Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer

Sekarang ini bukan wanita sahaja yang mementingkan penjagaan dan keadaan kulit muka, tetapi lelaki juga mula mengambil berat aspek ini. Itulah kenyataannya sekarang. Boleh dilihat lebih ramai lelaki yang mula menjaga wajah dan juga mula menggunakan beberapa produk penjagaan muka untuk kulit muka yang lebih sihat.

Aku juga turut tidak ketinggalan apabila baru sahaja selesai melakukan perkara pertama iaitu mengetahui keadaan kulit muka dengan menganalisi kulit muka bersama seorang Beauty Consultant. Baru-baru ini, aku bersama rakan aku, Alin seorang blogger [https://adlinatasyaa.blogspot.com] telah bersama-sama berskin analysis bersama sis Anfaal juga seorang blogger [http://www.anfaal-ridhuan.com]. 

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer

Untuk pengetahuan anda, sis Anfaal ini juga merupakan seorang Beauty Consultant daripada Mary Kay, iaitu salah satu syarikat yang menawarkan produk penjagaan muka dan alat solek terkemuka. Sebenarnya untuk aktiviti Skin Analysis ini, sis Anfaal awal-awal lagi dah beritahu bahawa bukan nak promosi produk ke, atau nak paksa jual ke apa, cuma nak kongsi menganalisis kulit wajah sahaja.

PROSES SKIN ANALYSIS
Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer

Sebenarnya aku sangat malu bila nak menulis atau bercakap tentang kulit wajah aku. Sebab aku memang tak menjaga langsung, aku hanya gunakan produk pencuci muka ketika mandi sahaja. Selebihnya langsung aku tak tahu. Jadi, aku pasti keputusan atau result selepas di analisis pastinya agak buruk.

Yalah, sebab kebiasaannya lelaki seperti aku, yang sibuk dengan kehidupan seharian, mana ada masa nak belek-belek muka. Tapi sejak belakangan ini, aku nampak ramai juga lelaki termasuk kawan-kawan aku yang mula menjaga wajah. Ada juga yang sebenarnya dah lama pakai bermacam-macam produk tapi langsung tak beritahu. Mungkin segan?

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer

Proses menganalisis senang dan cepat. Menggunakan alat yang sememangnya khas untuk menganalis kulit, dan tiada dijual di pasaran, memang eksklusif untuk Beauty Consultant sahaja. Alat tersebut akan diletakkan dipermukaan kulit muka, dibeberapa bahagian iaitu Forehead, L-Cheek, R-Cheek, Nose, Chin.

Kemudian, tak sampai beberapa minit atau saat, terus boleh lihat apakah keputusan dan keadaan kulit muka anda, sama ada buruk nak mampus atau sihat sejahtera.

KEPUTUSAN ANALISIS KULIT

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer
TOP 3 SKIN CONCERNS

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer
SUMMARY

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer
Ini untuk analisis yang lebih jelas, kulit aku sebenarnya pada usia yang lebih tua berbanding usia aku yang sebenar. Sudah dijangkakan ya!



Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer
Ini pula antara keadaan kulit muka aku. Banyak yang LOW ya.

ANALISIS LEBIH JELAS DAN NYATA

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer

Jadi begitulah hasilnya selepas dianalisis. Alhamdulillah, lega juga sebab aku tak pernah analisis kulit muka sendiri. Selepas itu, sis Anfaal ada terangkan tentang produk apa yang perlu diambil, bukan daripada Mary Kay sendiri tetapi yang boleh dibeli sendiri dimana-mana sekalipun. 

Selepas membuat analisis kulit wajah ni, aku lebih yakin untuk beli produk apa dipasaran, apa yang perlu, apa yang tak perlu. Barulah kita tahu apa kekurangan wajah. Macam peperiksaan di sekolah, selepas peperiksaan barulah kita tahu apa kekurangan diri kita.

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer

Di kesempatan ini, ribuan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada sis Anfaal kerana memberi pengalaman baru, memberi tunjuk ajar, belanja Starbucks dan sebagainya dalam sesi kali ini. Terima kasih juga kepada Alin kerana sudi untuk bersama-sama dalam sesi ini.


Kepada yang berminat nak menganalisis kulit muka anda, boleh hubungi sis Anfaal di :-

Instagram : @anfaalr / @anfaalmk

Sekian
Sumber Gambar : Buckler's

Fun fact : Masih ingatkah anda tentang Ulasan Mini Consert Siti Nurhaliza ShopeeXSimplySiti 2019 ? Tanpa tiket daripada sis Anfaal, tak dapatlah aku ke konsert tersebut. Terima kasih sekali lagi.

40 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Sekarang ni orang lelaki pun kena amik tau dan jaga kulit mereka..sebabnya suami kawan Sis kena cancer kulit melibatkan muka, tak tau kenapa, katanya terlalu dedah kepada panas kerjanya..so makan dalam kulit..

    ردحذف
    الردود
    1. ye ke. ada dengar jugak kisah pemandu lori, muka sebelah kulitnya berbeza daripada sebelah lain. sebab kena pancaran matahari. macam tu la kisahnya.

