Realme 3 Pro - Peranti Mampu Milik 2019 Terbaik?



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Untuk kali ini aku nak kongsi dengan anda semua salah satu peranti pintar yang menarik perhatian aku. Peranti yang diperkatakan adalah Realme 3 Pro. Yang menjadi perhatian aku sudah pastinya ciri-cirinya dan juga harga!

Sebenarnya, aku bercadang untuk membeli peranti pintar terbaru pada tahun ini. Sementara mengumpul duit, aku juga sedang membuat kaji selidik tentang peranti manakah yang terbaik dari segi spesifikasinya serta harga. Sebelum itu, jom kita lihat spesifikasi peranti ini terlebih dahulu. 


Spesifikasi

Skrin : 6.3” IPS LCD  2340 x 1080, 409 ppi
Chipset : Qualcomm Snapdragon 710
CPU : 2 x Kryo 360 Gold 2.2 GHz
6 x Kryo 360 Silver 1.7 GHz
GPU : Adreno 616
Memori : 4GB/6GB RAM
Storan : 64GB/128GB + slot mikroSD
Kamera Utama : 16MP f/1.7 + 5MP, 4K@30fps
Kamera Hadapan : 25MP f/2.0, 1080p@30fps
Sambungan : WiFi 802.11 a/b/g/n/ac
Bluetooth 5.0
A-GPS, GLONASS
Sistem : Android 9.0 Pie (ColorOS 6.0)
Bateri : 4045 mAh, VOOC 3.0 (20W)
Dimensi : 156.8 x 74.2 x 8.3mm
Berat & Ketebalan : 172g, 8.3mm


Beberapa hari yang lalu, aku ada singgah ke beberapa kedai yang menjual peranti ini. Sempatlah jugak aku membelek-belek peranti ini. Ada kedai yang menawarkan harga diskaun dan ada juga kedai yang menawarkah harga pasaran. Untuk dapatkan diskaun, anda perlulah bijak membuat tawar menawar ya.

Sumber : GSMARENA.COM


Bermula dengan harga RM899, aku rasa ianya sangat berpatutan dan mampu milik kerana spesifikasinya yang begitu tinggi dan sangat hebat. Aku juga ada membaca beberapa laman web terutamanya laman Amanz.my tentang peranti ini. Di bawah ini adalah antara PRO dan KONTRA yang ditulis oleh pihak Amanz.my.

Pro
  • Menawarkan binaan yang kukuh dengan kemasan warna yang menaik .
  • Menyajikan kualiti skrin terang melalui panel IPS LCD dan resolusi Full HD+.
  • Dijana dengan cip Snapdragon 710 untuk kegunaan harian dan permainan yang pantas.
  • Keupayaan kamera belakang dapat menghasilkan gambar yang tajam dengan perwarnaan ke arah semula jadi.
  • Mempunyai kapasiti bateri 4000 mAh yang dapat memberi bacaan SoT sekitar 7 jam 18 minit.
  • Dibekalkan dengan pengecasan pantas VOOC 3.0 (20W) secara terbina.
  • Mengekalkan sambungan audio 3.5mm.
  • Hadir dengan slot dwi-sim dengan sokongan kad mikroSD secara berasingan.
  • Dijana dengan Android 9.0 Pie terkini bersama ColorOS 6.0.

Kontra
  • Hadir dengan binaan polikarbonat.
  • Masih menggunakan sambungan mikro-USB.
  • Tiada pilihan memori setinggi 8GB RAM seperti Realme 2 Pro
  • Tiada fungsi IR blaster untuk menjadikan peranti sebagai alat kawalan jauh.


Bagi pendapat aku, untuk beberapa perkara di bahagian KONTRA tidaklah menjadi masalah. Aku bersetuju bahawa binaan pada peranti ini adalah polikarbonat atau dengan kata lain adalah plastik. Mungkin agak ringan dan juga kelihatan kurang mewah berbanding dengan binaan kaca. Untuk perkara kedua iaitu menggunakan sambungan mikro-USB, aku rasa ianya tidak memberi masalah langsung. Aku tidak kisah asalkan sambungannya masih boleh diguna.

Seterusnya pilihan ram yang tidak tinggi, bagi aku untuk ram aku tidak perlukan yang tinggi kerana aku bukanlah pengguna peranti pintar yang sangat tegar. Manakala perkara terakhir, aku rasa sekali lagi tidak menjadi masalah.


..............................................

