A Day With Mutiara Figs | Majlis Pelancaran Mutiara Figs Ke-3



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku mulakan artikel dengan soalan. Pernahkah anda makan buah Tin atau Fig seumur hidup anda? Kalau pernah, tahniah! Untuk pengetahuan anda, ini adalah pengalaman kali pertama aku makan buah Tin dan juga mengenali lebih mendalam tentang buah Tin ni. In shaa Allah melalui artikel ini anda dapat mengenali lebih lagi tentang buah Tin dan juga Mutiara Figs.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk ke Majlis Pembukaan Mutiara Figs Ke-3 atau juga dikenali dengan A Day With Mutiara Figs yang lokasinya terletak di Seksyen 30, Shah Alam

🌱A DAY WITH MUTIARA FIGS🌱

Mutiara Figs Sdn. Bhd. diasaskan oleh seorang arkitek Mohd Hilmi Yusoff (65), dan keluarganya pada tahun 2017. Pada awalnya, Mohd Hilmi dan isteri Faridah Hasni Ramli (65), serta tiga orang anaknya yang juga arkitek menanam buah Tin (Fig) di belakang rumah mereka sebagai hobi.

Menyedari kebaikan buah Tin dan manfaatnya, keluarga arkitek ini menjadikan hobi tersebut sebagai satu perniagaan yang berasaskan pertanian. Menurut Pengarah Mutiara Figs Sdn.Bhd., Aliyaa Suraiya Mohd Hilmi menegaskan syarikatnya serius membangunkan ladang buah Tin berkenaan.


Pembinaan rumah hijau di keluasan tanah dua ekar ini bagi menempatkan hampir 3,000 pokok buah Tin. Sebuah rumah hijau mampu menempatkan 750 pokok buah Tin. Buah Tin atau nama saintifiknya Ficus Carica ditanam di rumah hijau bagi mengawal dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di dalamnya.



🌱KHASIAT BUAH TIN🌱



Idea di sebalik perniagaan ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang kebaikan buah Tin segar yang mempunyai khasiat tersendiri dari sudut kesihatan.

Kajian terkini menunjukkan bahawa buah Tin boleh membantu merawat pelbagai masalah perubatan, dari kencing manis hingga ekzema. Buah Tin kaya dengan serat, kalium, kalsium dan zat besi. la juga boleh membantu menurunkan kolesterol dan mengawal paras gula dalam darah.

🌱PRODUK BUAH TIN🌱

Antara produk terbaharu keluaran Mutiara fiqs adalah "Raspberry Fig" dan "Walnut Jam". Kini produk yang berada di pasaran ialah Sambal Hijau Fig, Sambal Merah Fig, Sambal Bilis Fig dan juga teh buah Tin.


🌱KERJASAMA🌱


Pihak Mutiara Figs telah bekerjasama dengan Universiti UCSI, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui kajian penyelidikan terhadap buah Tin dan kegunaan daunnya.

Aliyaa Suraiya merupakan antara usahawan Bumiputera yang berjaya terpilih menerima geran sebanyak RM500,000 melalui Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Geran ini merupakan antara geran yang terbesar yang pernah ditawarkan untuk membantu merangsang bakat Bumiputera dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka.






"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada pihak TERAJU yang membantu dari segi kewangan untuk kami menjalankan perniagaan buah Tin. Dengan bantuan geran itu, kami telah membina ibu pejabat berhampiran ladang di Seksyen 30, Shah Alam. Saya berharap dengan majlis pembukaan Mutiara Figs Sdn.Bhd. yang ketiga tahun ini dapat membuka peluang dengan lebih luas lagi kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat kami.

Insentif dan galakan yang diberikan oleh TERAJU untuk memajukan ekonomi Bumiputera perlu dilihat sebagai satu usaha yang positif dan dapat meningkatkan ekonomi negara secara keseluruhan.

Pada majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Md Silmi Abd Rahman, rakan pembekal, rakan penaja, ahli lembaga pengarah Mutiara Figs dan rakan media.






🌱VIDEO SEKITAR MAJLIS TERSEBUT🌱


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka :

Website : www.mutiarafigs.com
Facebook : @Mutirafigsgarden
Instagram : Mutiarafigs
Tel : +600176536977
Email : Hello@mutiarafigs.com.my

#mutiarafigs #adaywithmutiarafigs #buahtin #figsfruitmalaysia #ladangtin #mutiarafigsgarden

12 comments:

  1. Makanlah buah-buahan tempatan,..sedap rasanya

    ReplyDelete
  2. Belum pernah cuba buah fiq tin ini dan ini pertama kali tahu mengenai jenama ini. Sedap ke?

    ReplyDelete
  3. Bukan senang nak jumpa dan makan buah tin ni, tapi kalau pergi event hotel, kalau nampak je, mesti Sis akan bebanyak hahahaha...sedap dan berkhasiat ni..Baguslah anak bumiputera mengusahakan ladang FIg ni..moga terus berjaya...

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat makan buah tin yang fresh dari ladang. Kalau dulu nak beli memang mahal sebab banyak yang import. Sekarang dah ramai yang tanam.

    ReplyDelete
  5. Cantik2nya gambar. Tangkap gambar guna camera apa ye ni? Btw emi suka betul makan buah-buah ni.

    ReplyDelete
  6. Gigs are good fruits to eat. I love the sweet taste. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Pernah makan yang jenis kering. Belum pernah makan buah yang segar. Tak sangka dah ada ladang fig dan tin di Malaysia ya. Baguslah sebab buah ni banyak khasiat. Tambah lagi sering disebut dalam kitab kan.

    ReplyDelete
  8. Dulu2 pernah pergi kat satu ladang buah Tin ni tp di area SG buloh tak silap.. Buah segar n kering sedap.. Teh dr buah tin pun sedap..

    ReplyDelete
  9. Tak pernh makan lagi buah tin ni.. Wah ade ladang dia la.. Bagus sangat.. Sebb boleh buat ubat kesihatan... Boleh cuba ni nanti

    ReplyDelete
  10. saya penggemar buah tin ni. pernah berpeluang makan buah tin segar petik dari pokok masa lawatan ke kebun tin di janda baik dulu.

    ReplyDelete
  11. Dah makin banyak dia punya produk sekarang. Kak min suka makan buah tin ni dari kecik lgi. Memang sedap

    ReplyDelete
  12. 1st time tengok buah tin real.. tak prnh rasa lagi.. tp tahu buah ni bnyk khasiat sbb ada di sebut dalam Quran

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.