Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplysiti 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplisiti 2019

Pada 14 September 2019 aku telah menjadi salah seorang penonton bagi Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimpliSiti 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center. Terima kasih diucapkan kepada Anfaal Dhiyana Ridhuan yang sudi memberikan dua tiket konsert ini. Aku pergi ke konsert ini bersama dengan maksu aku. Kami sampai sekitar jam 6.50 petang, agak lewat sebenarnya. Alhamdulillah, masih sempat untuk mencari parking serta solat. 

Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplisiti 2019

Aku mulakan ulasan dengan susunan jadual konsert. Aku tak kisah sebenarnya ada pelancaran produk pada awal konsert kerana aku tau yang konsert ini penganjurnya Shopee dan bukan Siti Nurhaliza Productions. Tambahan pula produk yang dilancarkan adalah produk BeauSiti milik Siti Nurhaliza.

Lagi satu, konsert ini sangat santai. Di mana ada beberapa permainan dan juga goyang Shopee yang bagi aku sangat menghiburkan. Pujian patut diberi pada pengacara konsert ini iaitu FizaFrizzy. Sangat suka dengan gaya pengacaraan beliau yang sangat bersahaja. In shaa Allah lepas ini beliau akan lebih dikenali ramai.

Sekarang jom ulas tentang persembahan dan lagu pula.

Baca Juga : [ 10 Pakaian Dato Sri Siti Nurhaliza Tercantik ]

Medley Jerat Percintaan & Wajah Kekasih
Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplisiti 2019

Untuk persembahan pertama dan lagu pertama, ianya merupakan lagu yang sering dinyanyikan di mana-mana konsert beliau. Yang lebih menarik adalah beliau menyanyikan lagu ini dalam keadaan sebak. Boleh lihat di pertengahan lagu beliau tidak dapat meneruskan nyanyian. Kemudian kembali menyanyikan. Ya, lagu Jerat Percintaan lah yang membuatkan jutaan rakyat Malaysia terjerat dengan Siti Nurhaliza. Lagu Wajah Kekasih juga merupakan lagu yang ikonik dalam kerjaya beliau.

Medley Satu Cinta Dua Jiwa & Langkah Di Persada
Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplisiti 2019

Beliau terus bercerita tentang kejayaan beliau dengan lagu Satu Cinta Dua Jiwa. Sebuah lagu rancak yang boleh dikatakan sering dinyanyikan juga. Tetapi yang lebih menarik sudah pastinya lagu Langkah Di Persada yang rasanya sudah puluhan tahun tidak dinyanyikan di konsert. Sangat seronok kerada di konsert ini ada lagu yang sangat jarang dinyanyikan akhirnya dinyanyikan semula.


Percayalah
Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplisiti 2019
Lagu nyanyian beliau Percayalah, sememangnya sebuah lagu yang betul-betul memberikan impak kepada kerjaya beliau. Ketika lagu ini sedang popular, nama beliau begitu hebat sehinggakan dijemput untuk membuat persembahan di negara Jepun.

Di Sini Ku Berjanji

Yeah! Satu lagi lagu yang sangat jarang dinyanyikan akhirnya dinyanyikan secara langsung! Suaranya masih sama seperti dulu. Antara lagu yang aku rasa sepatutnya menjadi siulan ramai. Termakbul juga doa untuk mendengar lagu ini dinyanyikan secara langsung.


Medley Ku Mahu & Pendirianku
Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplisiti 2019







Medley Ku Mahu dan Pendirianku bagi aku persembahan yang menarik. Boleh tengok bagaimana beliau lincah menari. Teringat pula pada persembahan di Anugerah Industri Muzik 2005 di mana beliau membuat persembahan dengan rangkaian lagu-lagu rancak. Sememangnya sebuah persembahan yang membawa kita kembali ke memori lama.

