Review Novel Fixi : Nota oleh Shaz Johar



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tajuk : Nota
Penulis : Shaz Johar
Keluaran : Jun 2015

Sinopsis

"OK. Siapa dalam dunia ni yang percaya cakap orang gila?" - Rekha.

Dalam menghasilkan novelnya yang kedua, Ray cuba menyelami kisah hidup seorang wanita yang telah dituduh membunuh penculik anaknya dengan kejam. Kata Rekha, sewaktu polis tiba di tempat kejadian, wanita itu didapati sedang memegang tukul besi manakala baju dan mukanya berlumuran darah. Darah terpercik hingga ke siling, DNA mangsa ada di mana-mana tetapi tubuh mangsa hilang tanpa dapat dikesan. Ray telah diberikan dengan beberapa siri nota yang ditulis oleh wanita itu sendiri untuk mengetahui kisahnya yang sebenar. Tugas Ray, dia hanya perlu membaca nota itu hingga sampai ke penghujung.




via GIPHY


Review :

Pertama-tamanya adalah novel ini terbaik! Ada banyak sangat perkara yang aku suka dalam novel ini. Banyak juga perkara yang tidak dijangka-jangka berlaku. Nak contoh? Takpalah, mungkin nanti spoil pula, kalau nak tahu, kenalah baca dan beli novel ini.

Aku suka jalan cerita di mana seorang penulis novel mencari bahan untuk ditulis. Baru aku faham bagaimana kehidupan seorang novelist. Elemen thriller juga aku sangat suka. Ending yang buatkan aku ternganga sambil menutup mulut, sememangnya tidak dijangkakan. Apalah sambungannya nanti?

Satu lagi yang aku adalah apabila adanya sambungan. Kadang-kadang kita hanya berpuas hati apabila novelnya selesai begitu sahaja. Tetapi untuk novel ini, aku sangat yakin dan sangat pasti bahawa aku inginkan sambungannya sebab ianya agak tergantung. Tak sabar nak baca novel ke dua.

Sekian.


4 comments:

  1. Dah baca jugak buku nota. Otw nak baca nota 2 & 3. Cerita dia not bad jugak.
    https://ikashoid.blogspot.com/2018/09/book-review-nota.html

    ReplyDelete
  2. Nanti nak cari la di kedai buku. Ada jual lagi kan?

    Join sini boleh? https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link.html

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.