February 2020 Blog Recap



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, aku disini seperti biasa, masih memikirkan tentang masa hadapan dan juga bilakah aku akan bertemu dengan jodoh. Haha 😂 Seperti yang dijanjikan pada sebelum ini, aku akan membuat Blog Recap untuk setiap bulan. Ya, 10 artikel yang terpilih aku akan recap di dalam artikel khas.

" Recap is short for recapitulation or briefly going over what has already been said. "

Sepanjang bulan Februari 2020, hanya sebanyak 20 artikel sahaja yang berjaya dipublish. Target untuk hasilkan 30 artikel nampaknya masih berlum tercapai. Kita cuba pula untuk bulan Mac ya.


1. Pengalaman Sertai Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 #NUH2020

Pengalaman kali kedua sertai Program Nak Ubah Hidup yang sememangnya sangat mengubah pendirian dan membuat kita makin bersemangat! ✌😎
2. Barcook Bakery Tawarkan Pelbagai Pilihan Roti Menarik dan Sedap

Salah sebuah bakery menarik di The Gardens, Mid Valley. Pelbagai jenis roti dan kek dijual! Memang sedap dan harga yang berpatutan. ✌😎
3. Lebih 8,000 Mengambil Bahagian dalam Selangor Marathon 2020

Pengalaman pertama kali menyertai acara marathon, 5KM Fun Run. Boleh baca pengalaman dan juga suasana sekitar acara Selangor Marathon 2020. ✌😎

4. All You Can Eat Buffet Lunch Red By Sirocco [ REVIEW ]

Buffet yang menarik dengan harga yang murah di Red By Sirrocco. Jemput baca dan lihat apakah menu yang tersedia untuk buffet yang sangat murah ini ✌😎

5. A Day With Mutiara Figs | Majlis Pelancaran Mutiara Figs Ke-3

Pelancaran Mutiara Figs ke 3, ladang buah Tin terbesar di Selangor. Pelbagai jenis produk berasaskan buah tin turut tersedia di sini. ✌😎

6. Perasmian Cawangan Baru Premier Clinic di Mont Kiara, Kuala Lumpur

Tahniah, sebuah lagi cawangan baru Premier Clinic telah dibuka di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Cawangan ini adalah khas untuk rawatan rambut dan kepala. ✌😎

7. 6 Tempat Menarik di Daerah Hulu Selangor

Artikel yang menggabungkan kesemua tempat menarik di Daerah Hulu Selangor. Untuk mereka yang sukakan melancong , anda boleh baca artikel ini ya. ✌😎

8. Espira Sri Petaling Perkenalkan Menu Baru dan Penjenamaan Semula Hotel

Sebuah hotel yang dijenamakan semula, lokasi yang strategik. Menampilkan menu makanan baru serta anda boleh lihat ruangan dalam bilik hotel yang cantik dan cool. ✌😎

9. Jom Sertai Peraduan Nestlé ‘Gaji untuk Seumur Hidup’!

Peraduan Nestle terbaru, ada juga terselit kisah aku memenangi cabutan bertuah pada hari tersebut. ✌😎

10. Lirik Lagu : Tujuh Nasihat - Dato Sri Siti Nurhaliza, Luca Sickta, Kmy Kmo

Ya, lagu terbaru daripada penyanyi Nombor 1 negara, Dato Sri Siti Nurhaliza bersama dengan dua rapper baru iaitu Luca Sickta dan Kmy Kmoo. Sebuah lagu yang bakal dimasukkan ke dalam album baru beliau.

Jadi inilah senarai 10 artikel terbaik atau artikel pilihan untuk bulan Februari. Tak banyak artikel yang dihasilkan tetapi untuk setiap satu artikel mempunyai kualitinya tersendiri. Jemput baca ya.

Sekian

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم