Baby Daniel Hidap Penyakit Jantung Berlubang



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Nama diberi Muhamad Asyraf Daniel bin Ahmad Zamzuri. Lahir pada penghujung bulan Oktober 2019 dan pada hujung bulan 2 yang lalu genaplah 5 bulan. Aku iaitu Pak Ngah bagi baby Daniel ni sangat jarang balik ke kampung. Yang aku ingat ada dua kali sahaja, iaitu masa awal kelahiran pada bulan Oktober 2019 dengan pertengahan bulan 12. Lepas tu aku tak sempat nak balik kampung di Kedah sehinggalah apabila mendapat berita ni.


Pada malam 1 Mac 2020, aku berada di Thailand, mengikut trip bersama rakan blogger anjuran Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur. Waktu nak balik ke hotel, aku terlihat satu story whatsapp kakak aku. 

Dengan gambar yang sama seperti diatas dengan caption "Ya Allah, kau permudahkanlah urusan anak ku ini ya Allah.. berat sungguh ujian ni..." Aku terus reply story whatsapp tersebut, dan aku tersentak bila kakak aku bagitau " jantung dia berlubang angah..".

Aku terus balik ke bilik hotel, manakala yang lain terus ke tempat lain. Sampai sahaja aku dihotel, terus aku call kakak aku menggunakan  whatsapp call. Ya, kakak aku terus menangis. Sehinggakan aku tak dapat nak dengar butiran percakapan dengan baik. Satu lagi mungkin sambungan internet yang teruk.

Terus, aku call mak aku. Mak aku ceritakan segalanya. Mak aku juga turut menangis. Ya, baby Daniel setiap hari ceria, senyum, gelak tawa, tiba-tiba dikejutkan dengan berita ni.

Pada pagi 1 Mac 2020, seperti biasa, baby Daniel perlu membuat check-up di klinik kesihatan. Ketika di klinik, kakak aku tanya, kenapa dada baby Daniel macam besar, meninggi. Lepas tu, jururawat di klinik cadangkan untuk buat pemeriksaan di klinik yang lebih besar dan mempunyai kepakaran. Dalam pukul 2 macam tu, barulah berpeluang untuk buat pemeriksaan. Pemeriksaan pertama, doktor beritahu bahawa semuanya normal, kemudian datang seorang doktor pakar, membuat pemeriksaan semula, dan ya, baby Daniel hidap penyakit jantung berlubang.

Kemudian, baby Daniel dibawa dari klinik kesihatan tersebut ke Hospital Kulim menaiki ambulans. Baby Daniel dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar di Hospital Kulim.


Aku yang berada di Thailand juga turut terkejut dan bersedih. Nasib baiklah trip Thailand sudah di hari terakhir. Perjalanan pulang ke Malaysia adalah dengan menaiki Keretapi ETS dari Padang Besar dan akan turun di KL Sentral. Keretapi ETS ni juga akan berhenti di Stesen KTM Sungai Petani, jadi aku pun turun disitu.

Sampai sahaja disitu, aku dan keluarga terus ke Hospital Kulim untuk melawat baby Daniel. Ya, baby Daniel kelihatan sihat, senyum, gelak ketawa, cuma yang agak menyedihkan bila melihat ada wayar oksigen yang terus ke hidung Baby Daniel dan juga di tangan sebelah kiri danial ada balutan jarum.


Boleh nampak yang baby Daniel tak selesa. Baby Daniel nak ikut baik ke rumah jugak, macam tau-tau je, walaupun baru 4 bulan lebih. Sampai sahaja di Hospital Kulim tu, baru kami semua tahu berapa besar saiz lubang di jantung baby Daniel. 7mm. Itulah saiznya.

Mestilah kakak aku menangis bila aku dan keluarga sampai. Ayah aku pun menangis jugak walaupun aku tahu yang dia tak nak tunjuk depan orang.


