Tak Dapat Kemaskini Maklumat Pendapatan di PTPTN



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Disebabkan ramai yang sedang bercakap mengenai kemaskini maklumat di laman web PTPTN, aku pun tanpa berlengah nak juga update pendapatan aku dekat situ. Senang je sebenarnya.


Hanya perlu masukkan no IC dan no pinjaman.  Dekat mana nak cari no pinjaman? Macam aku sebelum ini , PTPTN ada hantar emel tentang penggabungan bagi pinjaman ketika aku diploma dan degree. Disitu juga disertakan no pinjaman.


Malang menimpa apabila aku tak dapat nak masuk ke dalam ruangan untuk mengisi maklumat pendapatan. Sudah banyak kali aku cuba. Mungkin salah pada no IC atau pada no pinjaman. Beberapa kali aku cuba , tiba-tiba aku terpandang dan terbaca pada ayat selepasnya iaitu BELUM PATUT BAYAR BALIK. Adakah aku tergolong dalam golongan itu?


Seterusnya , aku terus geledah laman web PTPTN mencari bahagian bayaran balik pinjaman. Dapat di lihat di bahagian tempoh itu, di no 1 :-

Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menungu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.

Nampaknya aku sememangnya tergolong dalam golongan itu, kerana aku baru tamat pengajian pada januari yang lalu. Sehingga bulan Julai ,belum algi mencapai 12 bulan. Walaubagaimanapun , aku amsih rasa terkilan sebab tak dapat nak update. Sebab aku bukannya nak tunggu 12 bulan baru nak bayar pinjaman ini.

Oh , satu lagi , aku masih belum konvokesyen, mungkin pada bulan 10 nanti. In shaa Allah aku akan minta untuk dibuat pengecualian bayaran balik pinjaman bagi pinjaman sewaktu degree. In shaa Allah , aku harap aku layak untuk menerima pengecualian itu.

Sekian

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post