Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar buat rakan-rakan dan pembaca sekalian? Bagaimana dengan kehidupan seharian anda diwaktu PKP sedang dilaksanakan? Semoga semuanya dapat berakhir dengan segera dan pulih seperti sediakala. Baiklah, kali ini aku bukan nak menulis tentang virus atau sebagainya tapi aku nak menulis tentang resepi Waffle Mudah & Ringkas.

Pada tahun 2018 aku ada menulis di SINI tentang Wafle Maker yang aku beli. Ya, aku beli dan hadiahkan pada adik aku. Malangnya dah beberapa bulan tersadai dirumah tak digunakan. Jadi aku nak guna waffle maker ni sementara tengah bosan-bosan ni. Alhamdulillah aku terjumpa resepi yang sangat mudah dan ringkas sahaja. Sebelum ni ada juga resepi waffle yang aku jumpa tapi macam susah sikit. 

Resepi ni aku jumpa di Facebook , credit untuk Hairul Nizam Ijam

Artikel Berkaitan : [ 5 Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur ]

BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan gandum
  • 2 cawan air
  • 1/3 minyak
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu baking powder
  • 2 sudu susu tepung
  • 2 sudu gula
  • Secubit garam


CARA PENYEDIAAN
  1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati.
  2. Panaskan waffle maker dan masukkan adunan ke dalam waffle maker.
  3. Tunggu sehingga masak. SIAP!


Selamat mencuba aku ucapkan untuk anda yang sedang mencari resepi. Kalau anda ada resepi lain yang lagi mudah bolehlah bagitahu di ruangan komen.


Sumber :  Saji | Google Image

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. sedap2...

    https://www.ibucida.com/2020/03/segmen-bloglist-2020-cida.html

    ReplyDelete
  2. bahan sng dpt, mudah resepi ni..nak try tp xda waffle maker haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Previous Post Next Post