Keesokkan harinya aku perlu pulang ke Lembah Klang semula kerana kerja pada hari berikutnya. 
[Ada Cerita di Sebaliknya] Sebelum menaiki bas pada malamnya, aku sempat melawat baby Daniel di Hospital Kulim.

Baby Daniel dipindahkan ke wad lain, dan tak perlu pakai wayar oksigen. Barulah nampak baby Daniel gembira sebab dah tak terikat dengan wayar.

Beza betul warna kulit.😅

Kalau boleh aku memang nak stay lebih lama di kampung, bukan untuk temankan kakak, tapi sebagai sokongan untuk baby Daniel. 

Ayah aku bersama cucunya, baby Daniel.

Memanglah dari luaran, kita nampak baby Daniel sihat, tapi apalah agaknya yang baby Daniel rasa. Mesti baby Daniel cepat penat, sebab jantung bermasalah. Yang paling terkesan bilamana baby Daniel sakit ni bukan sahaja mak dengan ayah baby Daniel, tapi termasuklah mak tok ngn tok ayah ( mak & ayah aku). 

Mak aku dengan ayah aku menangis dirumah, bila bercerita tentang baby Daniel. Untuk pengetahuan semua, mak dengan ayah aku mengasuh baby Daniel di rumah dari lahir sehinggalah sekarang sewaktu kakak aku pergi kerja. Bila malam, kakak aku habis kerja, barulah baby Daniel bersama dengan ayah dan maknya.

Di rumah aku, penuh dengan barang mainan baby Daniel, barang-barang kelengkapan baby Daniel dan sebagainya. Ramai yang terkejut bila dapat tahu baby Daniel sebenarnya sakit. Diwaktu artikel ini ditulis, baby Daniel dah boleh balik rumah. Cuma menunggu tarikh untuk dibuat pemeriksaan lanjut di Hospital Pulau Pinang dan juga menanti tarikh untuk membuat pembedahan.
--------
Di kesempatan ini, aku nak minta pembaca dan rakan-rakan semua untuk memberikan doa buat baby Daniel. Semoga baby Daniel diberikan kesihatan yang baik. Disembuhkan dari penyakit ini dan dapat membesar dengan baik.

---------
[Ada Cerita di Sebaliknya

Oh ya, nak tau pasal ada cerita disebaliknya? Sepatutnya aku perlu terus balik ke Lembah Klang sebab aku perlu kerja pada 3 Mac 2020. Tapi aku dah bagitau pada seorang hamba Allah ni bahawa aku ada emergency untuk terus ke Kedah selepas trip di Thailand.

Nak tau apa ayat hamba Allah ni balas?

"parents kau ada en boleh tlg tgok2 kan kakak kau"

Terkejut aku bila terima balasan macam ni. Aku nak balik sebab ANAK SAUDARA AKU SAKIT JANTUNG BERLUBANG. AKU NAK TENGOK BABY DANIEL! Lagi satu, kalau parent aku boleh tengok-tengokkan kakak aku, siapa nak tengokkan parent aku? Yang mana bila aku call menangis bagai tu?

Di mana common sense anda? Memang aku geram sangat dengan seorang hamba Allah ni. Ya, sehingga sekarang, aku dah balik ke Lembah Klang, masih tiada sebarang pertanyaan tentang baby Daniel daripada hamba Allah ni. Hanya tentang kerja. Kononya staff tak cukup, dah sakit-sakit sebab kerja 8 jam dan kena buat overtime. Memang aku geram sangat-sangat.  Tapi nak buat macam mana, aku tak nak gaduh, aku just biarkan. 

-------

SEKIAN

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. semoga baby daniel diberikan kesihatan semula dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah Taala.

    kita tak duduk di tempat orang memang la boleh cakap ikut sedap mulut dan jari kita. tapi kalau kena kat kita, mau ada akai nak pikiaq kot >.<

    ReplyDelete
  2. baca pun sebak. semoga baby daniel terus cekal bersama ibubapa yang tabah. semoga kuat. semoga cepat sembuh jugak

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post