Tutorial Remove Label/Tag Pada entri



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Cerita kali ini adalah berkenaan tutorial nak buang Label atau Tag pada entri. Macam aku sendiri kadang-kadang ada entri yang tersilap di letak Label. Ada jugak beberapa Label yang aku buat pada zaman dahulu kala yang merapu, jadi aku perlu buang Label itu. 

Jadi ada dua situasi untuk buang Label disini. Pertama, buang Label secara menyeluruh. Kedua, buang Label hanya pada entri yang tersalah Label. Faham kan? Jom lihat cara-caranya!


1. Langkah pertama adalah anda perlu pilih Label yang anda mahu buang. Sebagai contoh, aku pilih nak buang Label chord lagu. Jadi, aku pilih Label itu dan dekat senarai entri akan ada hanya entri yang berlabel itu sahaja.


2. Langkah kedua pula adalah untuk select all pada semua entri berlabel itu jika anda nak buang terus Label itu. Kalau anda tersilap letak Label dan nak buang Label pada entri tertentu, hanya pilih entri yang tersilap letak Label itu sahaja.


3. Langkah terakhir adalah, pada bahagian Label di atas senarai entri-entri tersebut, anda pilih Label yang sama dengan Label yang anda nak remove.


4. Dah tiada label yang kita nak buang! Hanya 3 langkah yang mudah sahaja.

Mungkin ada ramai blogger yang sudah tahu tentang cara-cara buang atau remove label pada entri. Macam aku sendiri, aku baru tahu pada beberapa hari sebelum ini sahaja. Jadi, untuk memudahkan aku untuk masa hadapan, kalau aku terlupa cara nak buang Label, aku hanya perlu rujuk pada entri ini sahaja. 

Kepada rakan-rakan yang belum tahu fungsi dan juga cara-cara nak buang Label , bolehlah baca dan fahami tutorial kali ini. Kalau ada sebarang soalan, boleh ajukan di ruang komen.


Sekian.

8 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian tutorial ni. mudah faham.

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete
  2. owh... label je kan hilang... entry tak hilang kan... nak buat juga la... sbb byk label berulang dan mengarut... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. label sahaja. entri tak akan hilang kalau ikut cara dgn betul :)

      Delete
  3. Ada label yang saya tak boleh buang terutama yang saya copy html giveaway dulu2..terpaksa biar camtu je

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.