Hujung Minggu Bersama Adik



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hujung minggu yang lalu, bermula hari Jumaat, adik aku yang sedang belajar di UiTM Dengkil datang ke rumah maksu aku. Lupa pula nak bagitahu yang aku sekarang ini tinggal di rumah maksu aku. Malangnya hari jumaat yang sama juga maksu aku pulang ke kampung. Jadi hujung minggu itu hanya aku dan adik aku sahaja. 

Sebenarnya aku masih lagi tidak tahu jalan-jalan di sekitar kawasan Kajang dan Bangi ini. Adik aku balik ke Bandar Baru Bangi bersama kawannya, kemudian aku pula kena pick up dia dekat rumah kawan dia. Nasib baik ada google maps, sedikit sebanyak membantu. 

Lepas pick up dia dekat rumah kawan, aku terus bawak adik aku ini ke McDonald terdekat. Pada awalnya aku bercadang nak ke MCD Bandar Baru Bangi, tapi banyak sangat kereta, jadi kami ke McDonald berikutnya iaitu McDonald Drive Through Kajang. Akhirnya sampai juga ke MCD tersebut dengan bantuan google maps. 

............................................................

Hari sabtu, aku ada urusan di Terminal Bersepadu Selatan. Jadi aku bawa adik aku sekali ikut ke TBS dengan menaiki motor, kemudian parking motor tersebut di parking motor MRT Kajang dan terus menaiki komuter KTM ke Bandar Tasik Selatan. Nasib baik stesennya tak banyak.



Sementara menunggu office dimana tempat aku akan berurusan itu buka, kami beli makanan di KFC. Ya, aku baru sedar bahawa harga makanan di KFC sudah naik melampau-lampau. Kami hanya membeli set ala carte sahaja, kemudian makan di tempat duduk luar daripada kawasan KFC.

Setelah urusan selesai, kami pulang ke Kajang. Kemudian singgah di Econsave, beli beberapa barang basah untuk masak dan sedikit makanan ringan untuk dimakan ketika menonton filem. Sampai sahaja dirumah, kami mula membahagi tugas masing-masing. Kemas rumah, masak, basuh baju dan sebagainya.

Pada sebelah malam pula kami bercadang nak lepak-lepak di Uptown Reko di kawasan Econsave, tetapi tak jadi sebab ramai sangat orang dan banyak kereta. Mesti sesak. Jadi, kami ke Mcdonald Kajang. Rupanya tak boleh guna kad debit di tengah-tengah malam. Hampa dan sedih.

Kemudian, kami terus ke MCD Drive Through yang telah kami singgah masa hari jumaat, beli aiskrim, kemudian terus pulang.

...............................................................

Ahad, hari terakhir adik aku berada di rumah maksu aku sebelum pulang ke Dengkil. Paginya masing-masing bangun lambat. Kemudian terus masak. Untuk hari ahad tiada rancangan untuk keluar jalan-jalan melainkan untuk menghantar adik aku pulang sahaja. Untuk makanan tengah hari hanya masak sendiri sahaja. Kemudian jam 5 petang barulah siap-siap untuk menghantar adik aku ke Dengkil.

Aku belum pernah lagi memandu kereta di kawasan tersebut. Alhamdulillah, dengan bantuan Google Maps, akhirnya sampai juga jam 6 petang. Kemudian aku pulang semula ke Kajang dalam keadaan hujan lebat. Alhamdulillah, nasib baik sampai dengan selamat.

..................................................................

Mungkin bagi anda tiada yang menarik dengan cerita aku di hujung minggu. Ya, tetapi suka untuk aku menulis apa yang berlaku supaya di masa hadapan bila aku baca balik kisah ini, aku akan ingat akan setiap moment yang berlaku. Di umur sekarang ini, aku lebih suka untuk bergembira dan mengembirakan ahli keluarga berbanding strangers. Keluarga aku gembira, aku pun gembira.

Sekian.


7 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post