'Avengers: Endgame' Rampas Kedudukan 'Avatar' Sebagai Filem Paling Laris



Assalamualaikum dan salam sejahtera

 'Avengers: Endgame' Rampas Kedudukan 'Avatar' Sebagai Filem Paling Laris


Filem Avengers: Endgame (2019) merampas kedudukan  filem Avatar (2009) sebagai filem NO 1 untuk kedudukan box office sepanjang masa. Ketika artikel ini ditulis, jumlah box office bagi filem Avengers: Endgame adalah USD$2,790.2 billion manakala kutipan bagi filem Avatar adalah sebanyak USD$2,789.7 billion.

Pengakhiran bagi Marvel Infinity Saga ini akhirnya melepasi kutipan filem Avatar (2009), yang mana telah berada di kedudukan pertama selama hampir 10 tahun. Selain itu, Marvel Studios juga baru-baru ini telah mengumumkan senarai filem yang akan ditayangkan pada fasa berikutnya iaitu fasa 4 pada tahun 2020 dan juga 2021.

 'Avengers: Endgame' Rampas Kedudukan 'Avatar' Sebagai Filem Paling Laris


Antara judul filem yang telah diumumkan adalah Black Widow (2020), The Eternals (2020),Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2021), Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021) dan juga Thor: Love and Thunder (2021).


Pengarah filem Avatar, James Cameroon turut mengucapkan tahniah kepada Avengers kerana berjaya merampas kedudukan Avatar itu di laman sosial.

 'Avengers: Endgame' Rampas Kedudukan 'Avatar' Sebagai Filem Paling Laris



Selain itu, melalui senarai yang dikeluarkan oleh sebuah laman yang mengumpulkan maklumat tentang filem box office juga menunjukkan bahawa 5 daripada 10 filem teratas dalam kutipan filemnya datang daripada Marvel Cinematic Universe.

 'Avengers: Endgame' Rampas Kedudukan 'Avatar' Sebagai Filem Paling Laris

Sumber: Box Office Mojo

5 filem tersebut adalah filem Black Panther (2018), Avengers: Age of Ultron (2015), Marvel's The Avengers (2012), Avengers: Infinity War (2018) dan juga termasuk Avengers: Endgame (2019).

Tahniah diucapkan kepada Marvel Studios kerana berjaya menghasilkan filem-filem yang berkualiti dan juga berjaya dari segi kutipan box office. Tak sabar untuk mengetahui bagaimana pula perjalanan selepas ini apabila watak paling utamanya telah tiada. 


Sumber : Box Office Mojo | Twitter | Google Image | Giphy.com

22 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Ooo best ek? Kte tak tengok lagi cte ni hahah sebab terlalu banyak kekangan waktu. Tapi kte tau avengers memang best

    ردحذف
  2. Semalam baru je dengar kat radio pasal ni. Dah tengok citer ni kat wayang. Memang best. Second day pon panggung penuh dari pagi sampai malam.

    ردحذف
  3. Wah! Filem Avengers masih dapat menarik penonton ke pawagam... maklumlah lah banyak “hero” yang mempunyai peminat yang tersendiri dalam sebuah filem... agak2 kita bole tak kumpul adiwira Melayu huhu?

    ردحذف
  4. Ya. Semalam ada dengar dalam berita era.fm menyampaikan avanegers end game carta teratas. Saya belum berkesempatan nak tengok movie ni. Bertuah siapa dah tau jalan cerita. Tunggu masa je sbb ada anak kecil. Tak boleh nak masuk wayang

    ردحذف
  5. Tahniah Marvel Studios, memang patut pun dapat, sebab cerita-cerita dorang memang menarik. Tapi kalau nak lagi menarik, kena tengok dari 1st filem, baru faham. Kalau tidak, haru juga nak faham hehe apa-apa.

    Done follow #2563

    ردحذف
  6. Rampas takhta sipi sangat tu. Hehehe. Tak sabar nak tunggu Marvel Pahse 4 yeayyy! #Marvelfan

    ردحذف
  7. Peh laju geng Marvel buat kerja. Semoga lepas ini ada movie lagi best kan

    ردحذف
  8. banyak plk filem marvel ek...anak2 la rajin g tgk kat wayang...maknya suka tgk kat netflix ajerrr...haha..

    ردحذف
  9. Sis kalau cite2 macam ni memang bukan minat sis le, maklum org2 dh lama ni more to jiwang2 sikit hehehe. Tapi kalau pergi gak tgok sb atas paksaan anak nk temankan dia

    ردحذف
  10. tak sempat nak pi tengok end game tuh hah, alih2 dah abis je citernyer kat wayang. so kena cari website yang bole download ni untuk tengok kan

    ردحذف
  11. wah!avanegers endgame dah cantas kedudukan avatar. akhirnya selepas 10 tahun. Tahniah Marvel Studios :)

    ردحذف
  12. skit sgt dia dpt menang. terbaik lah.
    citer nyer memang best. sedih. sayu. semua perasaan ada Avengers Endgame tu. i like.
    moreover, citer marvel ni kan berkait satu dgn yg lain.
    if tak tgk semua, akan terasa ada kekosongan di mana-mana. pendpt aida la.
    tak hairan la if ada 5 di tangga teratas.
    aida nampak TITANIC. wow! legend. dulu gi tgk wayang dgn adik :)

    ردحذف
  13. akhirnya selepas 9 tahun ada movie berjaya pintas avatar. overall tahniah team marvel dapat pecah banyak rekod untuk 2019. agak-agak ada tak movie boleh cecah 3b nanti?

    ردحذف
  14. Maybe sebab avengers ni banyak kesinambungan sebelum dia kan. Bila nak keluar yang last tu, orang pun jadi macam excited nak tengok nak tau ape jadi ending. Tu yang pecah wayang tu

    ردحذف
  15. sis salah sorang peminat setia film avangers.... yg endgame ni x tengok lagi!! x sabarnya.... mesti best punyalah... siapa yg dh tgk dr eps 1 mesti akan rasa happy sbb dpt tahu sambungan dr yg lepas2...

    ردحذف
  16. I do like Avengers: Endgame (2019) . I watched it in the cinema. It was soooo good that I even cried haha. I wish to watch it again and again

    ردحذف
  17. Tak sangka Avatar memegang rekod hampir 10 tahun ye..tak sangka la...nice sharing...

    ردحذف
  18. cerita avengers tak tengok lagi..hebatla dapat menandangi cerita avatar..entah bila dapat tgk endgame avengers tu..walaupun dah tau ending dia..hehee..tapi nak tengok juga

    ردحذف
  19. wah..berjaya juga akhirnya avengers. mmg minat pun nga citer ni.

    ردحذف
  20. No...no...This is called cheating as they release another extended version to dethrone Avatar. Though I love End Games I think it is still not as good as those Blue Aliens. :p

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم