Philips SpeedPro Max Aqua - The Fastest Cordless Vacuum with 3-in-1 Cleaning



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Philips SpeedPro Max Aqua - The Fastest Cordless Vacuum with 3-in-1 Cleaning

Baru-baru ini aku telah pergi ke pelancaran produk terbaru dari jenama Philips iaitu Philips SpeedPro Max Aqua, sebuah vacuum yang berkuasa tinggi dan mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik yang pastinya menarik minat mereka yang suka membersih. Nak tahu lebih lanjut pasal produk ni boleh teruskan membaca ya.

Perangkap lebih banyak kekotoran dengan lebih cepat menggunakan Philips SpeedPro Max Aqua - vakum tanpa wayar terpantas dengan fungsi pembersihan 3-dalam-1 

Dalam dunia moden hari ini, kita dijangka berupaya melakukan pelbagai tugasan serentak dan juga menyempurnakan lebih kerja dalam tempoh yang semakin singkat. Oleh itu, kita juga inginkan kebolehan yang serupa daripada peralatan-peralatan di rumah - berfungsi dengan lebih pantas, berupaya melakukan lebih banyak dan menyiapkan semua kerja dengan baik. Jika peralatan itu kelihatan cantik dan mampu menjimatkan ruang simpanan? Tentunya lebih bagus lagi! Sama ada anda cuba membersihkan rumah dengan segera bagi menyambut kedatangan tetamu mengejut selepas anak-anak dan haiwan peliharaan mengucar-ngacirkan rumah atau anda hanya mahu membuat sedikit pembersihan yang cepat sebelum berhenti berehat selepas mengharungi hari yang sibuk di pejabat - Philips SpeedPro Max Aqua mungkin alat yang sempurna bagi anda!

Philips SpeedPro Max Aqua - The Fastest Cordless Vacuum with 3-in-1 Cleaning
Mini Sketsa

“Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan, malah mengatasi jangkaan mereka, kami di Philips mementingkan usaha terus menginovasi peralatan-peralatan yang mempertingkatkan mutu kehidupan pengguna. Kami berhasrat untuk menambah baik kehidupan 3 bilion pengguna di seluruh dunia pada setiap tahun menjelang 2030. Oleh itu, untuk mencapai sasaran ini, kesemua inovasi kami adalah penting. Peralatan di rumah mungkin bukan alat yang kritikal, tetapi kebolehan membantu pengguna mewujudkan sebuah rumah yang bersih dan selesa dengan mudah dapat membantu mereka menjimatkan masa untuk melakukan lebih banyak perkara yang lebih penting. Ini seterusnya dapat menyumbang kepada kesejahteraan emosi mereka,” kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara merangkap Ketua Kesihatan Peribadi dan Sistem Kesihatan, Philips Malaysia.

Dengan kelajuan tanpa tandingan, keupayaan pembersihan 3-dalam-1 tanpa gangguan dan aliran udara paling unggul – Philips SpeedPro Max Aqua menggunakan teknologi inovatif untuk memberikan pengalaman pembersihan yang berkuasa. Menerapkan muncung sedut 360 darjah yang berkuasa, sebuah sistem vakum dan mop yang unik serta alat pegangan tangan bersepadu, ia membolehkan pengguna menangani kekotoran pada pelbagai jenis lantai di rumah dalam hanya satu sesi pembersihan. Tiada lagi keperluan untuk menggunakan pelbagai peralatan untuk memastikan rumah bersih! Anda akan berupaya memerangkap lebih banyak kekotoran, malah kekotoran degil, yang biasanya tidak dapat disedut oleh vakum biasa - kesemuanya dalam tempoh yang lebih singkat. Direka dengan mengambil kira kehidupan yang sibuk, vakum dan mop pegangan tangan tanpa wayar 3-dalam-1 ini membantu anda mewujudkan rumah yang amat bersih, dan pada masa yang sama, memberikan kelapangan masa yang membolehkan anda melakukan perkara-perkara yang anda gemari.

Philips SpeedPro Max Aqua - The Fastest Cordless Vacuum with 3-in-1 Cleaning


> Lebih pantas dengan meningkatkan impak setiap pergerakan
Philips SpeedPro Max Aqua menampilkan pengalaman pembersihan 3-dalam-1 tanpa wayar paling pantas setakat ini1, dengan bantuan muncung sedut 360° yang inovatif, motor digital PowerBlade dan teknologi PowerCyclone 8. Menyampaikan aliran udara yang terunggul1, muncung 360° menyedut debu dan kekotoran dengan lebih pantas - bukan hanya semasa pergerakan ke hadapan, tetapi juga ke belakang dan daripada semua sudut. Direka khusus untuk mencerminkan amalan pembersihan manusia, ia juga membersih dengan lebih cepat dan menyeluruh berbanding vakum-vakum tanpa wayar biasa yang lain. Selain itu, sistem penapis tiga peringkat dengan teknologi terkini juga memerangkap sehingga 100%  debu-debu halus, bakteria dan alergen  bagi penghasilan udara yang lebih bersih.

> Sistem vakum dan mop yang inovatif serta unik
Sistem vakum dan mop Philips SpeedPro Max Aqua dengan injak-injak AquaBoost yang inovatif membolehkan anda mengawal pelepasan air dan meningkatkan kadar kelembapan bagi ruang-ruang sukar atau kekotoran degil, lalu menyingkirkan 99% bakteria3. Teknologi pembersih vakum tanpa beg disepadukan di dalam bahagian batang untuk kuasa sedutan yang lebih kuat bagi tempoh yang lebih lama. Mudah untuk digunakan serta efisien, Philips SpeedPro Max Aqua adalah alat ideal untuk memastikan kediaman anda sentiasa bersih.

