Alhamdulillah : 6 Julai 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulillah, hari ini genaplah 24 tahun aku hidup di muka bumi ini, kalau mengikut tahun masihi ya. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada mak aku sebab dah lahirkan aku pada tarikh yang sama, 24 tahun yang lalu.  Susah untuk angah balas apa yang mak dah buat dekat angah selama ini. Seterusnya terima kasih dekat abah jugak sebab besarkan angah sehinggalah sekarang.

Kepada yang membuat ucapan panjang lebar, terima kasih juga diucapkan kerana masih mengingati diri ini. Alhamdulillah. Sebenarnya, untuk hari kelahiran aku, aku rasa yang patut diraikan adalah mereka yang melahirkan kita. Tanpa mereka, tiadalah kita.

Selama 24 tahun ini, aku masih rasa banyak perkara yang belum aku capai. Masih banyak lagi perkara-perkara yang perlu aku buat untuk menjadi seorang yang lebih baik. Mungkin ada yang diumur 24 tahun sudah menjadi jutawan, berkahwin, dah ada anak, cucu dan sebagainya.

In shaa Allah, aku harap agar masa depan aku akan menjadi lebih cerah dan juga dapat berbakti buat kedua ibu bapa aku. Kebiasaannya, tiada sebarang majlis atau sambutan hari lahir diadakan oleh keluarga aku. Untuk tahun ini aku rasa masih sama sebab aku berada jauh daripada keluarga, tapi aku tak rasa apa-apa. Yang penting adalah ingatan daripada mereka dah cukup.

Sekian.

Sumber : Google Image

10 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.