Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk singgah dan lihat bagaimana suasana Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 yang bertempat di PWTC,Kuala Lumpur. Disebabkan aku mendapat tips daripada rakan bahawa kalau nak ke PBAKL, untuk elakkan pengunjung yang ramai, lebih baik pergi hari orang bekerja yakni hari isnin hingga jumaat. Jadi aku pergi pada hari isnin.

Sebenarnya antara tujuan lain adalah untuk menolong rakan aku di Kedah untuk membeli buku kesukaan beliau iaitu buku FIXI. Pada mulanya kawan aku itu nak dating tetapi ada halangan yang tidak dapat diatasi menyebabkan beliau tak dapat hadir. Alhamdulillah, ini merupakan pengalaman kali pertama aku ke pesta buku.

Aku bukanlah seorang yang suka akan buku. Untuk memiliki buku, aku rasa itu bukanlah sifat aku. Aku lebih suka meminjam, baca buku itu, kemudian pulangkannya semula. Tetapi bila aku ke PBAKL 2019 ini keinginan untuk memiliki buku itu mencapai tahap tertinggi.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019


Pagi isnin itu dalam jam 11 pagi, aku dan rakan aku, Adlina ke pesta buku ini dari Shah Alam. Alhamdulillah, perjalanan LRT sangat memuaskan dan tiada sebarang gangguan. Sampai sahaja ke PWTC, ada ramai jugak orang tetapi tidaklah terlampau sesak. 

Kemudian aku terus ke booth FIXI sebab aku nak beli buku yang dikirim terlebih dahulu. Menyelesaikan tugas yang telah diarahkan adalah lebih baik. Manalah tau kalau aku beli pada saat akhir, buku yang diinginkan sudah habis? Bagaimana?

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Kemudian, kami pusing-pusing ke booth lain. Suasana agak meriah dengan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah. Kemudian ada juga seminar atau talk di beri di dalam booth. Boleh dilihat betapa ramainya umat manusia yang masih cintakan buku.

Satu yang aku nak puji adalah dengan adanya pembantu di setiap aras. Pembantu tersebut membantu kita untuk ke booth yang kita inginkan. Senang sahaja setelah dibantu, kita terus sahaja ke tempat yang dituju.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019


Boleh dikatakan banyak juga promosi yang dibuat, ada yang sehingga promosi sebanyak 80%. In shaa Allah aku akan ke PBAKL 2019 lagi pada jumaat ini.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019
5 Buah Buku FIXI : RM50

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Kepada yang belum sempat lagi, luangkan masa anda segera ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019. Pelbagai jenis buku dan aktiviti berilmiah diadakan dan pastinya bermanfaat buat semua.

Sekian.

48 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Seronoknya.. tapi tak berpeluang nak singgah..

    ReplyDelete
  2. Wahhhh nak pergi lagi sekali ye ke PBAKL. Seronoknya.. KSarie nak pergi lagi tapi tuh la mengenangkan buku yang berkoyan-koyan tak dibaca lagi tuh, KSarie batalkan hasrat hati hehehehehhe. KSarie dah follow blog aerill ye:). Salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. in shaa Allah pgi lgi sekali.. thank you Ksarie :)

      Delete
  3. First time jugak pergi tadi. Memang penuh budak sekolah je tadi. Iyelah jenis yang tak berapa minat membeli buku, bila dah sampai sana, terbeli jugak 3 buah buku :))

    ReplyDelete
  4. Tak berpeluang nak singgah. Ada sepupu saya melancarkan bukunya travelog ke Morocco. Best la dapat mencari bahan bacaan ilmiah untuk kita dan anak-anak. Sekurang kurangnya diri kita penuh dengan ilmu. Kat sana yang tak best crowd yang ramai je lah.

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak pergi PBAKL ni. Rasa nya zaman sekolah dulu je kot last. Lagi2 dah pindah jauh, lagi la x berkesempatan nak pegi.

