Haqiem Rusli is cancelled! Depression sekadar gimik!



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Entri kali ini aku nak ulas tentang apa yang berlaku dan hangat pada industri seni muzik negara. Memandangkan aku berada di dalam bidang seni , maka aku terpaksa ambil tahu juga tentang hiburan yang berlaku. Kisah kali ini adalah berkenaan Haqiem Rusli , dan tajuk kisah ini adalah Haqiem Rusli is cancelled!

Twitter : HaqiemRusli

Pada bulan Jun yang lalu , beliau  iaitu HR ada membuat kenyataan bahawa beliau akan bersara daripada dunia nyanyian dan juga industri hiburan akibat depression. Tetapi belum lagi membuat pengumuman secara rasmi tarikh persaraan beliau. Ramai peminat HR iaitu dikenali dengan nama Qiemiellio sedih dan sebagainya. Tak kurang juga yang menghentam HR atas keputusan ini.

Kemudian, isu ini timbul semula pada hari beberapa hari yang lalu kerana muncul satu program terbitan radio tempatan yang mendedahkan bahawa HR sudah kembali dan sudah pulih daripada depression itu. Di amsa yang sama, HR juga merelease kan lagu baru pada hari dan waktu yang sama. 

Instagram : hotfm976

Di program itu , telah dijemput juga penyanyi BBNU (Budak budak baru nak UP) untuk sertai HR. Antara yang terlibat adalah Wany Hasrita, Ara Johari dan Ernie Zakri termasuklah pengacaranya Sarancak. Selepas program itu tamat, segalanya didedahkan tentang program itu oleh Ernie Zakri.

Instagram : erniezakri

Instagram : erniezakri

Rupa-rupanya mereka dijemput bukan untuk promosi naskhah muzik terbaru atau sebagainya tetapi sebagai satu bahan untuk menyokong gimik persaraaan tidak jadi oleh HR. Anda boleh baca panjang lebar Ernie Zakri memberi kenyataan balas terhadap seorang peminat HR tegar.

Instagram : erniezakri

Turut memberi komen adalah mereka-mereka yang dijemput iaitu Ara Johari dan Wany Hasrita. Kepada anda yang nak melihat video program itu , boleh lihat di instagram Hotfm @hotfm976.


Twitter : elizabethtsm

Yang membuatkan orang ramai marah adalah sebab HR menggunakan depression sebagai gimik untuk melancarkan lagu baru. Macam seperti yang dikatakan oleh Elizabeth Tan, depression ini salah satu perkara yang serius. Depression bukannya boleh pulih sebegitu sahaja. 

Pendapat aku , tak perlulah gimik untuk melariskan produk atau barangan yang kita ingin jual. Dalam kes ini , gimik untuk melariskan lagu yang akan dilancarkan. Sayang sungguh kerana HR mempunyai bakat dan suara yang bagus. Bagus disini maksudnya masih boleh diperbaiki di masa akan datang. Bakat beliau menulis lagu juga agak baik. Tetapi semuanya dimusnahkan oleh attitude sebegini.



Yang menambahkan api di hati yang masih menyala adalah apabila HR mengeluarkan kenyataan yang sama iaitu beliau masih muda. Orang muda MESTI akan buat kesilapan. Maksudnya, selepas ini kalau ada artis muda yang buat salah , bolehlah gunakan skrip yang sama. Selepas buat salah , terus katakan bahawa orang muda, biasalah buat salah. Tahi!


Mengambil contoh daripada salah seorang pengguna twitter, beliau mengatakan tak perlu gimik untuk lagu dikenali dan menjadi penyanyi atau anak seni yang berjaya. Sayang sungguh! Sebab HR dah ada fanbase yang besar.

Kesimpulannya, Haqiem Rusli is cancelled. Sebab utamanya adalah membuat gimik. Keduanya membuat gimik menggunakan sebab depression. Macam manalah perasaan orang yang sebenar-benarnya sedang depression apabila dengar kenyataan daripada HR ini?

Sekian















16 comments:

  1. Senang sangat orang sekarang guna perkataan DEPRESSION untuk menggambarkan kondisi mereka sedangkan mereka tak tahu pun apa erti sebenar perkataan tu. Shea pun pernah guna perkataan tu di socmed but i am nobody, so nobody will care for sure. Masalah sekarang, dia ni artis tho kau muda camner pun bila orang tua nasihat/tegur, hadam dan dengar la. Jangan ikut darah muda kau tu sangat. Management pun kena main peranan juga. Betul la kata 1 tweet kat atas yang membandingkan Tokti dengan HR ni. Tokti pun muda juga masa jadi artis dulu okay! #sisemo #sorry

    ReplyDelete
  2. jangan dia betul2 depression sudahlah lepas kena kecam netizen

    ReplyDelete
  3. Eleh, aku lama dah tahu Qimio baru nak up ni buat gimik. Pasal? dia kan baru beli kereta Proton Inspira A.k.A Mitsubishi Lancer, dah tu kalau dia stop karier. Ansuran bulanan kereta ni nak bayar dengan apa? dengan pasir! wani, ara dan ernie, patut terima kasih bebanyak kat hakim, secara tak langsung promote korang yang agak dah suam-suam kuku.

    ReplyDelete
  4. Macam2 hal dunia artis nie, nak fufular dengan cepat, tue yg buat bukan2... adoii despression nie bukan boleh dibuat main-main...

    ReplyDelete
  5. Bagi aku.. Budak Hakim ni kurang professional, I mean TAK PROFESSIONAL LANGSUNG... Dia tak tahu kot depression ni bukan benda yang boleh dibuat main main, in fact aku rasa dia ni tak tahu pun what the heck DEPRESSION is sebab tu main-main macam tu, dia tak tahu ke dah berapa ramai pengidap depression ni mati bunuh diri. Sebab tu lah dalam kepala otak tu kena ada ilmu, takde ilmu macam ni lah jadinya. Dia cakap dia muda sebab tu dia mesti akan buat silap damn you HR itu bukan silap itu bodoh namanya !!! #sisemojugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur dah 20 tahun.. kalau dia sambung belajar, stress dgn assignment semua tu.. mcm mana lah..

      Delete
  6. Dlm umur dia skrg ni,takda istilah masih muda tuk tau tindakan tu baik ke elok. He got the talent, suara sedap, rasanya takyah nak buat gimmick camni esp bila dh menyusahkan ramai org. Im not a fan and yet not a hater 😊

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.