 Ku Menunggu

Sudah lama sebenarnya aku menunggu untuk lagu ini dinyanyikan secara langsung. Alhamdulillah. Antara lagu yang aku sangat suka di dalam album Prasasti Seni selain lagu Pejam Matamu. Lagu ini sangat mendayu-dayu dan anda boleh lihat bagaimana vokal beliau tidak berubah dari dulu hingga sekarang.
Biarlah Rahsia




Lagu Biarlah Rahsia dilancarkan ketika beliau sedang diasak pelbagai soalan tentang percintaan dan jodoh. Ya, lagu ini sangat ikonik dan menjawab pertanyaan media, termasuklah peminat yang inginkan jawapan. Walaubagaimanapun aku lebih suka dengan susunan muzik asal. Masih ingatkah anda ketika kali pertama lagu ini dinyanyikan di hadapan khalayak ramai di Anugerah Planet Muzik 2005? Boleh lihat bagaimana segala yang terbuku di dalam perasaan beliau diluahkan ketika persembahan tersebut.
Warna Dunia
Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplisiti 2019
Warna Dunia merupakan lagu yang boleh dikatakan antara yang menarik di dalam album Fragmen. Dalam album Fragmen aku lebih suka dengan lagu Mula dan Akhir. Walaubagaimanapun nyanyian beliau untuk lagu ini sangat seronok dan hebat terutamanya part bridge.

Kisah Kuinginkan Versi Solo
Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplisiti 2019

Aku rasa ini merupakan kali pertama lagu Kisah Kuinginkan dinyanyikan versi solo. Kedengaran agak berbeza dan aku suka. Haha. Tapi sebenarnya kedua-dua versi sama ada bersama Judika atau solo aku suka. Ya, lagu ini daripada album SimetriSiti. Banyak sebenarnya lagu di dalam album ini yang sedap dan masih belum dinyanyikan secara langsung di mana-mana konsert. Mungkin suatu hari nanti.
Anta Permana
Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplisiti 2019

Pada awalnya aku agak terkejut dan pelik kenapa diberi tahu nak nyanyi lagu Anta Permana tapi intronya lagu Senorita? Ha, rupanya susunan muzik yang sebegitu rupa. Sangat menarik! Aku rasa ianya sangat bijak kerana susunan muzik Anta Permana yang biasa ramai yang sudah tau dan pastinya jika susunan yang sama pasti membosankan. Ya, inilah Siti Nurhaliza yang kita kenal, sering memberikan sesuatu yang berbeza setiap kali konsert.

Kasihku Selamanya

Lagu terbaru nyanyian beliau, Kasihku Selamanya akhirnya dinyanyikan secara langsung. Sebuah lagu yang sangat berhantu. Siti Nurhaliza membuktikan sekali lagi bahawa nyanyian ketika rakaman dan secara langsung tiada sebarang perbezaan malah mungkin lebih baik ketika secara langsung. Emosi yang diberikan sememangnya tiada tandingan. Ya, bagi aku inilah persembahan yang terbaik antara lagu-lagu yang dinyanyikan pada malam itu.

Ulasan Mini Concert Siti Nurhaliza #ShopeeXSimplisiti 2019

Secara keseluruhan, aku sangat terhibur untuk konsert ini. Walaupun bertaraf "mini concert" tetapi bagi aku segala tenaga dan persembahan yang diberikan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza sangat terbaik! Persembahan yang memukau walaupun durasi konsert yang sangat pendek. Tak sangka dalam pukul 10.15 malam konsertnya sudah selesai.

Alhamdulillah, dengan hadirnya aku ke konsert ini, sekaligus dapat menghilangkan kekecewaan kerana tak dapat ke Konsert Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena pada awal tahun ini. Tahniah Dato Sri Siti Nurhaliza dan Shopee kerana menganjurkan satu konsert yang santai tetapi menyeronokkan.
Sekian.

Artikel ini dihasilkan dengan ulasan dan pendapat sendiri. Sebarang perbezaan pendapat adalah atas tanggungjawab anda sendiri.