    ReplyDelete
  6. alaaaa teringinnya nak pergi pesta buku tapi belum ada kesempatan lagi untuk ke sana. kalau ada waktu mmg nak singgah. banyak buku nak beli nie. time nilah nak borong buku banyak2. sampai ahad nie kan ?

    ReplyDelete
  7. nice. boleh singgah lepas ni. selalu tak sempat ni

    ReplyDelete
  8. Eh. Nie bahaya kalau Rawlins pergi. Rawlins penggemar novel keluaran Buku Prima. Kalau ada, macam nak borong a few more (padahal ada lagi 5 novel belum baca) hahaha

    ReplyDelete
  9. bagus gak ada pesta buku mcm ni sbb skrg minat membeli n membaca buku dikalangan rakyat Malaysia sudah berkurangan..huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. Nasib sempat pergi last week, tapi tak jumpa buku yang dicari. manusia ramai sangat -,-

    ReplyDelete
  11. Kalau syira pi sini semestinya cari buku Fixi. Mesti borong. Hahaha sebab dulu beli online ja. Kalau pegi sendiri memang berjam la kat sini

    ReplyDelete
  12. meriahnya pesta buku kuala lumpur tahun ni..ulat buku memang wajib la datang borong buku baru. dulu minat novel selalu jugak beli buku novel. sekarang je dah berubah baca buku online

    ReplyDelete
  13. Emi tak pergi pun pesta buku ni sebab masa tu emi balik kampung, ada hal sket. selalu suka jugak jalan2 kat pesta buku.

    ReplyDelete
  14. Kalau kaki buka atau ulat buku memang suka lah pergi expo macam ni hehehe kita ni kalau pergi sini mau bosan dan nak balik cepat jer wakakakak tapi banyak dapat beli buku tu ....

    ReplyDelete
  15. Jualan buku masa pesta buku kl memang best. Sebab harganya sangat murah. Dan memang berbaloi membeli buku kat sini

    ReplyDelete
  16. Meriahnya pesta buku. Macam macam ada. Saya suka kalau ada pesta buku macam ni .Memang boleh duduk berjam jam lamanya mengadap buku saja tau .

    ReplyDelete
  17. Suka datang sini.. Kalau pergi sini cari buku ujang. .Ni ada anak-anak kena la cari buku untuk budak2 ni. .Macam-macam jenis buku ada.. Memg datang sini bawk duit lebih. .Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tu. kalua tk bwk duit kena window shopping je la..

      Delete
  18. Syoknya kalau dapat pergi... Mesti ralit membelek buku...

    ReplyDelete
  19. Eh sampai bila ni pesta buku ni. kalau pergi sana mesti borong sakan buku2 semua ni. takpun boleh duduk lama mengadap apa nak beli.

    ReplyDelete
  20. Bestnya gi pesta buku. Dulu2 memang suka sangat gi pesta buku tapi sekarang masa agak terhad untuk kemana2

    ReplyDelete
  21. Seronoknya dapat pergi ke Pesta Buku. Tak pernah lagi sampai ke pesta buku. Sebab kat tempat sendiri takde. Rasanya kalau ada ni, banyak juga buku yang dibeli ni. Lagi lagi kalau harga yang ditawarkan tu berbaloi sangat sangat.

    ReplyDelete
  22. Tak sempat nak ke sini tahun ni. Bila dah balik stay kelantan ni memang jarang dah dapat ke KL . bestnya kalau dapat ke sini

    ReplyDelete
  23. Murni suka pi pesta buku sbb ada jualan buku murah2 banyak..boleh pilih yang mana berkenan pastu boleh terus beli yang murah2..

    ReplyDelete
  24. Bagus kalau ada masa i pun nak pergi pesta buka macam ni. Buka sahaja boleh buy books at a good price but sambil sambil bleh selak buku yang kita berkenan.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post