Pau pun kena SST! - Bekas Perdana Menteri ke 6



Assalamualaikum dan salam sejahtera



KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bukan saja memberi kesan kepada rakyat biasa malah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak turut terkena tempiasnya.

Beliau yang kini aktif mengulas isu semasa dalam laman sosialnya kali ini memilih untuk meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ selepas kuih pau yang dibelinya dikenakan SST. Dalam catatan di akaun Twitter miliknya pada Ahad, Najib mendakwa SST dikenakan ketika beliau membeli kuih tersebut di sebuah restoran terkenal di Tanjung Malim, Perak.

“Berhenti di kedai Pau Yik Mun, Tg (Tanjung) Malim untuk membeli pau. Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil!

“Kedai Pau pun kena SST,” tulisnya dalam status tersebut.



Malah, Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik gambar resit diterimanya dan dalam resit tersebut jelas terpampang SST berjumlah RM3.80 dikenakan kepada Najib.

Sumber : Astro Awani

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Tak tahu nak cakap macam mana sebenarnya...atau mungkin dah malas nak bercakap...lihat..perhati...moga semua baik-baik sahaja..

    ReplyDelete
  2. tak tahu nak komen juga. Sb lupa zaman dulu macammana SST goes compare now. But rasa sepatutnya SST lagi ok dr GST. entahla. Tapi tgk kat bill ada extra sen-sen pulak, rasa bayar lagi lebih.

    ReplyDelete
  3. Hmm mahal jugak tu. Padahal pau. Sekarang ni kebanyakan peniaga mula ambil kesempatan bila perlaksanaan SST ni. Harapnya pihak berwajib perlu membuat pemantauan di kawasan-kawasan teetentu supaya tiada peniaga yang berani buat ambil kesempatan dan yang teruk kena tempias rakyat la.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post