6 Tempat Menarik di Daerah Hulu Selangor



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian?  Sebelum memulakan artikel yang panjang ini, aku ada soalan yang nak diajukan. Ada tak sesiapa yang berasal dari Daerah Hulu Selangor? Kalau ada, tahu tak tempat yang menarik di dalam daerah tersebut? Tak tahu?😏 Tak apa, kali ini aku akan kongsikan beberapa tempat menarik dan aktiviti yang anda boleh lakukan di sekitar Daerah Hulu Selangor.

😎DUSUN BONDA, BATANG KALI😎



Dusun Bonda, Batang Kali merupakan sebuah lokasi indah yang sesuai untuk anda ber-glamping di dalam kawasan yang dijaga rapi. Menawarkan pelbagai fasiliti menarik disamping aliran sungai dan juga air terjun dan kolam buatan manusia.


Pengalaman aku menginap selama satu malam di Dusun Bonda sememangnya pengalaman yang menarik. Pengalaman pertama kali aku ber-glamping di tengah-tengah hutan, tetapi penuh dengan dekorasi yang cantik lagi indah.



Alamat : Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor

Telefon : +6012-663 3667
Instagram :  @dusun_bonda
Facebook : dusunbondaresort

Laman Web :  www.dusunbonda.com 

😎GENTING STRAWBERRY LEISURE FARM😎

ARTIKEL👉 : Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm


Genting Strawberry Leisure Farm ataupun dalam bahasa kebangsaan Taman Santai Strawberi Genting ini merupakan antara ladang strawberi terbesar di Malaysia! Terletak di sempadan antara negeri Selangor dan negeri Pahang, Genting Strawberry Farm Leisure ini sememangnya menjadi tarikan yang menarik di Genting Highland.

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm

Pengalaman yang seronok kerana bukan sahaja ada strawberry, tetapi pelbagai lagi tarikan menarik lain seperti ladang bunga yang cantik dan penuh warna warni, restoran bertemakan strawberry, gerai-gerai menjual cenderamata, tempat menjual madu dan sebagainya!

Jom ke Genting Strawberry Leisure Farm


Telefon : 03-6100 1152

😊Dibuka setiap hari, tiket masuk ke Genting Strawberry Leisure Farm ini hanyalah RM 15 untuk pengunjung dewasa manakala RM 10 untuk pengunjung kanak-kanak dibawah umur 12 tahun. 😊

😎PARAGLIDING BUKIT BATU PAHAT😎

ARTIKEL 👉: Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Kubu Bahru, Selangor

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor

Mengenai aktiviti Paragliding di Kuala Kubu Bahru ini, lokasi take-offnya adalah di puncah Bukit Batu Pahat iaitu sekitar 1400 kaki daripada aras laut manakala tempat mendarat pula adalah di mini stadium Millenium, Taman Millenium. Perjalanan ke puncak bukit akan dibawa oleh pihak paragliding itu sendiri dengan menaiki 4 Wheel Drive (4WD) terus ke puncak bukit yang mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Aktiviti Paragliding di Bukit Batu Pahat,Kuala Lubu Bahru, Selangor


Pakej yang ditawarkan untuk mereka yang berminat adalah sekitar RM200 - RM300 sahaja iaitu termasuk dengan kenderaan, insurans dan juga video.

Kepada yang berminat boleh hubungi  En Nazri Paragliding KKB di  019-2191144


😎TERATAK RIVERVIEW ULU BERNAM😎

ARTIKEL👉 : Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

Teratak Riverview merupakan sebuah resort berhadapan dengan Sungai Bernam. Sesuatu yang unik adalah sungai ini merupakan sempadan antara Perak dan Selangor.


Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

 Resort ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti :-
➤ Chalet
➤ Tempat Perkhemahan
➤ Asrama
➤ Dewan
➤ Surau

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang tersedia di sini adalah seperti :-
😊Tubing
😊Water Confident
😊Rentas Halangan
😊Flying Fox
😊Abseiling
😊Tempat Berbasikal
😊Paintball
😊Jungle Trekking & Night Walk
😊Kem Motivasi & Ceramah
😊Hari Keluarga 


Tubing, Flying Fox dan Abseiling di Teratak Riverview Ulu Bernam

👉HUBUNGI :

🕿 MOHAMAD NOOR HAKIM BIN KASSIM
013 - 533 5033
🕿 NORHANAH BINTI MD NOOR
019 - 511 5033
🕿  MUHAMMAD NOOR HAZIQ BIN MOHD NOOR HAKIM
017 - 343 1346

👉PEJABAT
Lot No.10 Jalan Kemudi 2A/2, Fasa 2, Laman 1, Taman Bernam Jaya, 44100, Kerling, Selangor.

👉EMAIL : teratakriverview@yahoo.com
👉WEBSITE :  teratakriverview.blogspot.com

😎BANTAL LENTOOQ😎



Kedai Melissa mengeluarkan satu jenama bantal kekabu iaitu Lentooq. Bantal kekabu sememangnya terkenal sebagai sebuah bantal yang sangat berkualiti dan tahan lama. Selain itu, Kedai Melissa juga menghasilkan sarung bantal, cadar dan pelbagai lagi produk berasaskan bantal dan tilam.


Lokasi kedai ini adalah di Batang Kali, bantal Lentooq ini juga dijual di Shopee dan sebagainya dan seringkali mendapat tempahan daripada hotel dan sebagainya.


Address: 33, Jln Mahagoni 7/3, Pekan Batang Kali, 44300 Batang Kali, Selangor
Emel : kedaimelissa28@gmail.com
Telefon : 012-6403798


😎PEMBUATAN KERIS😎



Pembuatan  keris oleh Datuk Azmi Azhar di Kuala Kubu Bahru. Sudah ratusan atau ribuan bilah keris yang telah dijual dan ditempa sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang ini. Pernah juga beliau menjual keris dengan harga mencecah ribuan ringgit.


Proses Menempa Keris


Salah satu cara melihat pembuatan keris itu sama ada mempunyai keseimbangan yang baik atau tidak adalah dengan bantuan sarung keris itu sendiri sebagai penyendal.

Facebook : Anjong Charandong


------

Jadi, dah sampai ke penghujung artikel. Bagaimana? Menarik kan tempat-tempat dan aktiviti yang terdapat di daerah ini? Ya, tak perlu nak ke luar negara sedangkan di dalam negara masih banyak tempat menarik yang boleh dilawati. ✌😎

Sekian


#MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS  #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020


Artikel ini dihasilkan dari program Lawatan Produk Pelancongan @ Hulu Selangor Sempena Kempen VISIT MALAYSIA 2020 Negeri Selangor yang berlangsung dari 03 - 04 Disember 2019.

13 comments:

  1. bantal lentooq tu sure best tu...jauh juga di batangkali tu..tp ada jual kt shopee bole try bli online...dusun bonda tu menarik gk...tq for sharing tmpt2 menarik ni

    ReplyDelete
  2. Sebelah Suami yang duk Selangor pun Sis tak pernah lagi sampai ke semuanya ni...banyak tempat menarik ek..dan selalu orang cite tu haa, stoberi park kat Genting tu..hrtu pi Genting pun nak singgah masuk, sekali, ermmm mahai oii bayo hahahhaa

    ReplyDelete
  3. menarik. pernah tau pasal paragliding je lain-lain first time. bokeh la weekend gateway lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Owhhh banyak rupanya tempat menarik boleh dikunjungi di hulu selangor. Tp xramai yg tahu. Ini pon first time dgr ada kebun strawberry kat situ.

    ReplyDelete
  5. Alamak belum oernah sampai ke tempat tempat yg disebutkan ni. Terbukti negara sendiri pun banyak tempat menarik... rasa macam nak kembali ke zaman remaja haha

    ReplyDelete
  6. Boleh la cuti cuti malaysia lepas ni. Banyak tempak menarik. Memang tengah cari bantal juga.Boleh la beli

    ReplyDelete
  7. TAK pernah sampai lagi ke Hulu Selangor. Tapi tau la pasal Dusun Bonda ni. Untuk mereka yang sukakan nature maybe ni la tempat yang sesuai

    ReplyDelete
  8. Good review on this beautiful places. You gave me ideas on what to do and where to visit in Selangor. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  9. Dusun Bonda dan juga Genting strawberry farm tu yang nampak best dan menarik hehehehe rasa macam bila habis berkurung ni nak keluar jer pergi tempat macam tu cari ketenagan hehehehee...

    ReplyDelete
  10. stroberi kat genting tu aida teringin nak gi. lama tau dah, just takde peluang lagi.
    dekat skit compare to cameron highlands.
    e'eh. dah kluar bantal lentoq plak :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  11. Sis pernah buat paragliding..fuhh mmg seronok. Now teringin pulak nak cuba duduk kat dusun bonda. Dh abis pkp ni nanti nak gi lah..:)

    ReplyDelete
  12. wah menariknya stoberi kat genting tu. belum berpeluang lagi saya nak pi. insyaAllah nanti bolehlah singgah

    ReplyDelete
  13. Tak pernah sedar pun banyak tempat menarik kat Hulu Selangor. Selalu pergi rumah makcik je kat belah-belah sana tu.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.