Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian yang disayangi lagi diberkati Tuhan? Alhamdulillah, bertemu lagi dalam artikel terbaru iaitu tentang Genting Strawberry Leisure Farm.  Tahukah anda selain Cameron Highland, Genting Highland juga mempunyai ladang strawberry! Kepada yang dah tahu, tahniah ya! Kepada yang belum tahu, kita sama! Jemput baca sehingga akhir ya!✌

--------

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

👉 Genting Strawberry Leisure Farm ataupun dalam bahasa kebangsaan Taman Santai Strawberi Genting ini merupakan antara ladang strawberi terbesar di Malaysia! Terletak di sempadan antara negeri Selangor dan negeri Pahang, Genting Strawberry Farm Leisure ini sememangnya menjadi tarikan yang menarik di Genting Highland.

APA YANG ADA DI SINI?

💓Entrance Lobby
💓Strawberry Farm
💓Lavender Garden
💓Lavender Souvenir Shop
💓Honey Bee Farm
💓Restaurant
💓Vegetable Farm
💓Strawberry Big Market and Souvenir Shop
💓Panda Statue
💓Rose Garden
💓Genting Strawberry Leisure Farms Waterfall

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

👉 Alhamdulillah, sudah lama jugak aku tak ke mana-mana ladang strawberry. Kali terakhir rasanya pada tahun 2013 ketika lawatan universiti ke Cameron Highland.

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
PETA GENTING STRAWBERRY LEISURE FARM

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
GERAI MENJUAL BARANGAN BERTEMAKAN STRAWBERI

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
GERAI MENJUAL BARANGAN BERTEMAKAN LAVENDER

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

👉 Perkara pertama yang anda akan nampak bila mana masuk sahaja ke sini bukan strawberi ya, tetapi bunga-bunga yang cantik dan berwarna warni! Semuanya tersergam indah dimata. Tiba-tiba terbayangkan berada dalam muzik video filem hindustan yang dilakonkan Shah Rukh Khan dan Kajol.

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

👉 Ada banyak jenis lavender di sini termasuklah lavender-lavender dari Taiwan dan juga Hokkaido. Ini merupakan pertama kali aku lihat pokok bunga lavender dan mencuba haruman asli bunga lavender ini. Kalau sebelum ni dapat bau daripada produk haruman yang boleh dibeli di pasaraya Econsave atau Giant sahaja.

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

👉 Pastinya lokasi ini sangat sesuai untuk mereka yang suka bergambar dengan bunga kerana sangat banyak bunga yang cantik-cantik dan warna warni!

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
PEMILIK LADANG MEMBERIKAN INFO 

------

Sekarang tibalah masa yang dinantikan iaitu tentang Strawberi!

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

👉 Pelbagai penerangan dan info menarik tentang Genting Strawberry Leisure Farm telah diberikan oleh KC Chung, iaitu pemilik kepada ladang ini.

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
DEMONSTRASI MEMETIK BUAH STRAWBERI

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
PANDANGAN DARI ATAS

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

👉Anda boleh membeli strawberry yang sudah siap dipetik dengan harga RM 15++ per 250 gram. Selain itu, anda juga boleh memetik sendiri buah ini dengan kos RM 8++ untuk setiap 100 gram. 

👉 Of course aku antara yang paling teruja pada hari tersebut sebab dapat lihat dengan lebih dekat tentang strawberi. Bukanlah sebelum ni tak pernah tapi kali ini istimewa sebab ada penerangan yang diberikan.

