Tukar LCD Smartphone Huawei Nova Lite



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ini aku nak cerita dan berkongsi pengalaman aku tukar LCD peranti pintar kesayangan aku iaitu Huawei Nova Lite. Sudah hampir 2 tahun aku menjadi pemilik peranti ini dan Alhamdulillah, selama 1 tahun setengah tiada sebarang masalah hinggalah suatu hari, aku ambil peranti daripada beg sandang, nah, ada garisan halus dari atas ke bawah. Yang paling seronok bilamana garisan itu berada betul-betul di atas kamera hadapan.

Aku dah risau sebenarnya, tapi disebabkan hanya LCD sahaja yang retak dan pecah manakala screen protector masih elok, jadi aku biarkan selama beberapa bulan. Selama tempoh itu juga aku tak dapat nak berselfie dengan baik dan jarang sangat gunakan kamera hadapan. Walaupun LCD retak dan pecah, tapi fungsinya masih okay. Jadi mungkin aku akan tukar bila dah cukup duit nanti.



1) Dalam tempoh itu juga aku ada mencari tempat yang terbaik untuk tukar LCD dengan harga dan kualiti terbaik. Ada beberapa IG Shop yang menawarkan servis tukar LCD telah aku cari dan contact. Ada yang harganya RM 350 , RM 198, RM 320, dan juga RM 190. Agak mahal sebenarnya.

2) Lepas itu, aku juga ada mencari LCD yang dijual di Shopee, dan kemudian pasang sendiri atau bawa ke kedai untuk dipasang. Kosnya adalah sekitar RM 100 lebih. Iaitu RM68 untuk LCD di Shopee manakala RM 40 untuk caj pemasangan di kedai. Nampak macam menarik. Jadi yang mana aku pilih?



Ya, aku tak pilih mana-mana di atas. Dua minggu lepas, aku ke Plaza Metro Kajang, di mana di kawasan luarnya terdapat banyak kedai yang menawarkan servis baikpulih LCD dalam masa yang cepat sekitar satu jam.

Aku pun terus membuat  perbandingan harga setiap kedai. Ada yang berharga RM 180, RM 150 dan RM 130. Jadi, aku pilih yang paling murah iaitu RM 130. Sekejap sahaja proses pemasangan. Kemudian diberi warranty selama sebulan. In shaa Allah jika ada apa-apa yang berlaku dalam sebulan, aku boleh kembali ke kedai tersebut.

KENAPA TAK BELI DI SHOPEE?

Pertama sebab aku susah nak percaya untuk beli barangan elektronik di portal online dan juga barang nanti lambat sampai ke rumah. Jadi disebabkan ada wang yang mencukupi, terus sahaja buat di kedai. Alhamdulillah, siap cantik dan nampak macam baru. Cuma yang berbeza adalah logo Huawei di bahagian LCD itu sudah tiada.


Tiada sebarang gambar yang dapat diambil ketika proses pemasangan LCD kerana perantu pintar aku sedang dibaiki. Juga aku pergi seorang diri.

Sekian

22 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Skrg model huawei trlalu byk...tak trkejar nk beli

    ReplyDelete
  2. Bijak awak mencari tempat yang paling terbaik malah murah lak tu. Awak memang penyabar kalau saya dah five up dah dan pergi mana yang terdekat haha...

    ReplyDelete
  3. Phone memang menjadi satu asset terpenting bagi diri kita sendiri. Jika ada masalah Naim akan try ke sana. hehe

    ReplyDelete
  4. Boleh syorkan pd sesiapa yg menggunakan smartphone huawei jika nk tukar lcd boleh pegi ke tmpt ni...thanks for infor

    ReplyDelete
  5. Thanks for information, memang tengah cari LCD untuk huawei baru saya. Cuma tak tau nak pergi mana.

    ReplyDelete
  6. Kita pakai huawei. So far suka pakai huawei dan ianya amat memudahkan urusan kita terutama bab gambar blog dan media social. Makaseh tau sharing info.

    ReplyDelete
  7. aa. kalau mek pun macam awak gak. lebih rasa selamat jika tukar dikedai yang jual lcd terus daripada order online. sebab kita bukan tahu dalam hal ni. macam abang mek, dia okei je beli thru online sebab dia macam agak tahu bab bab ni.

    ReplyDelete
  8. Phone mmg penting lagi org yang buat kerja denga phone ni.. Bila pecah atau tak boleh guna kamera mmegsush.. Bgus awak buat perbandingan semua tu. Last2 dapat yang murah dan elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya dah lama sebenarnya buat research pasal ni.haha

      Delete
  9. mmg kena cari spec yang best hp sekarang sebab ramai yg guna untuk amik gambar dan storage yg best...apapun kena rujuk mereka yang mahir dlm bidang IT ni heheheh...bila baca perbandingan ni..baru jelas..

    ReplyDelete
  10. Ye tukar LCD mahal. Kalau samsung or iphone, tukar screen dah boleh beli phone baru.

    But you stay at Kajang okay lah price 100+ tu. But nak murah cepat pasang, pergi Pertama Complex kat KL area Sogo Jalan TAR situ. But price skrg tak tau lah berapa dah. Dulu murah2 jeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyoo mahalnya.. tk terfikir pulak nk pgi dkt pertama complex tu

      Delete
  11. sekarang ni tgh cari phone. Mmg tgh survey pun mana yang best. Tapi dilemma sekarang. Mak saya pakai huawei, best katanya. Huawei sekarang dah kehadapan, hebat! Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarnag ni memang banyak pilihan. semuanya berlumba nak beri yg terbaik :)

      Delete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post