Marvel Cinematic Universe : Avengers: Infinity War



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Avengers: Infinity War merupakan sebuah filem superhero Amerika yang diterbitkan dan ditayangkan pada tahun 2018. Filem ini adalah berdasarkan watak di dalam Komik Marvel, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Filem ini merupakan sekuel kepada filem The Avengers (2012) dan Avengers: Age of Ultron (2015) dan juga merupakan filem ke 19 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, manakala lakon layarnya ditulis oleh Christopher Markus dan Stephen McFeely. Hampir kesemua watak dan pelakon yang pernah membintangi filem MCU sebelum ini telah berlakon dalam filem ini.




Plot :-

Avengers dan Guardians of the Galaxy berusaha untuk menghentikan Thanos daripada mengumpul Inifinity Stones yang akan menyebabkan kemusnahan seluruh alam.



Filem Avengers: Infinity War telah ditayangkan di di Amerika Syarikat pada 27 April 2018. Filem ini menerima begitu banyak pujian dan kritikan positif mengenai watak dan juga plot filem ini. Filem ini menjadi filem ke empat dan filem adiwira pertama yang mengumpul jumlah box office lebih daripada USD$ 2 Bilion seluruh duni (USD$2.040 Bilion) , memecahkan beberapa rekod dunia dan menjadi filem paling tinggi kutipannya sepanjang tahun 2018 setakat ini. Sekuelnya yang masih tidak bertajuk dijadulakn untuk ditayang pada 3 Mei 2019.



Senarai pelakon
  • Robert Downey Jr - Tony Stark/Iron Man
  • Chris Hemsworth - Thor
  • Mark Rufallo - Hulk/Bruce Banner
  • Chris Evans - Steve Rogers/Captain America
  • Scarlett Johansson - Natasha Romanoff/Black Widow
  • Benedict Cumberbatch - Doctor Strange
  • Don Cheadle - James "Rhodey" Rhodes/ War Machine
  • Tom Holland - Peter Parker/Spider-Man
  • Chadwick Boseman - T'Challa/Black Panther
  • Paul Bettany - Vision
  • Elizabeth Olsen - Wanda Maximoff/Scarlet Witch
  • Anthony Mackie - Sam Wilson/Falcon
  • Sebastian Stan - Bucky Barnes/Winter Soldier/White Wolf
  • Tom Hiddleston - Loki
  • Idris Elba - Heimdall
  • Peter Dinklage - Eitri
  • Benedict Wong - Wong
  • Pom Klementieff - Mantis
  • Karen Gillan - Nebula
  • Dave Bautista - Drax the Destroyer
  • Zoe Saldana - Gamora
  • Vin Diesel - Groot
  • Bradley Cooper - Rocket
  • Gwyneth Paltrow - Pepper Potts
  • Benicio del Toro - Taneleer Tivan/The Collector
  • Josh Brolin - Thanos
  • Chris Pratt - Peter Quill/Star-Lord
  • Danai Gurira - Okoye
  • Letitia Wright - Shuri


Sekian


Sumber : Wikipedia

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Taort pon memang peminat Marvel, Tarot tgok hampir semua cerita Marvel

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sama lah kita... saya dh tengok semua movie marvel..

      Delete
  2. terbaek cerita ni.. tp ending x berapa suka.. x sabar tunggu sambungan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg tak suka ending.. tpi saya suka sbb semua org tk jangka ending akan jdi mcm tu..

      Delete
  3. Best cerita ni, slalu ikuti cerita marvel

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post