Sejarah Penganjuran Sukan Asia [ Asian Games]



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Bersempena dengan Sukan Asia 2018 iaitu edisi ke 18 yang akan berlangsung tak lama lagi, aku mengambil insiatif untuk menambahkan lagi kehangatan Sukan Asia ini. In shaa Allah dalam bulan Ogos ini akan ada beberapa entri mengenai sukan asia.

Baca Juga :Malaysia di Sukan Sea 2001 ]



Sukan Asia juga dikenali sebagai Asiad, adalah sebuah acara pelbagai jenis sukan peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Temasya sukan tersebut dikawal oleh Persekutuan Sukan Asia (AGF) dari edisi pertama di New Delhi, India hingga ke edisi tahun 1978. Sejak edisi tahun 1982, ia telah dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia selepas perpecahan Persekutuan Sukan Asia.

Sejarah Penganjuran Terdahulu

Edisi 1 [1951]
Tuan Rumah : New Delhi, India
Penyertaan Negara : 11
Acara Sukan : 57
Juara Keseluruhan : Jepun

Edisi 2 [1954]
Tuan Rumah : Manila, Filipina
Penyertaan Negara : 19
Acara Sukan : 76
Juara Keseluruhan : Jepun

Edisi 3 [1958]
Tuan Rumah : Tokyo, Jepun
Penyertaan Negara : 16
Acara Sukan : 97
Juara Keseluruhan : Jepun

Edisi 4 [1962]
Tuan Rumah : Jakarta, Indonesia
Penyertaan Negara : 12
Acara Sukan : 88
Juara Keseluruhan : Jepun

Edisi 5 [1966]
Tuan Rumah : Bangkok, Thailand
Penyertaan Negara : 16
Acara Sukan : 143
Juara Keseluruhan : Jepun

Edisi 6 [1970]
Tuan Rumah : Bangkok, Thailand
Penyertaan Negara : 16
Acara Sukan : 135
Juara Keseluruhan : Jepun

Edisi 7 [1974]
Tuan Rumah : Tehran, Iran
Penyertaan Negara : 19
Acara Sukan : 202
Juara Keseluruhan : Jepun

Edisi 8 [1978]
Tuan Rumah : Bangkok, Thailand
Penyertaan Negara : 19
Acara Sukan : 201
Juara Keseluruhan : Jepun

Edisi 9 [1982]
Tuan Rumah : New Delhi, India
Penyertaan Negara : 23
Acara Sukan : 147
Juara Keseluruhan : China

Edisi 10 [1986]
Tuan Rumah : Seoul, Korea Selatan
Penyertaan Negara : 22
Acara Sukan : 270
Juara Keseluruhan : China

Edisi 11 [1990]
Tuan Rumah : Beijing, China
Penyertaan Negara : 36
Acara Sukan : 310
Juara Keseluruhan : China

Edisi 12 [1994]
Tuan Rumah : Hiroshima, Jepun
Penyertaan Negara : 42
Acara Sukan : 337
Juara Keseluruhan : China

Edisi 13 [1998]
Tuan Rumah : Bangkok, Thailand
Penyertaan Negara : 41
Acara Sukan : 376
Juara Keseluruhan : China

Edisi 14 [2002]
Tuan Rumah : Busan, Korea Selatan
Penyertaan Negara : 44
Acara Sukan : 419
Juara Keseluruhan : China

Edisi 15 [2006]
Tuan Rumah : Doha, Qatar
Penyertaan Negara : 45
Acara Sukan : 424
Juara Keseluruhan : China

Edisi 16 [2010]
Tuan Rumah : Guangzhou, China
Penyertaan Negara : 45
Acara Sukan : 476
Juara Keseluruhan : China

Edisi 17 [2014]
Tuan Rumah : Incheon, Korea Selatan
Penyertaan Negara : 45
Acara Sukan : 476
Juara Keseluruhan : China

Edisi 18 [2018]
Tuan Rumah : Jakarta & Palembang, Indonesia

Edisi 19 [202]
Tuan Rumah : Hangzhou, China


Fakta Menarik :-
  • Negara Jepun pernah menjadi juara keseluruhan berturut-turut sejak edisi pertama sehinggalah edisi ke 8. Manakala negara China pula mendominasi selepas itu.
  • Negara Thailand merupakan negara paling kerap menganjurkan Sukan Asia apabila pernah menganjurkannya pada edisi 5, 6, 8, dan 13.
  • Pada edisi ke 6, sepatutnya tuan rumah adalah Seoul, Korea Selatan.
  • Pada edisi ke 8, sepatutnya tuan rumah adalah Karachi, Pakistan.
Sekian


Sumber : Wikipedia 

Sumber Gambar : Google Image

4 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.