Lepak & Makan di The Mines Mall, Seri Kembangan, Selangor.



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lepak & Makan di The Mines Mall, Seri Kembangan, Selangor.

Apa khabar semua? Baiklah, hari ini aku nak kongsi dengan anda semua seuatu memori yang aku rasa perlu ditulis dan dikongsi. Aku nak bercerita tentang aku bersama rakan-rakan aku lepak di The Mines Mall, Seri Kembangan, Selangor. Sebenarnya ini merupakan kali ketiga aku ke The Mines. Pertama adalah bersama keluarga 5 tahun yang lalu, kedua pula aku lupa bila, dan ini adalah kali ketiga.

Lima orang, termasuk aku ialah Faris, Suhaimi, Nadiah, Zubaidah (Bedah) pergi ke The Mines, setelah habis program di kawasan berdekatan. Sebenarnya aku baru sahaja kenal dengan mereka dalam hampir 4 minggu macam tu. Aku sebenarnya sangat susah untuk berkawan rapat dengan orang dan memerlukan masa yang lama untuk lepak dan sebagainya.

Lepak & Makan di The Mines Mall, Seri Kembangan, Selangor.

Alhamdulillah, bila dengan mereka, aku rasa macam dah kenal lama. Sebab masing-masing ada perangai dan juga sikap yang berlainan yang membuatkan masing-masing unik. Haha. Walaupun semuanya berlainan umur, tetapi masih di dalam lingkungan yang sama. Kalau dekat sekolah menengah, rasanya cukup untuk kelima-lima kami berada dalam tingkatan yang berlainan.

APA YANG KAMI BUAT?

Lepak & Makan di The Mines Mall, Seri Kembangan, Selangor.

Pertama sudah semestinya makan! Aku rasa dalam beberapa minggu kebelakangan ni aku kerap pulak makan di The Chicken Rice Shop. Haha. Masing-masing memesan menu yang diinginkan. Meriah meja kitorang.

Lepak & Makan di The Mines Mall, Seri Kembangan, Selangor.

Sebenarnya perancangan awal nak tengok filem, tapi bila tengok harga tiket yang agak mahal, lebih baik gunakan duit itu untuk makan dan alhamdulillah, semuanya kenyang.

Selepas masing-masing kekenyangan, kami mula mencari aktiviti yang best dekat The Mines ni. Apa lagi kalau bukan tempat hiburan dan permainan! Ada banyak sebenarnya yang kitorang main, tetapi yang dapat ditangkap gambar hanyalah sedikit sahaja. Mungkin kerana terlampau seronok. Kali terakhir aku bermain di tempat macam ni adalah rasanya 5 tahun dahulu atau mungkin ketika zaman sekolah menengah.

Lepak & Makan di The Mines Mall, Seri Kembangan, Selangor.
Sudah lama sebenarnya aku tak main permainan macam ni. Patutlah ada orang lain tegur, tanya kitorang ni budak sekolah ke? Haha, sebab nampak macam budak-budak.

Lepak & Makan di The Mines Mall, Seri Kembangan, Selangor.

Lepak & Makan di The Mines Mall, Seri Kembangan, Selangor.

Selepas itu, kitorang pergi beli Tealive, Boost, Family Mart dan juga Coolblog malangnya tiada gambar yang sempat diambil. Sayang sungguh.

Selepas sahaja minum-minum, kitorang terus pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah, semuanya selamat pulang. Sudah lama jugak aku tak lepak-lepak bersama rakan, tambahan pula dengan rakan yang baru kenal tak sampai satu bulan. Semoga akan ada lagi peluang sebegini di masa akan datang. 

Sekian.

 Sumber : Giphy.com

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.