Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua? Kembali lagi dalam episod "Makan Apa Hari Ni?" Sudah lama jugak aku tak menulis dan berkongsi tentang makanan yang aku makan dan juga membuat ulasan mengenainya. Alhamdulillah, kali ini anda bertuah, kerana kali ini aku nak berkongsi dengan anda salah satu tempat atau lokasi yang dikatakan viral iaitu Kula Cakes, Kuantan.

Baru-baru ini aku berkesempatan ke Kuantan, Pahang setelah mengikuti satu program MAHB Media Explore Hunt 2019. Dalam perjalanan pulang ke Lembah Klang, kami iaitu Kak Min, aku, Eneffel dan juga Kiffly singgah di Kula Cakes.

Aku memang seorang yang suka kek. Macam-macam kek aku suka, termasuklah kek coklat, kek red velvet, dan sebagainya. Teringat pulak kes aku beli kek dekat Secret Recipe untuk majlis perkahwinan kakak aku tahun lepas, lepas tu lupa nk letak dalam peti ais dan kek tu cair! Haha.


KULA CAKES

Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?

Sebenarnya ini merupakan kali pertama aku tau wujudnya Kula Cakes. Mungkin tahap viral tempat ni tak sampai ke pengetahuan aku atau sebaliknya. Bila aku check instagram dan google, barulah aku tahu ramai rupanya peminat kek di Kula Cakes ni.

Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?
Beratus panjang ya sebelum dapat masuk ke dalam kedai!

Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?
Suasana dalam kedai!

Di dalam kedai, keadaannya sangat padat. Aku rasa tak sampai 10 orang boleh masuk sebab kawasan yang agak terhad. Hampir 30 minit jugak aku beratur untuk masuk melihat keadaan dalam kedai dan kek apa yang ada di dalam kedai tersebut.

Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?
Antara Kek yang ada.

Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?
Tempat untuk makan kek dan lepak dan bergambar sepuasnya!

Satu konsep yang menarik untuk tempat makan kek. Juga sesuai untuk mereka yang suka bergambar sebab cantik kawasannya. Cuma mungkin kerusi dan meja yang terhad tak dapat nak menampung pelanggan yang ramai. Juga bila cuaca tidak mengizinkan contohnya hujan atau panas terik, memang tak sesuai untuk makan di kawasan ini.

Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?
5 jenis kek yang dibeli untuk dimakan


ULASAN 

Sekarang tibalah masa untuk aku mengulas lebih lanjut tentang kek yang dipilih. Sebelum apa-apa, ulasan ini adalah pendapat diri aku sendiri dan kalau pendapat aku tak sama dengan pendapat anda, biarkan sahaja. Ya,  rasa adalah subjektif mengikut citarasa masing-masing. 


RED VELVET CAKE
Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?
RATE : ⭐⭐⭐

Untuk Kek Red Velvet, sebenarnya aku peminat Red Velvet, dah banyak jugak kek Red Velvet yang aku rasa dan makan setakat aku hidup ni. Walaubagaimanapun yang paling sedap yang pernah aku rasa adalah Kek Red Velvet di sebuah bakeri di Putrajaya. Untuk Kek Red Velvet di Kula Cakes ni, rasanya biasa sahaja, boleh diterima dan lapisan cheese yang agak tebal.

PANDAN GULA MELAKA CAKE
Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?
RATE :⭐⭐

Rasanya jika aku ke Kula Cakes lagi selepas ini, aku tak akan pesan Kek Pandan Gula Melaka ini lagi. Rasanya sangat biasa, dan mungkin Apollo perasa pandan lebih sedap daripada yang ada di Kula Cakes ini. Tiada yang menarik pada kek ini, rasanya juga agak kering.

BURN CHEESE CAKE
Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?
RATE :⭐⭐⭐

Ini merupakan kali pertama aku makan Kek Burn Cheese ni. Selalu jugak aku nampak dekat Twitter, Facebook atau Instagram tentang kek ni. Mula-mula aku macam pelik, kenapa orang nak makan kek yang dah terlebih masak? Rupanya kek tu memang begitu. Not bad. Rasanya agak sedap dan aku boleh terima. Lepas ni mungkin aku akan cari Kek Burn Cheese ni lagi.

MANGO CHEESE CAKE
Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?
RATE :⭐⭐⭐

Ramai yang recommend aku untuk makan dan beli Kek Mango Cheese  ni. Dari rupa luar nampak sedap, dengan warna oren, ya, menyelerakan. Tapi bagaimana pula dengan rasa? Bagi aku, rasanya agak pelik. Keknya agak keras dan kalau tanpa salutan mango tu mungkin aku tak akan makan. Walaubagaimanapun, kek ini boleh diterima lagi. Tak mengecewakan.

CHOCOLATE SALTED CARAMEL CAKE
Sedap ke Makan Kek di Kula Cakes, Kuantan?
RATE :⭐⭐⭐⭐⭐

Untuk sesiapa yang belum kenal dengan diri aku, aku sangat suka pada caramel. Tak kisahlah sama ada kek, aiskrim ataupun pop corn, aku suka yang bersalutkan caramel atau mempunyai caramel dalamnya. Itu juga sebab utama aku memilih untuk makan kek Chocolate Salted Caramel ni. Aku memberikan 5 bintang kerana rasa caramel dan coklatnya bersatu. Pahit daripada coklat dan juga manis dari caramel bersatu, menghasilkan rasa unik. Juga portion yang agak besar, memang anda akan puas.


