Doa Ketika Menghadapi Musibah

Assalamualaikum dan salam sejahtera



DOA KETIKA MENGHADAPI MUSIBAH | Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Bagaimana dengan kehidupan anda semua? Baiklah, fokus kepada perkara yang aku nak kongsikan kali ini adalah mengenai doa ketika menghadapi musibah. Aku terbaca tentangnya di satu artikel lain dan in shaa Allah aku akan kongsikan dengan anda.

 DOA KETIKA MENGHADAPI MUSIBAH 

Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan.

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153) Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.


Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Nabi SAW apabila baginda diajukan suatu masalah maka baginda akan segera menunaikan solat. (HR. Abu Daud dan Ahmad daripada Hudzaifah bin Yaman RA)

Sabar dalam hal ini boleh ditumpukan kepada dua keadaan, iaitu sabar dalam rangka meninggalkan berbagai perkara haram serta dosa dan bersabar dalam menjalankan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT.

Kata sebahagian ulama, ini bermakna bersabar dalam bentuk yang kedua adalah lebih banyak pahalanya dan itulah sabar yang lebih dekat kepada keredaan Allah iaitu untuk mendapatkan kemudahan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ia juga boleh menjauhkan bala bencana dan wabak penyakit.

Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Abdurrahman bin Zaid bin Aslam berkata: “Sabar ada dua bentuk: bersabar untuk Allah dengan menjalankan apa yang Dia cintai walaupun berat bagi jiwa dan tubuh badan. Dan bersabar kerana Allah dari segala yang Dia benci walaupun keinginan nafsu menentangnya. Sesiapa yang keadaannya seperti ini, maka dia termasuk daripada golongan orang yang sabar yang akan selamat.”


Artikel Berkaitan : [ Cara Menunaikan Solat Sunat Istikharah ]

Antara beberapa doa untuk mendapatkan kemudahan:

Daripada Anas bin Malik berkata: “Rasulullah SAW, apabila menghadapi suatu masalah, beliau berdoa, ‘Wahai Yang Maha Hidup Kekal, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), hanya dengan rahmat-Mu saja, saya meminta pertolongan’.” (HR. al-Tirmidzi no. 3524)

 Doa Nabi Yunus  saat berada di perut ikan: “Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Anbiya’: 87).

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash RA berkata, Nabi SAW bersabda, “Doa Nabi Yunus taatkala ia berada di dalam perut ikan: Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. Sesungguhnya tidak ada seorang Muslim yang berdoa kepada Rabb-nya dengan doa itu dalam keadaan apapun kecuali Allah akan mengabulkan untuknya.” (HR. al-Tirmidzi no. 3505)

 Doa ketika nabi keluar dari rumah : Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca, “Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya.” (HR. Abu Dawud no. 4431).

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca: (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika Subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)]

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu: ‘(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)’ nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudaratkan kamu.” [Riwayat Muslim (2709)]

Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Rasulullah berdoa: ‘(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)’.” [Riwayat Abu Daud (1554)]

Moga Allah SWT melindungi kita semua dari penyakit yang berbahaya ini dengan izin-Nya dan kemustajaban doa yang diajar oleh Rasulullah SAW jua. Amin.



SEKIAN

Sumber :  Harian Metro

Dr. Azlan Shaiful Baharum : Penulis ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


3 comments:

  1. China needs a lesson in humility. They keep bringing all these diseases upon humanity and they are very hostile towards those of the muslim faith. I need to pray for patience and understanding in these trying times.

    https://aab-edu.net/

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.