Assalamualaikum dan salam sejahtera
Siapa sangka kat tengah-tengah Putrajaya yang penuh dengan bangunan kerajaan ni, ada satu 'hidden gem' yang tersangatlah tenang? Baru-baru ni, aku berpeluang merasai sendiri pengalaman berbuka puasa di Glamping Wetland Putrajaya (GLOW), dan jujurnya, memang satu pengalaman yang cukup berbeza buat aku.
Suasana Damai & 'Vibe' Glamping yang Sebenar
Langkah je kaki masuk ke kawasan GLOW ni, terus aku rasa macam berada kat luar kota. Temanya kali ni ialah Citarasa Glamping, dan bagi aku ia memang kena sangat dengan lokasinya yang terletak dalam kawasan Wetland.
Suasana kat sini memang damai gila, udara pun segar dengan pemandangan hijau yang cantik. Sambil tunggu waktu berbuka, aku sempat layan view tasik yang mendamaikan. Memang lokasi healing terbaiklah kalau nak bawa keluarga atau kawan-kawan. Bukan setakat makan je, aku tengok banyak juga aktiviti menarik yang boleh buat kat sini. Insya-Allah, lepas raya nanti aku bercadang nak datang lagi sebab nak cuba penginapan glamping diorang pula!
Menu Yang Melimpah-Ruah: Dari Kampung ke Barat
Antara banyak-banyak menu yang ada, ini yang korang boleh expect:

✅ Menu Arabic: Peminat nasi arab wajib try Nasi Arab Mandy diorang yang dihidang dengan Ayam Panggang, Sup Ayam Arab, Salad Arab, dan Sos Harrah yang cukup rasa.
✅ Aneka Mee & Western: Kalau bosan makan nasi, korang boleh layan Spaghetti Carbonara atau Bolognese. Ada juga Mee Goreng, Kuey Teow Goreng, Mee Kari, nugget, sosej, dan kentang goreng untuk anak-anak.
✅ Pemanis Mulut & Air Balang: Pencuci mulut pun meriah dengan pelbagai kuih-muih tradisional, Cucur Udang, puding karamel, dan aneka buah-buahan. Air pun macam-macam jenis air balang ada, plus Teh Tarik dan Kopi O panas. Jangan lupa layan Cendol dan Laicikang sekali!
✅ Aneka Kurma: Paling aku suka, pilihan kurma diorang banyak! Ada Ajwa, Tunisia, Rotub, dan Mariami untuk mulakan berbuka.
Promosi & Harga Berbaloi
Paling penting, harga buffet Ramadan kat sini sangat berbaloi dan masih di bawah RM100. Kalau korang nak jimat lebih, aku nasihatkan korang rebut harga Early Bird!
Info Harga & Tarikh:
* Tempoh: 27 Februari – 17 Mac 2026
* Harga Early Bird: RM68 (Dewasa)
* Harga Biasa: RM78 (Dewasa)
* Kanak-kanak (6-12 Tahun): RM48
Untuk buat tempahan, anda boleh hubungi +6013-3478857
Satu perkara yang aku puji, kat sini tak payah pening kepala cari parking sebab parking adalah percuma dan luas. Surau yang selesa pun disediakan berdekatan, jadi senanglah nak tunaikan solat Maghrib lepas berbuka.
Kalau korang nak lari sekejap dari kesibukan bandar dan nak rasa pengalaman berbuka puasa dalam suasana yang chill, GLOW Wetland Putrajaya adalah jawapannya. Makan sedap, view cantik, dan harga pun mesra poket!
GLOW WETLAND PUTRAJAYA
Lokasi : Persiaran Persekutuan, Presint 13, 62300 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hubungi : 0133478857

















The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.