Apa pendapat anda tentang peranti ini? Dengan harga dan spesifikasinya adakah peranti ini yang terbaik setakat ini?

Sumber : Amanz.my | GSMARENA | Google Image

20 comments:

  1. Cantik je rekaannya. Mana ada tak nampak mewah. Sama je dengan telefon lain. Bahan teknologi plastik meringankan pengguna. Suka je. Kaca boleh berat beg dan poket. Time membaca boleh jatuh muka. Sakit tau

    ReplyDelete
  2. Harga murah dan spesifikasi bagus. Memang Qiss akan terus beli kalau dah cukup duit ni. Tengah menabung juga ni. Qiss pernah selfie guna Realme 3 ni. Cantik juga gambar dia. Tido malam pun termimpi-mimpi handphone ni.hahaha

    ReplyDelete
  3. Nampak eksklusif rekaannya Realme 3 ni. Harga dia pun mampu milik. Kena buat survey mana2 kedai dulu. Mana tahu ada kedai yang jual lagi murah kann. Mana2 phone ada pro dan contra.

    ReplyDelete
  4. menarik buat mereka yang tengah cari telefon dengan spesifikasi tinggi tapi harga mampu milik terutama student. yang penting warna biru tu sangat ekslusif & elegen. tu pakai casing lutsinar baru cantik

    ReplyDelete
  5. Wow, macam best jer phone ni. Smart jer, harga pun boleh tahan.

    ReplyDelete
  6. For now guna note 4 redmi, nice jugak yang ni, maybe bab design kena tengok depan-depan baru boleh tengok lawa tak haha, nak survey lah

    ReplyDelete
  7. not bad design realme 3 ni and features dia pun quite good enough untuk smartphone harga dibawah RM1k. Guna plastik pun nampak cantik jugak actually.

    ReplyDelete
  8. Macam lebih kurang telefon kita yang ada sekarang ni warna dan juga rupa hehehe tapi spek ini lagi bagus nampak menarik dan juga terbaik canggih ok lah harga pun berpatutan....

    ReplyDelete
  9. To be honest, saya lagi prefer phone yang lebih ringan. By the way, warna yang ada cantik cantik.

    ReplyDelete
  10. Spec dia pun nampak macam wow . Hri tu ada servey2 fone .

    ReplyDelete
  11. Berbaloi jugak harga dia kalau compares to harga yang ditawarkan. Rasanya ia sangat sesuai kalau nak dijadikan 2nd phone. Buat back up keoada fon utama.

    ReplyDelete
  12. Spec real me ni power. Sama macam one plus. Tapi tak bestnya sebab dia rasa plastik. Tapi worth it la dengan harga sebab boleh tahan murah. Nyaris dh nak beli. Hahah. Tapi sabar dulu.

    ReplyDelete
  13. Wahhhhh ! Sangat mampu milik harga handphone nie. Satu peranti yang bagus untuk mereka2 yg sedang mencari handphone. Spesifikasi dia sangat bagus untuk harga sedemikian.

    ReplyDelete
  14. RealMe jenama baru ye? Serious xpenah tau dah ada kat Malaysia. It’s good utk org yg nak beli telefon pintar baru2 kan especially youngsters. toksah beli too expensive one~

    ReplyDelete
  15. Waah, lawa jugak model phone ni. Berkenan pulak tengok. Sesuai la untuk orang yang cari phone baru. Yang penting spec okey, design OK. Gerenti puas hati

    ReplyDelete
  16. Sekarang banyak peranti handphone dengan pelbagai jenama. Pengguna kena pandai pilih mengikut penggunaan masing.Lawa juga model real me 3 pro ni. Harga pulak memang mampu milik dan bersesuai dengan bajet. banyak juag ciri-ciri dan spedifikasi yang menarik.

    ReplyDelete
  17. For that asking price, though not flagship level hardware specs it is still very good and not a pushover. Definitely a worthy buy for those who want to budget smartphone with enough power.

    ReplyDelete
  18. Realme 3 produk ni agak best juga dengan ciri-ciri yang awesome. Harga pun boleh tahan juga eh

    ReplyDelete
  19. Buat masa sekarang masih setia dengan jenama lama, tapi kalau untuk anak sis bolehlah kot, nampak canggih dan harga pun not bad jugak. Humm kena kumpul duit ni kalau nak beli utk dia

    ReplyDelete
  20. Very quickly this site will be famous among all blog users,
    due to it's good articles or reviews

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.