NCIG (M) Sdn Bhd Bakal Menghentikan Operasi di Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera

NCIG (M) Sdn Bhd Bakal Menghentikan Operasi di Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat NCIG (M) Sdn Bhd Shariffuddin Bujang, dengan duka citanya mengumumkan bahawa NCIG (M) Sdn Bhd bakal menghentikan operasinya di Malaysia. Beliau memaklumkan berita itu selepas pelancaran produk-produk terbaru NCIG - NCIG2 Total Solution di NSummit2 di MIECC Seri Kembangan, Selangor.

"Keputusan ini bukan dibuat dengan mudah kerana ia memberi impak kepada beratus pekerja NCIG di Malaysia. Selagi Malaysia tidak memperkenalkan regulasi terhadap kandungan nikotin dalam rokok elektronik, ini menjadi halangan buat kami bagi memenuhi misi utama NCIG untuk membantu 8 juta perokok di Malaysia berhenti merokok"- ujarnya.

"NCIG hanya akan memasarkan variasi produk sifar nikotin daripada NCIG Total Solution untuk pasaran tempatan sebagai fasa terakhir sebelum penarikan operasi di Malaysia. Kami merancang untuk menghentikan operasi di Malaysia, dan akan mengutamakan pelaburan kami pada pasaran luar negara di mana regulasi bagi produk rokok elektronik bernikotin telah diluluskan, terutamanya di United Kingdom dan Indonesia." - Shariffuddin.

NCIG (M) Sdn Bhd Bakal Menghentikan Operasi di Malaysia


Beliau berkata produk cecair elektronik sifar nikotin bukan penyelesaian masalah untuk Malaysia kerana ia hanya akan menggalakkan lagi orang awam terutamanya yang bukan perokok untuk mula menggunakan vape. Sebaliknya, NCIG menawarkan produk rokok elektronik sifar nikotin digunakan pada fasa terakhir dalam rawatan ketagihan merokok. Disebabkan oleh regulasi yang diguna pakai sekarang, NCIG hanya boleh memperkenalkan produk cecair elektronik yang mengandungi sifar nikotin di Malaysia.

Bercakap mengenai masa depan industri vape di Malaysia, beliau berkata sekiranya perkara ini masih dilarang oleh pihak berkuasa, ini akan memberi impak besar kepada peniaga tempatan yang lain. Buat masa ini, cecair rokok elektronik buatan Malaysia dianggap premium di pasaran antarabangsa kerana mengandungi Glycerin Sayuran (VG) berkualiti tinggi yang diperolehi daripada minyak sawit tempatan.

NCIG (M) Sdn Bhd Bakal Menghentikan Operasi di Malaysia

"Kami menganggarkan lebih dari 50,000 tan Glycerin Sayuran (VG) digunakan setiap tahun oleh pengusana vape tempatan dan ini adalah salahs atu rahsia kejayaan jenama Malaysia di mata dunia serta menjadikan kami pengeluar cecair rokok elektronik kedua terbesar di dunia selepas USA."

Beliau menambah bahawa industri kreatif juga bakal terjejas kerana syarikat vape juga menggunakan bakat anak muda temaptan bagi menghasilkan reka bentuk, pengiklanan, pembungkusan, dan juga melabur dalam produk dagangan bagi tujuan promosi. Industri vape tempatan di Malaysia terdiri daripada pengusaha Bumiputera persendirian yang kebanyakkannya mengeksport majoriti produk mereka ke luar negara dan mengupah sehingga 30,000 pekerja tempatan.

Sekian

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. habis dah. sudah diharamkan oleh kerajaan kan. Haramkan sekali rokok baru best


    blog aerillhassan.blogspot.com telah masuk dalam BlogList
    https://www.aimanabdullah.com/2019/11/senarai-bloglist-aimanabdullahcom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, itulah. mungkin diluar sana ncig boleh lebih berkembang.

      Delete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post