PRU 7 : 1986 : Pilihan Raya Umum Ke 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 merupakan pilihan raya umum yang ke-7 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang kedua sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.


Keputusan Pilihan Raya

Dengan kemenangan 148 kerusi daripada 177 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 83.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir. Bagaimanapun, bilangan undi sebanyak 55.8% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%.



Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 29 kerusi yang tinggal, iaitu 16.4% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Sementara PAS hanya memenangi satu kerusi iaitu kerusi Parlimen Pengkalan Chepa,Kelantan melalui Allahyarham Haji Nik Abdullah Arsyad.

Sekian

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post