Ulasan Trailer Avengers : End Game



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kelmarin iaitu pada 8.30 malam, satu trailer teaser filem Avengers telah pun dikeluarkan di Youtube Marvel Entertainment. Sebagai salah seorang peminat tegar Marvel, semestinya aku sangat teruja dengan trailer yangbaru sahaja dikeluarkan ini. Sebuah filem yang bakal menjadi filem epik pada tahun 2019!

Rasanya masih segar di ingatan tentang apa yang berlaku di dalam filem Avengers : Infinity War! Masih ingatkah anda? Bagaimana di penghujungnya, Avengers buat pertama kalinya kalah di tangan Thanos!

Untuk kesinambungannya, anda boleh lihat pada filem Avengers yang berikutnya iaitu Avengers : End Game pada tahun 2019. Untuk pengetahuan anda, tajuk filem ini hanya diketahui selepas trailer ini dikeluarkan. Baiklah, seterusnya aku akan mengupas setiap apa yang terjadi di dalam trailer tersebut.


Di permulaannya kelihatan Tony Stark [Iron Man] keseorangan diri di dalam satu kapal angkasa. Mungkin ianya adalah selepas terjadinya 'snap' oleh Thanos dimana hanya tinggal Tony dan Nebula sahaja di planet Titan.

Di dalam babak itu juga diperlihatkan Tony seperti sedang merekodkan suara atau imejnya bercakap untuk dilihat oleh Peper Potts iaitu pasangan beliau. Berkemungkinan Pepper Pots akan menjadi Rescue dalam filem ini.


Kapal angkasa yang dinaiki Tony Stark berseorangan. Terfikir juga difikiran dimanakah Nebula? Bukankah hanya tinggal mereka berdua di planet Titan? Bagaimana pula hanya Tony di dalam kapal tersebut?


Kemudian, diikuti pula dengan logo Marvel Studios. Ianya begitu epik kerana logo tersebut juga menjadi debu akibat perbuatan Thanos!


Kelihatan Thanos di kawasan bukit bukau, bersama dengan orang-orang yang juga merupakan sut beliau. Dipercayai beliau menjadi petani di kawasan tersebut setelah misinya berjaya.


Goosebumps! Itulah yang terjadi apabila melihat babak berikutnya dimana Steve Rogers [Captain America] dan Natasha Romannoff [Black Widow]. Boleh dilihat kesedihan mereka yang teramat apabila terjadinya 'snap' tersebut yang menyebabkan separuh makhluk bernyawa menjadi debu begitu sahaja. Captain America menangis kutt!!!


Bruce Banner [Hulk] juga di dalam keadaan sedih. Kelihatan wajah Scott Lang [ Ant-Man], Shuri dan juga Peter Parker [Spiderman].


Yang paling banyak kehilangan sudah tentunya THOR! Beliau kehilangan segala-galanya.


Tidak ketinggalan juga bagi Guardians of The Galaxy, Nebula yang merupakan adik kepada Gamora serta anak kepada Thanos. Nebula kehilangan seorang kakak dan pastinya akan menuntut bela. Aku dapat rasakan watak Nebula akan mengganas di dalam filem ini.


Paling dinantikan, kembalinya Clint Barton [Hawkeye, Ronin]. Ramai yang sedih dan geram kerana ketiadaan beliau di dalam filem Avengers : Infinity War. Pastinya kerinduan akan terubat apabila beliau kembali dengan semangat baru.

Menurut pandangan aku, Natasha Romanoff berjaya untuk menjumpai beliau di Jepun. Beliau juga tidak lagi dikenali sebagai Hawkeye, tetapi sebagai Ronin. 


Jap, dimana jambang Captain America??

...................................................................................


Seterusnya, apa yang dinantikan oleh semua peminat Marvel! Tajuk bagi filem ini iaitu Avengers : End Game! Aku sudah agak sebab ianya telah diungkapkan oleh Doctor Strange di dalam filem Infinity War!


Di babak akhir, kelihatan Scott Lang yang berada di depan pintu bangunan Avengers. Mungkinkah ianya adalah sekadar video yang direkod atau sememangnya Scott Lang sudah berjaya keluar daripada Quantum Realm?

..............................................................................................

Begitu banyak persoalan sebenarnya. Ianya membuktikan bahawa tidak banyak yang dapat dilihat daripada trailer ini sahaja. Tahniah Marvel kerana berjaya untuk memberikan trailer yang sangat sulit untuk kita jangka apa yang bakal terjadi. Kepada yang nak lihat dengan lebih jelas, anda boleh lihat di ruangan Youtube di bawah




Sekian, Terima kasih.

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post