40 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Seronoknya dpt attend concest DCT. even mini still boleh jmpa live

    ReplyDelete
  2. Dulu masa kecil, suka sangat dengan Datuk CT.. Tapi bila dia kahwin, terus membawa diri..

    Pernah beberapa kali jumpa beliau secara LIVE...

    ReplyDelete
  3. walawaeeeiiii...dapat g konsert dato sri ct ...

    Walaupun saya ni suka dengar lagu2 dia, smpai sekarang tak pernah lagi nak pergi ke konsert dia..tapi kalau karaoke, layan lagu dia la paling best.hehe

    ReplyDelete
  4. Untungla dapat peluang pegi . Tumpang happy , mesti syok kan dapat pengalaman berharga ni . Persembahan DS Siti memang tak pernah mengecewakan sejak dari dulu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , best sangat. mmg terpukau dgn persembahan beliau

      Delete
  5. Wahh bestnya boleh dengar dan tonton live persembahan nyanyian Siti Nurhaliza.. Banyak juga lagu-lagu yang jarang didengar. Peminat-peminat sure teruja habis...

    ReplyDelete
  6. beruntunnglah dapat pergi konsert ct...free tiket plak tu...kalau konsert ct mmg feeling habis seronok n happening..lagend ct ni kan lagu2 dia semua diterima pelbagai bangsa

    ReplyDelete
  7. Wahh ada juga ker kat konsert tu kita pun ada kat sana hehehe tak perasan kot memang best gila dan terpegun kita bila tengok secara live Tok Ti nyanyi beliau memang idola dan ikon Malaysia selamanya tetap no 1 dalam jiwa rakyat Malaysia...

    ReplyDelete
  8. syok betul dapat tengok siti nyanyi..suara dia mmg sedap..nad layan dekat live shopee je..hehee..best semua lagu dia..paling best tu gambr dekat belkg tu dri dia budak2 sampai dia berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok sangat. hhi ya,gmbr kt belakang tu menggamit memori

      Delete
  9. CTDK memang tidak pernah menghampakan dan sentiasa memberikan sepenuh komitmen dan jiwa raga setiap kali persembahan. Kagums!

    ReplyDelete
  10. nampak happening dan meriah...mmg lagu2 ct nurhaliza sedap dan menghiburkan. untung sebab dapat tgk dato ct nyanyi live hehe

    ReplyDelete
  11. Alaa tak dapat join malam tu, ruginya. Tapi thank you cerita kan dekat sana.

    ReplyDelete
  12. memang ! konsert siti takkan pernah mengecewakan. dan ianya macam berbaloi untuk pergi sebab siti bukan artis yang seksi so sedap je mata memandang.

    ReplyDelete
  13. Diva ni....suka sgt dgn Tok Ti yg relaksss jaaa...lagu2 dia semua sedap2...mmg bakat anugerah tuhan yg xada ganti...

    ReplyDelete
  14. so nice to join siti nurhaliza for the mini concert.. she's really a legend...

    ReplyDelete
  15. syoknya dapat tengok persembahan Dato CT secara live.. walaupun mini konsert.. mesti puas tengok kan.. almaklumlah suara tokti belum ada tandingan lagi..

    ReplyDelete
  16. Waaa.. Banyak lagu yang disajikan ye. Mesti bestkan. Lagi lagi peminat tegar Dato Ct. Kalau tengok dari dalam tv pun dah rasa best, ni kan pula konsert nya secara live. Beruntung dapat tengok.

    ReplyDelete
  17. Tok Ti kalau dengar dia nyanyi live memang meremang rasa. Best gila suara dia and mesti susah nak move on. Untung dapat pergi concert Siti.

    ReplyDelete
  18. Mouse mommy pun suka dengar Siti Nurhaliza nyanyi lagu. Siti pun sangat ramah mesra, suka!

    ReplyDelete
  19. bestnya dapat pergi ke konsert Tokti. kita mmg minat betul dengan Tokti. minat dari kecik lagi. suara dia nyanyi live mmg sedap betul.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post