      حذف
  2. wah best nya analyzer ni. sebab kadang kita rasa macam kulit dah 'ok sihat' sangat dah. haha

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu. mcm saya sendiri macam2 dpt tau tentang kulit bila dah dianalisis :)

      حذف
  3. Wah, cukup canggih with this skin analyzer & it's a portable one too! Well, time to take care of your skin while you are still young. Sayang yourself - sayang your skin too!

    ردحذف
  4. sekarang ni laki pun kena jaga kulit muka. cuaca x menentu, faktor gaya hidup dan pemakanan yg kurang sihat. bukan sebab nak jaga imej dan penampilan je. tapi juga utk kesihatan. bila kulit rosak atau x elok, nanti jerawat naik, penyakit lain pun dtg sekali..

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu. saya baru mendapat hidayah dadlam bab penjagaan kulit muka ni. :) hhe

      حذف
  5. Uih seram gak nak scan kulit wajah ni. Tapi produk mary kay memang trusted brand untuk elokkan kulit muka. Paling mek suka lipstick mary kay. Foundation dia tk sesuai dengan mek. Huhu.

    ردحذف
    الردود
    1. saya pun seram jugak sebenarnya, sampaikan macam tak jadi nak scan muka haha.. tapi sebab nak tahu keadaan kulit, terus saya gagahkan diri juga menadah muka

      حذف
  6. wah.. macam tak caya je keputusan nya macam tu.. kulit lebih nampak tua dari usia sebenar.. kalau tengok gambar macam ok je kulit awak.. tapi yelah.. tekstur kat dalam kulit mana kita nampak secara kasar kan.. kalau TB lak, mesti lagi hancussss.. hahahah

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha.. dalam gambar je nampak elok,kalau depan2 memang teruk jugak kulit muka ni. hehe

      حذف
  7. Bestnye skrg nie mary kay dah ada skin analyzer..boleh nk cek jnis kukit muka kite nie jenis apa..result pn cpt dapat..

    ردحذف
  8. Fuhhh detail check nya ya.. Pernah buat skin analysis ni tpi dekat Hanan Medispa... Mak aihhh seram tgk Muka punya flaw.. Rasa dah jaga perfect dah.. Ada gak yg lack dekat sana sini

    ردحذف

  9. Skrg ni bukan wanita je kena jaga kulit muka, lelaki pun sama. Jadi Skin Analyzer ni pasti sgt membantu. Satu lagi product Mary Kay yang 👍👍👍.

    ردحذف
  10. Bila tahu keadaan kulit kita senang nak beli produk yang ikut masalah kulit kan

    ردحذف
  11. memang bagus sesekali buat analysis muka..baru tau muka kit ani jenis macm mne..bahagian mana yang teruk..nak pilih produk pun takda rasa berslaah sebab dah tau mana sesuai untuk kita..kawan and pun ade nak buat juga dekat nad, tapi tu la nad takda masa lagi nak jumpa dia

    ردحذف
    الردود
    1. bolehlah cuba nnti. hehe. saya pun banyak belajar lepas proses analisis muka ni :)

      حذف
  12. Thanks for sharing! I am also a Mary Kay's beauty consultant 1 year ago~
    I will go back to my roots again!

    ردحذف
  13. Penjagaan kulit muka bukan perempuan je kena jaga lelaki pun sama kan. At least tau dah jenis kulit sebab dah scan kan. Saya tau kulit saya jenis oily tapi yg lain kurang pasti

    ردحذف
  14. Menarik pulak boleh buat analisis kulit ye. Tapi mary kay memang elok

    ردحذف
    الردود
    1. mmg best. hehe. produk mary kay kebanyakannya khas untuk wanita. untuk lelaki tak banyak. :)

      حذف
  15. Sis penah analyze skin sekali masa buat facial hari tu, sedih tgk kulit yg sebenar lol. kalau ada analyzer ni mmg selalu laa sis check nanti.

    ردحذف
    الردود
    1. haha, samalah saya pun awal2 macam takut, lepas tu dapat tahu kulit muka yg berkeadaan teruk. tapi nasib baik dah jangka dah. sebab mmg tak jaga kulit muka.

      حذف
  16. Memang bagus kita buat skin analysis ni. Sekurang-kurangnya kita tahu condition kulit kita dan tahu nak gunakan produk yang sesuai mengikut masalah kulit muka

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu. tujuan utamanya saya nak tengok keadaan kulit muka. lepas tu barulah tau produk apa yang diperlukan untuk diguna. ;)

      حذف
  17. Best juga kan dapat cek muka... Dah lama gila xbuat skin analisis... Kakau dulu dapat tau kulit muka penuh whitehead.... Nnti de masa nk pi cek jugalh.

    ردحذف
  18. saya selalu gak buat skin analyzer camni. bila kita tahu skin condition kita cemana, mudahlah kita nak ambik tindakan dan pilih produk yang sesuai

    ردحذف
  19. Bagus ni bila kita boleh buat analisis muka. Blh kenali mslh wjh yg diaLami seterusnya mencaRi solusi

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم