Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah hampir 20 tahun rupanya jenama D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. mewarnai industri kecantikan tanah air. Dari zaman awal kemunculan pengasasnya, Dato’ Sri Aliff Syukri dengan tagline keramat, "Terlajak Laris!", sehinggalah menjadi salah satu empayar kosmetik terbesar di Malaysia, jenama ini tidak pernah berhenti melakukan transformasi. Terbaru, pusat operasi utama mereka di Kota Damansara kini tampil dengan imej yang jauh lebih segar, moden, dan eksklusif!
Konsep Butik Baharu Lebih Luas
Pendekatan baharu ini membolehkan pelanggan melihat, mencuba, dan mengenali pelbagai rangkaian produk D’Herbs dalam suasana yang lebih kondusif dan interaktif. Ia bukan sahaja meningkatkan keselesaan, malah menjadikan pengalaman membeli-belah jauh lebih menyeronokkan berbanding dahulu.
Kemudahan Mesra Keluarga Yang Cukup Lengkap
Wisma D’Herbs berwajah baharu ini bukan sekadar pusat jualan biasa. Ia direka sebagai destinasi yang menyenangkan untuk seisi keluarga dengan pelbagai kemudahan tambahan, antaranya:
- Ruang solat yang selesa.
- Kafe mini untuk pengunjung berehat.
- Ruang permainan kanak-kanak (siap ada bouncing castle semasa hari pelancaran!).
- Kawasan rehat lengkap dengan sofa empuk.
Kesemua fasiliti ini disediakan bagi memastikan pengunjung daripada pelbagai peringkat usia dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang menyenangkan bersama keluarga.
Tanda Penghargaan Buat Pelanggan Setia
Menurut Pengarah Urusan D’Herbs Holdings, Dato’ Sri Aliff Syukri, pembaharuan ini bertujuan memastikan jenama D’Herbs kekal relevan, kompetitif, dan terus menjadi pilihan utama pengguna dalam pasaran yang mencabar. Selain itu, ia merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menyokong perniagaan D’Herbs sejak hampir 20 tahun yang lalu.
Kemeriahan Hari Pelancaran: Artis & Aktiviti Menarik
Acara yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam itu benar-benar 'pecah' dengan kehadiran ramai selebriti. Majlis diserikan dengan kehadiran duta beg AS iaitu Izara Aishah dan Sally Whoo, selain penampilan istimewa artis jemputan seperti Amelina dan Sherry Alhadad.
Antara aktiviti yang berjaya mencuri perhatian pengunjung termasuklah:
- Jualan Lelong Harga Runtuh.
- Pertandingan Mewarna untuk si cilik.
- Pertandingan Berhias.
- Pertandingan Makan Kuaci Terpantas yang cukup mencuit hati.
Ganjaran Eksklusif Buat Pelanggan: Dari Goodies Bag Hingga Ke Perodua Bezza!
Sebagai penghargaan kepada pelanggan yang hadir:
- 100 pembeli terawal telah menerima goodies bag misteri eksklusif.
- Pembelian bernilai RM300 menerima cenderamata khas berupa payung D’Herbs.
- Pembelian minimum RM200 melayakkan pelanggan menyertai putaran ‘lucky wheel’ serta cabutan bertuah sepanjang hari.
Bagi anda yang ingin merasai sendiri pengalaman membeli-belah di butik berkonsepkan ekspo mini ini atau ingin mendapatkan produk kegemaran anda secara terus, jemput singgah ke Wisma D'Herbs!
Wisma D'Herbs Holdings
- No. 1, Persiaran Prestij, Seksyen W9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
- Waktu Operasi: Isnin - Jumaat: 9.00 Pagi – 6.00 Petang
- Sabtu: 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Semoga dengan transformasi ini, D’Herbs terus maju dan kekal menjadi jenama pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Terlajak Laris!








The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.