"Syabas Kepada Semua" - Panglima TLDM Puas Hati Dengan PASKAL The Movie



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin amat berpuas hati dengan sentuhan pengarah filem Paskal The Movie, Adrian Teh kerana berjaya menghasilkan filem itu, setelah 42 tahun berkhidmat dengan TLDM.

Ahmad Kamarulzaman yang akan bersara pada akhir November, turut menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kerana menitahkan kejayaan misi menumpaskan lanun Somalia di Teluk Aden itu wajar dibukukan dan jika boleh dibuat filem agar ia terpahat dalam sejarah TLDM.

“Saya ucapkan syabas kepada rakan strategik TLDM iaitu syarikat Asia Tropical khasnya pengarah dan penerbit filem ini kerana semua pembikinan filem berkenaan adalah dirancang dan mengambil peluang latihan-latihan yang diadakan,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berbangga filem itu telah menembusi pasaran luar negara bermula dengan Singapura dan bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Brunei, Turki dan juga China.

“Syabas kepada anggota Paskal TLDM yang sama-sama terlibat membuat aksi berbahaya dan khas yang memerlukan mereka terlatih dan berkelayakan melakukannya kerana mereka ini adalah pelakon di belakang tabir,” katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata, filem ini memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada filem tempatan kerana berjaya menyuntik semangat patriotisme.

Paskal ataupun Pasukan Khas Laut yang ditubuhkan dengan rasmi pada 1 Oktober 1982 merupakan pasukan operasi khas TLDM yang antaranya terlibat dalam perang gerila, antipengganas, menyelamatkan tebusan dan lain-lain.

Filem Paskal the Movie yang diterbitkan dengan kos produksi RM10 juta merupakan filem tempatan termahal pernah diterbitkan. Filem arahan pengarah muda itu memaparkan dua insiden sebenar membabitkan PASKAL – Operation Dawn 8: Gulf of Eden dan peranan pasukan itu dalam United Nations Angola Verification Mission II.

Dalam Operation Dawn 8: Gulf of Eden yang dramatik pada 20 Januari 2011 pasukan Paskal berjaya mematahkan percubaan lanun Somalia merampas kapal Malaysia MT Bunga Laurel yang membawa bahan kimia di Teluk Aden, berhampiran Yemen.

Filem itu menyaksikan kutipan box-office RM2 juta pada tayangan sulungnya.

Sumber: Bernama

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post