Kucing Peliharaan Kesayangan : Garfield (Apin)



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Alhamdulillah, aku disini baik-baik sahaja. Untuk perkongsian kali ini adalah lebih bersifat peribadi dan berkenaan sesuatu yang dekat dengan aku. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda mengenai haiwan peliharaan di rumah aku yang paling aku rapat dan paling aku sayang.

Ramai yang ada haiwan peliharaan kan? Haiwan peliharaan aku ini bernama Garfield. Tetapi nama panggilannya adalah Apin. Aku pun tak pasti macam mana boleh jadi macam tu, tapi mungkin panggilan oleh mak aku. Sebab macam susah nak sebut Garfield. Jadi, sehingga sekaranglah Garfield ni digelar Apin. Oh satu lagi, Apin ni seekor kucing jantan. 


Apin ni selalu teman aku bila melepak depan rumah. Depan rumah aku di Kulim, Kedah, ada pondok. Di situlah aku selalu berangan tentang masa depan, tentang impian nak kahwin dengan puteri raja, impian nak jadi kaya raya tapi tak riak dan sebagainya. Jadi, Apinlah partner aku yang selalu teman lepak disitu.


Of course Apin akan mengganggu aku bila nak buat kerja dekat laptop. Bukanlah gangguan sebenarnya. Haha. Apin ni suka datang pastu naik atas meja. Lepas tu, dia mesti nak aku usap-usap kepala dia. Kadang-kadang, masa aku buat kerja, dia tidur kat atas riba aku. Sampailah kerja siap atau aku dah berhenti buat kerja dekat laptop.

Satu lagi hobi atau perangai Apin ni adalah dia akan jadi yang pertama yang tido dekat atas toto atau katil aku. Kebiasaannya bila aku balik ke rumah di Kulim, aku akan tidur di ruang tamu (sebab bilik aku, adik-adik aku tidur kat situ.) . Jadi, bila aku letak toto dan bantal-bantal dekat ruang tamu, Apin dah tau yang itu masanya untuk tidur.

Kadang-kadang, kalau tidur dalam bilik ( bila adik-adik aku tak ada ), Apin akan kejutkan bila waktu subuh. Dia suka baring dekat celah ketiak, dekat bahagian kaki dan sebagainya. Boleh dikatakan separuh daripada katil tu akan jadi milik dia. Ada juga beberapa kali aku yang bangun dulu, Apin ni sampai pukul 11 pagi tak bangun lagi.


Kadang-kadang Apin ni ada perangai pelik dia. Suka masuk dalam bekas macam ni. Kadang-kadang masuk dalam kotak. Masa dia agak muda, dia bawak balik macam-macam benda, contohnya burung. Ada juga beberapa kali dia menghilangkan diri. Tapi lepas tu dia pandai balik rumah. 

-----------

9 November 2019,  iaitu sehari selepas aku tiba di Kuala Lumpur selepas bercuti selama seminggu di rumah keluarga terletak di Kulim, aku mendapat berita bahawa Apin dah mati. Perasaan aku sebenarnya bercampur-baur. Sebahagian dari aku rasa sedih, kehilangan dan macam nak balik jumpa dengan Apin. Sebahagian lagi redha dan gembira akhirnya Apin tak payah lagi tahan kesakitan.


Aku redha dengan kematian Apin kerana hayatnya sangat panjang. Apin dilahirkan pada tahun 2012, bersama 3 lagi adik beradiknya yang lain. Ketika itu dirumah ada lebih daripada 20 ekor kucing. Kemudian, tahun berganti tahun, banyak yang mati akibat kemalangan, dan majoritinya adalah kerana penyakit.

Macam Apin, dia antara kucing yang paling kuat, aku rasa antibodinya sangat kuat, sebab ketika penyakit kucing tu merebak, Apin masih sihat. Pernah sekali, satu malam tu Apin tak tido dengan aku. Esok paginya aku nampak Apin dekat depan rumah. Duduk diam sahaja dekat tepi dinding. Lepas tu aku check, dekat perut Apin macam ada ketulan bengkak. Bila aku pegang, Apin macam tunjukkan reaksi sakit. 

Tapi lepas beberapa hari, Apin sihat balik. Aku ingatkan mungkin itulah ketikanya Apin nak tinggalkan aku, bersama-sama dengan adik beradiknya yang lain, tetapi masih panjang hayatnya. Selalu kalau aku nak balik ke Shah Alam atau Kajang, aku akan cakap dekat Apin supaya bertahan hidup supaya bila aku balik lagi sekali, aku dapat jumpa dengan Apin lagi.

Beberapa bulan pada tahun ini, Apin dah mula menunjukkan sakit-sakit tua. Apin dah jarang keluar rumah. Badan Apin mula kurus. Lepas tu, Apin selalu bersin dan hingus meleleh. Kadang-kadang hingus tu mengeras dan Apin tak boleh nak bernafas guna hidung. Jadi, akulah yang cuci hidung Apin tu.


Mungkin dalam hari pertama selepas ketiadaan Apin aku sangat sedih, tapi nak buat macam mana, setiap yang hidup pasti akan mati. Bukan pada manusia sahaja. Mungkin ada yang akan menyoal " ala... kucing je... nak emosi kenapa..". First of all, who are you? Second of all, aku tak perlukan pendapat orang-orang macam tu. Sebab mereka tak faham hubungan antara haiwan peliharaan dengan manusia.

Semoga aku dapat berjumpa Apin di alam lain. In shaa Allah. 

TERIMA KASIH APIN

Sekian

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. comelnya Apin.. takziah atas kehilangan...

    ReplyDelete
  2. Sweet story. Touching but also has warm feeling. Syukur Alhamdulillah you Apin had 7 beautiful years together. And Insya’Allah, you akan bertemu dgn Apin semula Di Alam yg lain. Dulu ada kawan pernah gitau I yg kucing Kalo owner dia Dah pelihara dia dgn baik, dia akan mendoakan owner dia utk akhirat Nanti. I yakin Apin sure dah Doakan you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen fadima. In shaa Allah, semoga saya dapat berjumpa dengan apin nnti ;)

      Delete
  3. fhm perasaan kmatian kucing, dh cam part of family. aritu cloudy mati pun tak segan silu nangis sampai bengkak mata. Kata takmau pelihara kcg lagi sb sakit nahan rasa kehilangan but then adopt pula, 2 ekor skali. Dh mmg suka kucing nak wat camna

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post