Header Ads

10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar semua? Beberapa tahun yang lalu, aku ada terbitkan satu artikel yang berjudul 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2017. Ya, pada tahun 2017. Kini kita sudah berada di hujung-hujung tahun 2019. Adakah senarainya masih sama? Atau ada perubahan? Adakah bangunan di Malaysia turut tersenarai? Jom kita lihat senarai 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2019.


10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2019

Untuk bahagian TAHUN, ianya bukan tahun bangunan itu siap, tetapi tahun dimana bangunan itu mencapai ketinggian tersebut kerana ada bangunan di dalam senarai ini masih dalam pembinaan.

10. China Zun
Sumber : Wikimedia

Lokasi : Beijing, China | Ketinggian : 528 meter | 108 Tingkat | Tahun : 2018

Bangunan tertinggi di bandaraya Beijing.

9. Tianjin CTF Finance Center 
Sumber : Wikipedia

Lokasi : Tianjin, China | Ketinggian : 530 meter | 98 Tingkat | Tahun : 2019

8. Guangzhou CTF Finance Center

Lokasi : Guangzhou, China | Ketinggian : 530 meter | 111 Tingkat | Tahun : 2016

Bangunan tertinggi di Guangzhou dan kedua tertinggi di wilayah Guangdong.

7. One World Trade Center
Sumber : Britannica.com

Lokasi : New York, USA | Ketinggian : 541.3 meter | 104 Tingkat | Tahun : 2014

Bangunan tertinggi di Hemisfera Barat, USA dan juga Amerika Utara. Bangunan tertinggi di luar benua Asia.

6.Golden Finance 117

Lokasi : Tianjin, China | Ketinggian : 596.6 meter | 128 Tingkat | Tahun : 2019

Bangunan tertinggi di China luar dari Shanghai dan juga wilayah Guangdong.

4. Ping An Finance Center
Sumber : Archpaper.com

Lokasi : Shenzhen, China | Ketinggian : 599 meter | 115 Tingkat | Tahun : 2017

Bangunan tertinggi di Shenzhen dan wilayah Guangdong. Berkongsi rekod sebagai dek pemerhatian tertinggi dengan Shanghai Tower di ketinggian 562 meter.

3. Abraj Al-Bait Clock Tower
Sumber : Pinterest

Lokasi : Mecca, Saudi Arabia | Ketinggian : 601 meter | 120 Tingkat | Tahun : 2012

Bangunan tertinggi dengan mukaan jam, kedua tertinggi di Timur Tengah dan tertinggi di Arab Saudi.

2. Shanghai Tower
Sumber : Dezeen


Lokasi : Shanghai, China | Ketinggian : 632 meter | 128 Tingkat | Tahun : 2015

Merupakan bangunan tertinggi di China dan juga Asia Timur.


1. Burj Khalifa
Sumber : cntraveler

Lokasi : Dubai, UAE | Ketinggian : 828 meter | 163 Tingkat | Tahun : 2010

Masih unggul sebagai bangunan tertinggi di dunia sejak tahun 2010.

19. Petronas Twin Tower
Sumber : Busonlineticket


Lokasi : Kuala Lumpur, Malaysia | Ketinggian : 451.9 meter | 88 Tingkat | Tahun : 1998

Bangunan berkembar tertinggi di dunia, memegang takhta bangunan tertinggi di dunia setelah selesai pembinaannya juga bangunan pertama  memegang takhta tertinggi di dunia sejak tahun 1908 selain dari USA.

Sekian sahaja kira turun untuk 10 bangunan tertinggi di dunia dan juga bangunan tertinggi di Malaysia. Bagaimana? Cuba anda bandingkan dengan artikel pada tahun 2017 yang aku tulis. Berbeza atau tidak? Jumpa lagi untuk beberapa tahun akan datang untuk ketahui bangunan tertinggi untuk tahun tersebut.


Sekian


Sumber : The Tower Info

16 comments:

  1. nice sharing.. tinggi jugala menara kita walaupun di nombo 19
    rasanya ada lagi kan building tinggi nak bina kat KL nun.. pakat saing
    sapa lagi tinggi lew lepas ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. ya, ada byk yg sedang dibina di Kuala Lumpur. :)

      Delete
  2. Replies
    1. taipei 101 di ranking belas-belasan. dah banyk bangunan yg potong :)

      Delete
  3. banyak bangunan tertinggi berada di China rupanya.
    itu bangunan betul2kan bukan fake? hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, china mmg sangat cepat membangun. boleh lihat dekat senarai ni, berapa je daripada negara tu.

      Delete
  4. Dah tertalu byk banggunan pencakar langit ni. sampai KLCC no 19. Woww dulu masa sekolah ingt lagi kalau org tnya banggunan paling tggi dunia ofcourse KLCC

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, makin banyak sekarang ni. tapi di Malaysia pun ada bangunan yg sedang dalam pembinaan :)

      Delete
  5. makin banyak bangunan2 tinggi especially kt china. tengok je pun dah gayat, kalau dapat naik, pitam terus. 🤭

    ReplyDelete
  6. info yang bermanfaat ni..tapi kalo dah sampai 100 tingkat, geli tapak kaki oii..gayat..mmg tak pandang luar tingkap dah ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tu. saya yg berbelas tingkat pun dah gayat...

      Delete
    2. Akan datang bangunan X-seed 4000 akan dibina di Jepun. Bangunan ini direkabentuk seperti sebuah gunung bagi mengekalkan keteguhannya. Kos binaan yang tinggi akan melewatkan bangunan ini untuk siap dalam masa terdekat. mungkin 40 ke 50 tahun lagi baru ada.

      Delete
    3. wahh berapa tingginya? macam lambat lagi nk siap tu.

      Delete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.