bermimpi menerima satu bungkusan dari seseorang, bermimpi sedang menyusukan bayi atau mendukung. 

Selain dari mendapat petanda dari mimpi, terdapat juga petanda lainnya seperti, mempunyai kesan lebam pada bahagian tubuh setelah bangun dari tidur, rumahtangga sering bermasalah, sering bergaduh walaupun dalam pperkara remeh, anak-anak yang tidak mendengar kata dan degil serta kerap rasa sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali.



Jika anda didapati menpunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas, segeralah mengambil tindakan awal dengan berjumpa pengamal perubatan Islam yang bertauliah. Selain itu, selidiki salasilah keturunan anda mungkin ada nenek moyang anda pernah mengamalkan saka. 

Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat juga merupakan ssalah satu cara untuk mengeluarkan saka dalam badan seseorang. 

Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud. Sebaiknya, jika anda benar-benar bersungguh-sungguh ingin membuang saka dari tubuh badan anda, sentiasalah mengamalkan ayat-ayat ruqyah atau pun amalan zikir al-Ma’thurat setiap pagi dan petang.


Sekian 



9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Terima kasih atas perkongsian. sy pernah berubat secara tradisional katanya dlm badan ada jin, tp sy belum lgi cek dlm perubatan islam, semoga Allah menjauhi perkara2 sedemikian.

    ReplyDelete
  2. hari tu pernah berubat secara tradisional, ada yg kata dlm badan nie ada benda yg menumpang. hmmm belum lgi berubat secara perubatan islam, kalau dr segi perubatan moden sy ada penyakit muscle pain.. apapun terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba pula perubatan islam , in shaa Allah akan berhasil..

      Delete
  3. Alhamdulillah sekarang dah takde mimpi bukan-bukan. Dulu selalu jugak ada lebam kat badan..

    ReplyDelete
  4. Wanie selalu jugak mimpi jatuh bangunan (o.o)
    Ade jugak one time mimpi ada ular besar anaconda tu lilit rumah.
    Rasa scary plus thrilled masa bangun tido time tu.
    Rasa macam adventure pun ada =.=

    ReplyDelete
  5. Gangguan saka tak semestinya dari keturunan. Ada kes saya rawat jin saka yang terbebas dan ingin mencari tuan baru. Mujur ahli keluarga pesakit ini kesan awal dan terus ikhtiar rawat. Alhamdulillah dipermudahkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post