Kisah Seram : Diganggu Selepas Kematian Nenek


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kembali lagi dalam siri kisah seram. Untuk kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua kisah seram berkenaan gangguan selepas kematian nenek. Bagi aku kisah ini menarik, nak tahu menarik ke tidak, jom kita baca ya.

via GIPHY

Aku memang rapat dengan nenek. Mungkin kerana dia yang membesarkan aku sehingga usia ku lima tahun. Walaupun aku jauh di bandar bersama kedua orang tua dan adik-beradik ku yang lain, namun ingatan ku terhadap atuk nenek yang telah menjaga ku tidak pernah luntur. Pantang ada cuti pesekolahan, pasti pulang menemankan atuk dan nenek kampung. Nenek memang telah lama hidap penyakit jantung.

Memang, ibu menyatakan hasrat untuk membawa nenek duduk dengan kami di bandar, namun memikirkan atuk yang tidak mahu berpindah harapan itu hanya tinggal harapan, pun kalau boleh mana mungkin meninggalkan kampung halaman sebati dalam dirinya. Jadi sakit atau sihat, susah atau senang, hanya atuk dan nenek yang menanggung berdua. Nak harapkan anak-anak yang lain, semuanya tidak berduit. Hanya ibu tempat atuk dan nenek mengharap. Tapi kami semua tinggal jauh di Kuala Lumpur. Memang sukar untuk menjenguk ke kampung setiap masa. Itulah masalah yang melanda, sehinggalah nenek menghembuskan nafas terakhir bila kesakitannya sampai ke kemuncak.

Aku benar-benar terkilan kerana nenek tidak menunggu aku menamatkan pelajaran. Aku mengharapkan untuk membantu nenek dan atuk sesudah tamat pengajian ku di universiti nanti. Biarlah aku bekerja di kampung. Dapat juga menemankan mereka yang kesunyian. Tapi ajal dan maut di tangan tuhan. Nenek pergi sebelum sempat merasa wang gaji ku terlebih dahulu. Kini aku menghabiskan percutian semester akhir sambil menemani atuk di kampung. Seperti nenek, atuk pun berkeras tidak mahu berpindah. Biarlah, hati orang tua jangan diusik. Jangan sampai mereka tersinggung.


Sedang aku melayani perasaan, tiba-tiba terdengar bunyi jendela terbuka dan tertutup. Ku cuba amati dengan lebih jelas. Sahlah bunyi itu datang dari arah ruang hadapan rumah. Siapa pula yang buka jendela malam-malam buta ni? Takkan atuk tak tidur lagi. Aku mengambil keputusan untuk membiar-kan saja hal itu. Mungkin mainan perasaan ku barangkali. Ku kerling jam di kepala katil yang kini sudah menunjukkan jam 2 pagi. Hati ku makin tak sedap. Ku cuba pejamkan mata rapat-rapat. Tiba-tiba terdengar lagi bunyi pintu dan tingkap terbuka. Kali ini lebih kerap. Angin malam yang tadinya menyamankan tiba-tiba bertiup ganas. Aku bingkas bangun dari katil dan berhajat keluar bilik untuk memastikan keadaan di luar. Saat aku ingin memulas tombol pintu bilik, dada ku berde-bar tidak menentu.

Pelik. Takkan hanya aku seorang yang perasan sedangkan atuk seolah tidak terdengar langsung bunyi tersebut. Bunyi daun tingkap dan pintu berkeriut makin galak. Telinga ku sudah tidak tahan lagi. Aku mesti keluar dari bilik demi memastikan apa yang terjadi. Sebaik saja pintu bilik ku terbuka, aku terus menerpa ke bilik atuk dan mengetuk daun pintu biliknya bertalu-talu.

"Ada apa, Fatin. Kenapa masih tak tidur lagi?" Tanya atuk sambil memisat-misatkan matanya yang hampir rabun itu.

"Atuk , Fatin nak minta atuk temankan Fatin tutup tingkap dan pintu. Dari tadi berkeriut ditiup angin kencang."

"Ye, ke? Atuk tak sedar pun." Kata atuk sambil jarinya menekan suis lampu ruang tamu dalam cahaya lampu dapur yang samar-samar itu.Aku membuntuti atuk berjalan menghala ke ruang tamu.

"Mana ada pintu terbuka. Tengoklah, Fatin. Bukankah masih terkunci ni?" Kata atuk sambil meninjau ke semua jendela dan pintu yang terdapat di ruang tamu rumah itu. Aku mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.


" Tapi, Tok betul Fatin dengar. Tadi ia terbuka dan tertutup beberapa kali. Angin kuat tadi, Tok." Kata ku membela diri.Aku rasa aku masih belum nyanyuk lagi untuk membezakan antara realiti dan fanfasi."Sudahlah Fatin, tak ada apa-apa. Mainan perasaan aje tu. Dah, pergi masuk tidur. Esok kan kita nak ke kubur arwah nenek?" Atuk dengan pantas memujuk hati ku.

Aku benar-benar hampa dan fikiran ku tidak putus-putus memikirkan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Penat berfikir mata ku yang sedia berat makin melabuhkan tirainya. Tiba-tiba terdengar bunyi mengesot dari dalam bilik ku.

"Fatin!.heeeeeeee..." Bunyi hilaian benar-benar membuatkan aku kaget.Sambil mulut ku terkumat-kamit membaca ayat kursi, aku dengan pantas memulas tombol pintu dan menerobos ke bilik atuk yang tidak berkunci.


"Ada apa ni, Fatin?" Tanya atuk kehairanan melihat aku yang kalut tak menentu.
"Atuk, teman Fatin tidur kat ruang tamu!" Pinta ku sambil berharap atuk faham situasi yang melanda ku ketika itu.
"Emm, dah ambilkan tilam dan bantal tu." Kata atuk mengarahkan dan aku bertekad mahu menceritakan perkara itu pada atuk esok hari saja.


Sekian.

Sumber : Kisah Seram | Google Image | Giphy.com


3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post