Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia | Tahukah anda bahawa Malaysia memiliki pusat percetakan Al Quran kedua terbesar di dunia! Kalau tak tahu dan nak tahu, jom baca perkongsian kali ini tentang salah satu pusat percetakan Al Quran paling maju dan bertaraf dunia yang lokasinya terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk membuat lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran. Sebelum itu, aku memang tak tahu menahu tentang kompleks ini. Tak sangka ya bahawa Malaysia mempunyai pusat dan kompleks sebegini yang sangat besar. Aku sememangnya sangat teruja sebelum lawatan kerana teringin melihat bagaimana penghasilan dan pelbagai lagi yang ada di sana.

KOMPLEKS NASYRUL QURAN

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Pintu Masuk 

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia

Bila masuk sahaja ke dalam bangunan Kompleks Nasyrul Quran, anda akan melihat satu dinding yang tinggi dan sangat cantik! Memang salah satu tarikan untuk bergambar dan dijadikan posting di Instagram dan Facebook.

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia

Pada awal lawatan, anda akan dibawa ke ruangan melihat tayangan video berkenaan Kompleks Nasyrul Quran dan juga berkenaan Yayasan Restu. Yang lebih menarik adalah sebelum tayangan bermula, selawat ke atas Nabi Muhammad didahulukan! Seronok bila beramai-ramai mengalunkan selawat.

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Penerangan Mengenai Proses Pembuatan Al-Quran Mushaf Malaysia

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Sejarah Awal Mushaf

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Mushaf Malaysia

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Sebahagian daripada Mushaf Malaysia

Antara fakta yang menarik mengenai Mushaf Malaysia adalah setiap hasil seni atau rekaan seni bagi setiap juzuk adalah berbeza mengikut identiti negeri-negeri yang terdapat di dalam Malaysia! Anda boleh lihat rekaan seni mengikut negeri anda di ruangan pameran ya!

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Hasil seni yang sangat cantik!

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Mushaf Antarabangsa

Selain dapat melihat Mushaf Malaysia, pengunjung juga dapat melihat Mushaf dari negara lain. Setiap negara mempunyai keunikan dan juga rekaan menarik mengikut negara masing-masing. Aku begitu teruja melihat pelbagai jenis mushaf yang ada! Semuanya sangat cantik!

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Proses Pelupusan

Proses pelupusan bagi cetakan yang salah atau sebagainya ditunjukan juga. Proses ini dijalankan dan akan menjadi kertas Qudus iaitu kertas yang digunakan untuk membuat cetakan dan hasil seni Quran.

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Carta Alir Proses

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Add caption
Ruangan Tinjau ke tempat pemprosesan dan percetakan 

Antara yang menarik sepanjang lawatan adalah dapat melihat bagaimana percetakan dan pemprosesan dilakukan. Ruangan yang sangat besar. Rata-rata ramai yang teruja dan kagum dengan keluasan kawasan ini.

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Antara koleksi hasil seni lain yang dikeluarkan di sini

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia

Sepanjang lawatan, aku sememangnya sangat teruja melihat pelbagai hasil seni berunsurkan Islam. Sememangnya sangat indah dan sangat cantik! Aku sangat mengesyorkan anda untuk datang dan melihat sendiri semua hasil seni dan keindahan mushaf Quran ini.

TENTANG KOMPLEKS NASYRUL QURAN

Kompleks Nasryul Quran merupakan salah satu pusat percetakan Al-Quran yang terkemuka di Asia Tenggara dibangunkan di tanah seluas 5.514 ekar di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kos pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM60 juta yang dibiayai oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kompleks ini dibina dan diwujudkan untuk merealisasikan impian untuk negara mempunyai tempat percetakan dan pemprosesan Quran bertaraf dunia.

Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14 merupakan kedua yang terbesar di dunia selepasa Kompleks King Fahd di Madinah. Kompleks ini beroperasi untuk memenuhi keperluan dalam negara dan juga keperluan di luar negara untuk cetakan Al Quran berikutan jumlah penganut agama Islam yang semakin pantas berkembang iaitu seramai 3 bilion daripada 9 bilion manusia pada tahun 2050. 

Jangkaan cetakan yang akan dikeluarkan di Kompleks Nasyrul Quran ini adalah sebanyak 1 juta cetakan Quran setiap tahun, di mana 70 % daripadanya adalah untuk kegunaan di dalam negara manakala selebihnya adalah untuk negara-negara yang memerlukan.

Kompleks ini juga mempunyai galeri pameran, kawasan latihan kemahiran, bilik mesyuarat, surau, kafeteria, kawasan melihat tempat percetakan, pejabat pentadbiran dan pengurusan.

Untuk membuat lawatan, tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Terdapat 5 komponen dalam setiap lawatan.

1 👉 Pengenalan tentang Yayasan Restu dan Kompleks Nasyrul Quran ( 30 minit )
2 👉 Galeri Mushaf Malaysia ( 15 minit )
3 👉 Galeri Mushaf Antarabangsa ( 15 Minit )
4 👉 Galeri Reka Bentuk Dalaman ( 15 Minit )
5 👉 Ruangan Tinjau Pusat Percetakan ( 30 Minit )

Setiap lawatan akan mengambil masa sekitar 2 jam.

Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya : Kedua Terbesar di Dunia
Sempat berposing [ versi sopan ] berlatar belakangkan dinding yang cantik ini.


