Sambutan Ulang Tahun Matxi Corp ke 2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Alhamdulillah. Baru-baru ini aku dan rakan media yang lain telah ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Convention Centre untuk meraikan Ulang Tahun Matxi Corp yang ke 2 pada 21 September 2019 yang lalu. 

Majlis ini selain bertujuan untuk meraikan ulangtahun ke 2 Matxi Corp, ianya juga bertujuan untuk memperkenalkan langkah terbaharu Matxi Corp dalam perniagaan iaitu dengan memasuki pasaran baru. Matxi Corp merupakan sebuah syarikat daripada negara Vietnam dan sebelum ini dikenali dengan nama Matxi S.G. Malaysia merupakan pasaran ke-2 selepas Vietnam, dan seterusnya akan memasuki pasaran Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Ucapan daripada Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam)

Matxi Corp memfokuskan dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur. Sehingga Julai 2019, Matxi Corp juga mempunyai seramai 20,000 pengedar dan agen dengan hanya lebih 2 tahun beroperasi. 

Ucapan daripada Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd)

Visi dan Misi Matxi Corp ialah untuk terus berusaha sebagai perintis dan peneraju inovasi untuk mencapai matlamat untuk menjadi kumpulan syarikat yang terkuat di rantau ini dan di seluruh dunia dalam tempoh dari tahun 2019 ke tahun 2021.


Acara yang sangat meriah ini dihadiri dengan kehadiran 2,000 pengedar dari 30 negara. Selain itu, terdapat persembahan-persembahan kebudayaan dan juga majlis penganugerahan untuk pengedar yang berjaya. 

Pengacara majlis pada malam yang penuh gilang gemilang.

Acara penganugerahan yang sangat gah!

Acara penganugerahan persis pertandingan ratu cantik ya!

Selain latihan dan pembangunan perniagaan, Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang yang seperti berikut:
  • Hartanah
  • Peruncitan Bahagian Kanak-kanak
  • Percetakan dan Pembungkusan
  • Syarikat Penyelenggara Acara
  • Produk Kesihatan dan Pengeluran Kosmetik
  • Restoran

You Deserve A Better Life

Dengan slogan, "Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik" atau "You Deserve A Better Life", Matxi Corp berusaha untuk memberikan kehidupan yang lebih baik dan membawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan. Matxi Corp sentiasa bermatlamat untuk memberi yang terbaik untuk pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelabur.


 
Selamat Ulang Tahun ke 2 buat Matxi Corp, semoga visi dan misi tercapai dan berjaya di masa akan datang!

 Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)
Instagram Rasmi: @matxicorp

#MATXICorp # YouDeserveABetterLife

Sekian

36 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Meriah betul majlis tu kan aerill. Rasa macam salah masuk majlis pulak hihihi. Persembahan semua best. Tahniah Matxi Corp atas pencapaian yang memberangsangkan selama 2 tahun beroperasi.

    ردحذف
    الردود
    1. itulah, first2 rasa macam , salah tempat ni, lepas tu tngok balik mmg majlis tu. mmg cantik2 pakaian diorang.

      حذف
  2. Ingatkan ada terselit pertandingan ratu cantik .haha

    Penganugerahan tu, nampak macam majoriti nya businesswoman..mana business man?hehehe

    Bagus sebenarnya program recgonition untuk naikkan semangat peniaga untuk lebih berjaya dan maju dalam hidup.

    ردحذف
    الردود
    1. itulah, mcm competition ratu cantik. haha in shaa Allah lepas ni ada pulak business man :)

      حذف
  3. Tak pernah dengar syarikat ini , harap mereka terus sukses di Malaysia amnya.

    ردحذف
  4. Meriahnya event ni. semoga Matxi Malaysia terus maju di Malaysia dan negara2 lain juga..

    ردحذف
  5. suka sangat tengok produk dia, kotak pun keras memang ekslusif lah untuk customer. No wonder lah cepat je Matxi ni naik, service top notch!

    ردحذف
  6. Wah... Menariknya... Meriah sungguh ya... Ramai juga distributors Matxi walaupun baru 2 tahun... Semoga terus maju jaya...

    ردحذف
  7. Wahh sana sini semua update pasal Matxi Corp ni.. Semua pun glam-glam. Show semua nampak bestt menarik sgt event ni. Apa apa pun, tahniah Matxi Corp!

    ردحذف
    الردود
    1. mmg menarik majlis ni. suka dengan persembahan dan juga keterujaan peserta2 yg hadir

      حذف
  8. seronok nyer dpt attend majlis gilang gemilang ni, aerill.
    rasa glamer plak ekk, sebab majlis nyer very ekslusif nampak nyer.
    produk kesihatan, kan.
    byk juga baca review pasal majlis ni.
    dah terpahat info dlm fikiran. the way they celebrate, membuktikan yg ia adalah satu syarikat yg kukuh.
    moga produk nyer ok dan jauh dari bahan dilarang :)

    ردحذف
    الردود
    1. itulah. rasanya salah satu rahsia kejayaan adalah cara mereka meraikan "pekerja".

      حذف
  9. first time dengar pasal Matxi Corp ni..majlis penganugerahan yang sgt gah dan meriah...happening sangat..tahniah Matxi Corp.

    ردحذف
  10. Dah dua tahun rupanya company ni. Tapi Fadzi baru tau pasal Matxi. Tengok die punya event, woah memang meriah

    ردحذف
  11. first time dengar nama matxi corp ni tapi dari gaya mereka perniagaan ni dah lama dalam pasaran. semoga mereka terus maju jaya.

    ردحذف
  12. First time dengar namam Matxi Corp. Hehe. Tapi gayanya company yang bagus, dah bertapak 2 tahun dan boleh buat sambutan ulang tahun yang meriah. Tahniah!

    ردحذف
  13. Grand & meriah sungguh Sambutan Ulang Tahun Matxi Corp ke 2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ni ya. Semoga Matxi terus maju jaya hendaknya

    ردحذف
  14. Memang meriah betul ni sambutan anniversary Matxi Corp. Tahniah kerana berjaya adakan event yang grand ini. Semoga terus maju jaya Matxi Corp.

    ردحذف
  15. Fuhh, meriahnya dengan punya event. Tak pernah dengar Matxi Corp ni Aerill.

    Dari 30 buah negara, ramai tu.

    ردحذف
  16. memang terbaiklah pencapaian matxi...moga terus sukses dan cemerlang

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم