Perasmian Cawangan Baru Premier Clinic di Mont Kiara, Kuala Lumpur



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda satu majlis pelancaran sebuah klinik aestetik terkemuka di negara kita iaitu Premier Clinic. Alhamdulillah, pada 12 Januari 2020 aku dijemput untuk ke majlis pelancaran cawangan terbaru mereka iaitu di Mont Kiara, Kuala Lumpur.


PREMIER CLINIC MONT KIARA


Pelancaran pembukaan cawangan terbaru Premier Clinic iaiatu Premier Clinic Mont Kiara. Majlis pelancaran telah diadakan pada hari Ahad, 12 Januari 2020 dan disertakan dengan majlis memotong reben sebagai tanda pembukaan cawangan terbaru ini. Dr Chen Tai Ho dan Dr Foo Wing Jian yang merupakan pengasas bagi Premier Clinic telah memotong reben sebagai perasmian cawangan ini.


Cawangan di Mont Kiara ini akan beroperasi dan akan fokus sebagai pusat rawatan rambut (hair restoration centre) dan juga sebagai penyedia khidmat aestetik (laser and injectables) di Malaysia. 

Pada majlis yang sama, satu sesi educational talk tentang topik Penjagaan Rambut : Panduan Lengkap Untuk Permulaan dan disertakan dengan Analisis Rambut pada sukarelawan.  Majlis pembukaan ini telah diadakan pada jam 2 petang sehingga 4 petang dan lebih daripada 40 orang tetamu telah hadir. Tetamu semua juga diberi peluang untuk dianalisis (rambut) secara percuma dengan Dr Foo Wing Jian selain dapat makan dan juga beberapa hadiah menarik. 

WHAT DID THE AUDIENCE EXPERIENCED?


MEMAHAMI lebih banyak perkara tentang rambut, kesihatan dan juga aestetik. Seminar mengenai hal-hal berkaitan rambut oleh Dr Foo Wing Jian sememangnya memberikan informasi yang sangat bagus tentang punca masalah rambut dan juga cara menanganinya.



MELIHAT ANALISIS RAMBUT DAN PROSEDUR yang dijalankan pada dua orag sukarelawan. Dua orang sukarelawan pada hari tersebut melakukan rawatan Hair Laser ( Rosie ) dan Hair PRP ( Nafidz Daniel). Selain itu, doktor juga turut memilih lima orang tetamu untuk analisis rambut dan juga konsultasi secara percuma.


PENGALAMAN DARI PESAKIT yang telah melakukan rawatan. Perkongsian pengalaman dari awal rawatan sehingga sekarang, bagaimana beliau pulih dan adakah sebarang kesan sampingan. Sesi soal jawab antara tetamu dan pesakit juga sangat memberi pengetahuan.

PROMOSI EKSKLUSIF 1-HARI iaitu 10% rebat apabila memilih dan membeli rawatan aestetik dan juga 5% rebat tambahan untuk rawata rambut. Dengan mana-mana rawatan yang melebihi RM 10,000, anda telah dapat RM 1,500 rawatan percuma manakala rawatan percuma RM 2,500 pula adala untuk rawatan yang melebihi RM 15,000. Selain itu, pada hari tersebut juga ditawarkan 1 plus 1 rawatan Hair PRP dan Hair filler untuk harga RM 3,000 sahaja.

PROSEDUR PERCUMA untuk tetamu yang menjawab soalan Q&A dengan betul. Seramai 5 orang tetamu bertuah berjaya menjawab soalan Dr Foo dengan betul dan telah menerima rawatan percuma yang berharga RM100.

CABUTAN BERTUAH yang berharga RM 600 barangan penjagaan kulit dari Modelo.


Sekalung tahniah diucapkan buat Premier Clinic atas pembukaan dan perasmian cawangan terbaru ini. Semoga di tahun 2020 ini lebih banyak cawangan dapat dibuka. 😀



LOKASI


Alamat : No. 10, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, 50480 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman Web : http://www.premier-clinic.com/
Telefon : 012-662 5552

Sekian

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post