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

👉 Ada dua jenis strawberi di sini, satu yang berwarna putih manakal satu lagi warna merah seperti yang biasa. Baru aku tahu sebenarnya. Kalau sebelum ini aku ingatkan bahawa strawberi putih tu belum masak, rupanya rasanya lagi manis daripada yang biasa. [ pendapat sendiri ]

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

👉 Sempat bergambar di kawasan ladang strawberi. Abaikan perut yang boroi akibat makan tengah hari yang banyak dan sedap serta berapa ratus strawberi yang dah masuk dalam perut. Hehe😅

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
JELAS KELIHATAN GENTING HIGHLAND RESORTS WORLD

👉Selain mempunyai ladang strawberi, di sini juga terdapat pelbagai kiosk yang menjual pelbagai barangan-barangan seperti pakaian, alat permainan kanak-kanak, cenderamata dan sebagainya. Juga terdapat satu restoran bertemakan strawberi untuk pengunjung singgah dan makan bersama keluarga.


HAPPY BEE FARM

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

👉 Di Genting Strawberry Leisure Farm juga anda boleh dapatkan produk madu lebah. Ada pelbagai jenis madu yang dijual di sini. Sempat jugak aku minta pada kakak ni untuk merasa semua madu-madu yang ada.

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

--------

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm
GAMBAR KENANGAN

👉 Memang satu pengalaman yang menarik! Tak perlu lagi nak ke Cameron Highland untuk makan strawberi segar bila mana dah ada lokasi yang lebih dekat [ bagi mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang ]. Juga untuk mereka yang mengunjungi Genting Highland, bolehlah singgah di sini dahulu bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

LOKASI



Telefon : 03-6100 1152

😊Dibuka setiap hari, tiket masuk ke Genting Strawberry Leisure Farm ini hanyalah RM 15 untuk pengunjung dewasa manakala RM 10 untuk pengunjung kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. ðŸ˜Š

 #MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS  #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020


Artikel ini dihasilkan dari program Lawatan Produk Pelancongan @ Hulu Selangor Sempena Kempen VISIT MALAYSIA 2020 Negeri Selangor yang berlangsung dari 03 - 04 Disember 2019.

16 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Tempat ni macam 'mini cameron'. Insha allah kalau ada masa nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bolehlah singgah kalau nak ke Genting Highland nnti :)

      Delete
  2. Tak pernah datang sini. Kalau kat Cameron tu banyak la strawberry farm macam ni. Suka warna bunga lavender sebab warna purple.

    ReplyDelete
  3. Sangat menarik. Senanglah lepas ni, banyak tempat dah boleh dapat strawberry fresh.

    ReplyDelete
  4. wahhh tak tau pulak genting pun ada strawberry farm next time pergi genting boleh lah pergi datang sini

    ReplyDelete
  5. Hmm....... Dah lame sgt saya x visit Cameron Highlands. Tringin nak visit balik and tringin nak berkunjung ke farm2 yg disenaraikan Ini.

    ReplyDelete
  6. It’s been a long time since I visited Genting. This farm looks interesting. I wish to visit. Good sharing btw.

    ReplyDelete
  7. Selalu jugak ke Genting, tapi tak pernah masuk sini. Harap satu hari nanti dapat singgah sini n makan stawberry fresh2

    ReplyDelete
  8. Macam2 juga rupanya ada kat Genting Highlands. Macam Cameron jugak ye. Tak pnah lagi ke sini

    ReplyDelete
  9. dah lama teringin nak pergi strawberry farm kat genting ni. Lepas tengok blog ni tambah teringin lagi, cuti lepas ni kena plan ke sini la macam ni

    ReplyDelete
  10. Syok la nak beli strawbery fresh. Kita lagi suka gi Genting dari gi Cameron. Senang sikit Hehe

    ReplyDelete
  11. Uwahhhh biasa strawberry terkenal dekat Cameron je kan. Ni kat Genting pun ada. Mcm2 ada pulak tu selain strawberry. So memamg best laaa kalau datang sini

    ReplyDelete
  12. Bestnya kat genting pun ada.. CH over crowded sangat kalau weekn sampai rasa x lalu dah...
    Menarik gak tengok tempat ni

    ReplyDelete
  13. Oo macam-macam ada selain strawberry. Nampak acam kat Lavender Garden, Cameron Highlands. Good info ni sebab saya pernah gi Genting tapi tak jumpa mana strawberry garden dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post