LOKASI


ALAMAT : 14811, Jalan P14J, Presint 14, 62675 WP, Wilayah Persekutuan Putrajaya

WAKTU OPERASIIsnin - Sabtu : 9 Pagi - 4 Petang | Tutup : Ahad

Sumber Gambar : Wilayahku

Sekian

#PutrajayaRuns #GayaTravel  #SayangiBurungKu #VM2020 #VisitMalaysia2020

Artikel ini dihasilkan dari program Putrajaya On The Run! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 15 hingga 17 Ogos 2019 anjuran Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel Magazine .

39 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wah cantik..memang best kalau dapat melawat kompleks ni, boleh dapat banyak info lagi. menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok. sesiapa sahaja boleh melawat kompleks ni :)

      Delete
  2. Wahh hebatnya! Baru tau tentang kewujudan tempat ni. Bangga juga bila tau yang Malaysia memiliki pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas di Madinah! Ingatkan pemprosesan al-Quran sangat rumit bab tulisannya tapi rupanya tentang desain mushaf juga sangat detail ya. Kena pergi sini juga ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. hari tu ingat ke hasif ada hehe. memang best pusing2 kompleks ni, sampai lenguh2 kaki

      Delete
  3. indahnya tempat ni.. saya baru tahu dan terima kasih kerana berkongsi info ini..

    ReplyDelete
  4. Semoga kesucian AL-QURAN lebih terjaga adalah kompleks seperti ini. Dan lebih ramai masyarakat awam lebih peka dan membaca AL-QURAN lepas ini.

    ReplyDelete
  5. subhanallah. sungguh cantik dan menarik la

    ReplyDelete
  6. Sebagai sebuah negara Islam bangga kita kerana negara kita mempunyai sebuah gudang percetakan Al Quran terbesar dan juga diiktiraf peringkat antarabangsa. Kita kena mempertahankan semua ini kerana itulah pegangan kita umat Islam...

    ReplyDelete
  7. Memang tak sangka di Malaysia ada juga pusat percetakan mushaf yang terbesar. Menarik juga dibuat ikut negeri. Cantik tu cantik, yang penting kena baca baru lah kena. sis pun nak kena rajin2 lagi dalami agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita sis hehe :) in shaa Allah semoga dipermudahkan

      Delete
  8. Baru tau ade tempat percetakan Al-Quran terbesar..boleh pergi ni tengok depan-depan..menarik tempat untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik. boleh bawa keluarga. memang tak puas lagi hari tu.

      Delete
  9. Masuk percuma kan ? Nak bawak la anak² tengok cara penghasilan al-quran dan seni halus Islam. Biar dyorang terbukak minda .. asyik nak main je cuti sekolah ni..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percuma sahaja! Terbaiklah rancangan tu! Memang sesuai dengan musim cuti sekolah ni :)

      Delete
  10. Rawlins kagum. And lokasi ini berhampiran dengan rumah Rawlins - BANGGA! Moga negara kita semakin dikenali dengan pelbagai keindahan dari segi rakyat dan keharmonian beragama kita.

    ReplyDelete
  11. Seronoknya baca. Membuak buak perasaan nak pergi sana. Pakal jela jauh. In shaa Allah, ada rezeki naik kl, boleh singgah Putrajaya pergi kompleks nashryul quran ni. Thanks share!

    ReplyDelete
  12. CAntiknyaa.. Dari luar bangunan sampai ke dalam bangunan semuanya cantik.. bertuah la awak dapat ke sana. Melihat sendiri proses penghasilan dan juga pelupusan. Mesti semuanya dihasilkan dengan teliti kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sebelum ni memang saya tak tau Malaysia ada kompleks sebegini :)

      Delete
  13. Thank you for sharing. Even though I am not an Islam but still thanks for this beautiful pictures , so that I also know how they looks like inside.

    ReplyDelete
    Replies
    1. non muslim also can visit this place! masa lawatan hari tu, ada beberapa juga rakan2 yg bukan muslim join lawatan ni :)

      Delete
  14. Canteknya rekabentuk bngunan kat sini. Teruja tngok. Klu dtg terenggahu, bolehla datang singgah kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik! Seni2 di dalam pun sangat cantik, bolehlah melawat kompleks ni nanti

      Delete
  15. Cantiknya SubhanAllah! Bagusnya blh belajar macam2 fakta jgk tentang alquran. Tak pernah tau pun sbnrnya cara pelupusan alquran selama ni ingatkan melalui cara membakar. Nice sharing thanks ya!

    ReplyDelete
  16. Wowww terbesar kedua di dunia. Baru tau ada kompleks ni kat putrajaya

    ReplyDelete
  17. masya allah..cantik semuanya kat dalam tu.. yang paling best tu cara pelupusan alquran tu sendiri..sangat menarik..

    ReplyDelete
  18. cuti2 ni sesuai sangat kalau nak pi dan bawa anak2 kan. insyaAllah thanks sharing ya

    ReplyDelete
  19. Allahu.. cantik sangat reka bentuk dekat situ ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/11/follow-5-akaun-instagram-ini-untuk-kandungan-tentang-kewangan-terbaik.html

    ReplyDelete
  20. Cantik seni bina dan hiasan dinding. Kalau Qiss rasa tenang je. Nak jugak ke sana nanti.

    ReplyDelete
  21. wah biar betul. tak sangka ya dia terbesar di dunia. btw saya sendiri tak pernah sampai lagi ke sini.

    ReplyDelete
  22. AM baru tahu yg Malaysia merupakan pisat pencetakan mushaf yg terbesar terdapat di sini.. Nnti AM nak bawa anak2 AM jenjalan sambil menimba ilmu dan melihat koleksi seni yg cantik2

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post