Review Novel FIXI : Sunyi by Nuril Basri



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tajuk : Sunyi
Penulis : Nuril Basri
Keluaran : April 2017

Sinopsis :

Herwin seorang yang banyak mulut dan dia tidak ingat masa lalunya. Memorinya hanya bergulir dalam waktu kini. Dia rasa itu biasa, sehinggalah dia sering didatangi mimpi dengan pelbagai gambaran dan suasana aneh.

Dan mimpi-mimpi itu adalah petanda bahawa dunia bakal kiamat. 

Dia bertemu dengan Aloysius, Lady Bazooka, dan Dona dalam waktu tegang, di mana penduduk bumi sudah menjadi tidak bertamadun. Undang-undang dan nilai matawang sudah terhapus setelah kecoh berita mengenai asteroid yang bakal menghentam. 

Jadi, Herwin ingin mencari keluarganya sebelum kiamat tiba, dan mereka memulakan advencer bersama. Dunia dibekalkan selama 45 hari sebelum ia berakhir menjadi sunyi sepenuhnya. 


via GIPHY


Review :

Oh My God! Ini buku novel terbaik yang pernah dibaca setakat ini! Aku menyeru kepada semua penduduk dunia supaya lekas-lekas ke keda buku berdekatan dan membeli buku ini!

Jalan ceritanya buatkan aku terbuai-buai di dalam dunia yang semakin hampir ke penghujungnya. Dan ending novel ini merupakan ending terbaik pernah dibaca! Sangat menarik dan mampu membuatkan aku menerima pelbagai perasaan ketika selesai membacanya.

Novel ini patut dijadikan drama! Atau lebih baik lagi jadikan filem kemudian dibahagikan kepada 3 bahagian supaya semuanya diceritakan dengan sempurna di dalam filem itu tanpa sebarang potongan daripada novel!

Tahniah kepada penulisnya! 

Sekian

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Takut kalo baca cerita akhir zaman..Terasa diri ni kosong aje lg... =)

    ReplyDelete
  2. suka penulis nuril basri, urban writer from indonesia :D

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post