Kesimpulannya, untuk anda yang berada berdekatan kawasan Kuantan atau merancang untuk ke Kuantan, atau saja-saja singgah ke Kuantan, anda boleh singgah di Kula Cakes ini untuk makan kek! Mungkin bagi anda kek-kek yang terdapat di sini lebih sedap daripada yang lain. Cuma tips buat masa sekarang adalah datang awal ke kedai ini dan bawa portable fan sebab mungkin kena beratur panjang di waktu panas terik.

LOKASI


INSTAGRAM : https://www.instagram.com/kulacakes/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/Kula-Cakes-263637486982707/

Artikel Berkaitan : [ 5 Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur ]

Sekian

24 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. tak datang cula cakes cuba manggo cheese cake tak sah la. yang tak bestnya selalu ramai kula cakes ni.

    ReplyDelete
  2. jauhnya makan kek hehe :) nampak sedap2 semua tu

    ReplyDelete
  3. Hahah tak sedap! Wakakaka cam overrated kan? Paling worst pandan gula melaka tu sebab too dry hahahah..

    ReplyDelete
  4. Aduhai jauhnya ngah datang makan kek hehehe .. Semua kek yang ada kat ats ni nampak sedap dan menyelerakan . Apa citer ni akak yg duk Kuantan ni tak penah2 lagi singgah sini ..takle jadik ni nak kena terjah gak nanti.

    ReplyDelete
  5. Dari hari tu kita teringin makan kat sini. Terutama manggo cheese cake dia

    ReplyDelete
  6. Amboi sampai ke Kuantan untuk makan kek! Saya confirm suka yang coklat tu. Thanks share maklumat kedai kek & kek sedap2!

    ReplyDelete
  7. Lama dah teringin nak cuba. Tapi tu la, takde urusan nak ke Kuantan. Mampu tengok jela orang duk share pasal Kula Cakes ni.

    ReplyDelete
  8. tiap kali datang kula cakes tak pernah tak penuh hahaha tabik siapa yang sanggup beratur

    ReplyDelete
  9. Menarik sangat rupa semua kek-kek tu. Walaupun kena beratur panjang tapi berbaloi juga akhirnya dapat merasai kek-kek tu kan? Insyaallah satu hari nanti kalau berpeluang ke sana, saya akan singgah

    ReplyDelete
  10. Saya suka makan kek tapi jauhnya tempat dia.

    ReplyDelete
  11. Sedap sangat tu.. Nanti sampai ke kuantan kita pun nak pergi menyerang

    ReplyDelete
  12. Sempat makan kula cakes dekat damansara ke PJ sebelum ni, lepas tu dah tutup kot. Tak sure ni dibawah orang yang sama ke bukan.. tgk jenis kek tu memang buat terliur je. Dengan enviroment pun cantik dan sesuai sgt utk instagrammer yg suka bergambar

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap2 kek dia. Tempat pun selesa je. Tapi tulah..jauh sgt nak kesana

    ReplyDelete
  14. Ramai orang share Kula Cakes ni. Teringinnya nak ke sana. Nanti ke kuantan harus singgah

    ReplyDelete
  15. Banyak pilihan kek ya cuma terfikir nak bawak anak-anak nanti jenuh lak dyorang buat perangai kalau panjang gitu beratur dan menunggu. So plan nak tapau tapi bila tu kena masuk next plan sebab tak ke Kuantan dalam masa terdekat ni

    ReplyDelete
  16. wow, santai nyer tempat duduk makan kek :)
    terbaik. aida memang suka tempat santai2 gitu, aerill.
    kek is everybody's all time feveret kot, kan.
    nampak sedap. santai. harga ok. sure cepat menambat hati org la.

    ReplyDelete
  17. Tak oernah datang ke sini lagi.. Teringin sangat tapi tak vercuti lagi dekat sini.. Ramai datang sini ambil cake mango tu... Tak sedp erk.. Hehehe.. Tapi ekne rasa juga nanti

    ReplyDelete
  18. Bila tgk irg jauh dtg mkn kt kula cakes ni rse mk gelak kt diri sendiri sbb sy yg duduk kuantan belum dpt cuba lg. Huuuu. Tp selalu lalu depan kedai. Beratur mmg panjang.

    ReplyDelete
  19. Ohmaiiii ceklat salted caramel cake tuuuu ya Allahhhhhh nampak sedap bebeno! Rasa nak terbang ke sana juga sekarang kahkahhhh berangann

    ReplyDelete
  20. dari dulu teringin datang ke sini n nak cuba kek2 dorg. tak ada kesempatan lagi utk sampai ke sana

    ReplyDelete
  21. perghhh sedap gila... nasib baik jauh dr penang. kalau tak dh serbu

    ReplyDelete
  22. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Bandar: _______________ Melacca
    pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
    Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.

    Pusat Aplikasi / Hubungi
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete
  23. LH orang asal kuantan dan sejujurnya kek-kek di Kula Cakes biasa-biasa sahaja. Lebih banyak kedai kek yang jauh keknya lebih sedap berbanding Kula Cakes tapi tak seviral Kula Cakes ni lah. Seperti Mash Kitchen, Orens dan dan banyak lagi tempat yang LH sendiri pun tak ingat.

    ReplyDelete
  24. Mango cheese cake Kula Cakes bagi LH muak. Tapi ada satu kedai kek di Kuantan ni mango cheese cake dia memang sedaapp!

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post