Philips SpeedPro Max Aqua - The Fastest Cordless Vacuum with 3-in-1 Cleaning

> Pembersihan tanpa wayar tanpa gangguan dengan alat pegangan tangan dan aksesori bersepadu 
Bagi pembersihan tanpa gangguan, bateri ion litium 25.2V membolehkan operasi sehingga 75 minit sebelum anda perlu mengecasnya semula, sementara paparan digital pintar mempamerkan kelajuan dan penggunaan bateri agar anda tidak perlu merisaukan keperluan membersihkan penapis sehingga tiba masa anda perlu melakukannya. Philips SpeedPro Max Aqua memudahkan usaha memerangkap kekotoran di sudut-sudut sukar seperti di bingkai pintu atau kusyen perabot, dengan mengubah kepada mod pembersihan menggunakan unit alat pegangan bersepadu. Mudah digunakan dengan hanya satu klik, aksesori ini menampilkan alat bagi celah sempit dan berus yang memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan. Malah, partikel kecil seperti cebisan makan serta bulu haiwan juga mudah disedut dalam hanya beberapa saat. 

Philips SpeedPro Max Aqua - The Fastest Cordless Vacuum with 3-in-1 Cleaning


Daripada lantai dapur berjubin sehingga bilik tidur berpermaidani, Philips SpeedPro Max Aqua menyampaikan hasil luar biasa dengan segera dan efisien, dibantu muncung sedut 360 darjah, sistem vakum dan mop yang unik serta alat pegangan tangan bersepadu – lalu membolehkan anda meluangkan lebih masa bersama insan-insan tersayang. 

Harga dan ketersediaan 
Philips SpeedPro Max Aqua (FC6904/01) dijual pada harga runcit yang disyorkan RM2,599 di Philips Brand Store yang terletak di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk di Kuala Lumpur, serta di rangkaian rakan peruncitan dan kedai rakan pengedar Philips di seluruh negara, di samping gedung rasmi dalam talian di laman web Lazada di pautan https://www.lazada.com.my/philips-official-store/

Untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, sila layari www.philips.com.my.

Philips SpeedPro Max Aqua - The Fastest Cordless Vacuum with 3-in-1 Cleaning
Demonstrasi Mengukur Tahap Kuasa Vacuum

Sekian

29 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Replies
    1. mmg canggih! harganya pun rasa mcm sesuai dngan tahap kecanggihannya :)

      Delete
  2. Wao cantiknya, wao mahalnya, wao bestnya...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bro. Kerana sudi share produk yang baharu . Lepas ini kerja rumah akan di selesai dengan cepat.

    ReplyDelete
  4. Wow!!!!!!!! The vacuum cleaner looks awesome. Boley recommend kat my mother nie. Thanx for sharing this review. Bonne long weekend and Salam Hari Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Uiksss ni memang idaman kalbu setiap suri rumah hahah..senang keje umah wei ngan benda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau ada wang byk nntj bolehlab beli satu utk isteri

      Delete
  6. BBL berkenan jugak dengan philips vacum ni, tak macam typical vacum biasa. senang sikit nak simpan bila lepas guna kan. harga tu kena tunggu ada sales la murah sikit hehe

    ReplyDelete
  7. Stoknya kalau dpt vacuum ni, senang hidup heheh

    ReplyDelete
  8. Ini dah bukan yang mana satu idaman kalbu dah ni... ini dah memang idaman setiap wanita ni... seriously memudahkan kerja, nak simpan pun tak payah nak fikir tentang ruang yang besar... thanks for the informative post...

    ReplyDelete
  9. omg, teringin lama dah nak vacuum compact macam ni, and tak heavy. Tapi mahal! Tengah kumpul duit nak beli vacuum best cemni. Jimat space lagi kat rumah. Bagus betul. I believe its light kan? bestnyaaa

    ReplyDelete
  10. Vacum ini menjadi pilihan dan idaman hati kalau ada memang seronok sangat. Tengok kuat dan juga berkualiti dripada Dyson ni memang kita tahu best...

    ReplyDelete
  11. uih best ni kalau ada satu kat rumah. dah boleh jimat masa untuk mop. sekaligus je buat keje. dah settle rumah. tapi harganya tu boleh tahan gak lah.

    ReplyDelete
  12. We have sell some products of different custom boxes.it is very useful and very low price please visits this site thanks and please share this post with your friends. Best Impact Wrench

    ReplyDelete
  13. A very awesome blog post. We are really grateful for your blog post. You will find a lot of approaches after visiting your post. clothe storage

    ReplyDelete
  14. The most well-known model for use is in vacuuming vehicles, since, as the name proposes, this model can be held in just one hand. Its adaptability makes it a fantasy for suctioning up soil and garbage in an assortment of tight places, however it would not work well for general ground surface cleaning, which would set aside a long effort to clean with a handheld. This kind of vacuum cleaner comes in a wide range of various structures with similarly extraordinary sticker prices. https://bestestofzuiger.com

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Might be identified dissertation website using the web novels experience plainly mentioned on the web-site. Carpet Cleaners London

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post