PRU 3 : 1969 : Peristiwa 13 Mei

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 yang merupakan pilihan raya umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur pada bulan yang sama. Oleh sebab Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini menyertai pilihan raya umum. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi, iaitu satu kenaikan 38.5%.

Kempen pemulauan pilihan raya

Parti Buroh Malaysia telah dilaporkan memperhebatkan kempen menyeru orang ramai supaya memulaukan pilihan raya yang akan diadakan pada 10 Mei 1969 itu. Kempen itu dijalankan dengan menyebarkan lebih banyak risalah yang menyeru orang ramai supaya jangan keluar membuang undi. Parti Buroh juga telah menggunakan isu pembunuhan seorang anggota Parti Buroh di Kepong sebagai salah satu daripada gerakan kempen mereka. Parti Buroh menyifatkan pembunuhan itu sebagai usaha bersama yang dijalankan oleh Malaysia dan Singapura, untuk mengekalkan kedudukan imperialis Amerika-British di negara ini.

Setiausaha Agung Perikatan, Tan Sri T. H Tan turut mengeluarkan kenyataan yang menjangkakan kekacuan yang akan ditimbulkan oleh penyokong komunis dalam Parti Buroh pada hari pembuangan undi. Kekacauan itu bertujuan untuk menganggu perjalanan Pilihan Raya pada 10 Mei 1969. Kawasan yang dijangka  mungkin berlaku kekacauan ialah Jinjang, Batu, Bangsar, Menglembu dan beberapa kawasan lain yang pernah menjadi kubu kuat Parti Buroh.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Polis Pulau Pinang, Encik Albert Mah dalam satu kenyataan yang disiarkan di akhbar bertarikh 9 Mei 1969, telah menyeru pengundi-pengundi di Pulau Pinang supaya tidak mendengar berita-berita khabar angin yang mengatakan bahawa negeri Pulau Pinang akan dikenakan perintah berkurung pada hari pembuangan undi.

Polis Siap Sedia

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Salleh telah menetapkan tindakan berjaga-jaga yang diambil oleh pihak polis bagi menjamin keselamatan 3.3 juta pengundi di Malaysia Barat agar dapat keluar mengundi tanpa sebarang ugutan, halangan dan paksaan. Pengumuman tersebut dibuat sebaik sahaja beliau menamatkan lawatan ke seluruh pasukan polis di tiap-tiap negeri. Pegawai-pagawai polis dari Cawangan Khas, mata-mata gelap dan mata-mata biasa telah diberi tugas khas untuk mencegah sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku pada hari pembuangan undi. Pasukan Field Force, Pasukan Polis Simpanan Khas juga akan ditempatkan di kawasan penting dan merbahaya.

Sekatan-sekatan bagi jalan raya yang masuk ke pusat Kuala Lumpur juga telah dilakukan oleh Polis mulai 9 Mei 1969. Sekatan ini bertujuan untuk mencegah kemasukan senjata-senjata yang ditakuti akan digunakan oleh anasir-anasir jahat bagi melakukan kekacauan dalam Pilihan Raya Umum. Bas, teksi dan kereta telah diperiksa dengan rapi dalam sekatan polis yang diadakan di Cheras dan Sentul bagi kenderaan-kenderaan yang menuju ke Kuala Lumpur. Pasukan Polis Pencegah Rusuhan, Pasukan Polis Simpanan Persekutuan dan sepasukan askar telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di Ibu Pejabat Polis Selangor. Kawalan keselamatan yang lebih ketat juga akan dilakukan oleh Polis di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai ahli dan penyokong Parti Buruh Malaysia iaitu Kepong, Jinjang, Ampang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kawalan ketat itu dilakukan berikutan dengan desakan daripada Pari Buroh yang meminta orang ramai supaya memulaukan Pilihan raya 1969.



Keputusan pilihan raya

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Walaupun parti campuran ini memperoleh 95 kerusi berbanding 89 kerusi dalam pilihan raya yang lain, ini hanya merupakan 66% daripada Dewan Rakyat yang kini telah diperluaskan. Dengan kata yang lain, Parti Perikatan telah hilang majoritinya buat pertama kali dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanapun, ini bukan merupakan satu masalah yang besar disebabkan parti campuran ini hanya memerlukan lagi seorang sahaja daripada parti pembangkang ataupun calon bebas untuk mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan untuk meneruskan pemerintahan. Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%.

Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153dalam Perlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi.

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukan-julukan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei.



Jadual keputusan


2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Moga PRU 2018 kali ni berakhir dengan baik-baik dan mendapat keputusan yang terbaik seterusnya 'menyenangkan' rakyat.

    ردحذف
  2. Peristiwa hitam ini seringkali dimainkan pihak kerajaan lalu untuk mengekalkan kuasa, syukur rakyat kita bijak...

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم