Ingin Berjaya Dalam Hidup? Ini 30 Pesanan Imam Syafie Untuk Capai Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera



30 PESANAN IMAM SYAFIE UNTUK CAPAI KEJAYAAN | Siapakah Imam Syafie? Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib, juga dikenali sebagai Imam Syafie adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia.

Setiap orang ingin berjaya dalam hidup, tidak kisahlah kejayaan yang diimpikan setinggi langit mahupun serendah bukit, yang pasti masing-masing inginkan kejayaan. Jadi di sini disertakan 30 Pesanan Imam Syafie untuk mereka yang inginkan kejayaan.

INGIN BERJAYA DALAM HIDUP? INI 30 PESANAN IMAM SYAFIE UNTUK CAPAI KEJAYAAN

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2. Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut hal akhirat daripada menyebut hal dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9. Banyakkanlah beramal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.


11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan disisi Allah.

14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkan lah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “Auzubillahi minassaitathanirrajim”. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.



16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak diatas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan mengoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan didunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang didunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) tanah.

24. Sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.


26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti akan mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud, dan adalah menjadi hak (tanggungjawap) kami untuk menolong orang yang beriman.

27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti akan menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang-orang yang beriman.

29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud “Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.


Sekian

Sumber : Pesanan | Google Image | Imam Syafie, "Pejuang Kebenaran"Abdul Latip Talib | 30 Wasiat Imam Syafie, Khairul Ghazali |

22 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Alhamdulillah terimakasih atas peringatan ini. Semoga kita terus beristiqomah utk jadi umat yg taat dan baik

    ReplyDelete
  2. Paling berkesan, berbaktilah kepada orang tua, apabila orang tua mendoakan kita, maka apa je kita buat akan dipermudahkan...insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Alhamduilillah atas perkongsian ini. Sangat bermanfaat kepada semua. Semoga kita boleh amalkan apa yang disarankan.

    ReplyDelete
  4. terima kasih share. In Shaa Allah akan ikut setiap satu dan cuba jadi yang terbaik dan berjaya

    ReplyDelete
  5. Sesekali tengok perkongsian macam ni terasa terus dalam hati. Semoga kita menjadi khalifah yang baik di bumi yang sementara ini. Kehidupan abadi di alam sana.

    ReplyDelete
  6. terima kasih di atas perkongsiannya. tetapi kan musim wabak covid ni, pesanan no 5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.kita tak di galakkan pergi. ada sedara meninggal, tapi tak ziarah pun

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah atas perkongsian. artikel yang baik. terima kasih atas ingatan. moga kita semua dapat manfaatnya

    ReplyDelete
  8. Good post! Reading this makes me fill calm. Thank you for sharing this kind of post. Pls share more.

    ReplyDelete
  9. good sharing utk kita sama2 berjaya dlm hidup. kdg2 ujian yg kita hadapi ada hikmah disebaliknya utk kita lebih muhasabah diri

    ReplyDelete
  10. Satu perkongsian ilmu keagamaan yang perlu diketahui dan harus dibaca menjelang Ramadan ini.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, terima kasih sebab sharing. SUka baca macam ni. Kadang terdetik hati kita .MAsa ni perlu berubah..kene jaga adab semua

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah perkongsian yabg amat berguna. Ada antara pesanan yang memang saya amalkan. Hidup kita pun bukannya lama kan, jadi mari sama sama kita berubah ke arah kebaikan

    ReplyDelete
  13. thanks share ni, alhamdulillah banyak yang saya juga ada amalkan. jom sama2

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas perkongsian dan ingatan, semoga bermanfaat untuk semua & penulis pun dapat pahala jika yg membaca mengamalkannya!

    ReplyDelete
  15. Terima kasih untuk perkongsian ini. Amat membantu untuk kita ingat kembali pesanan-pesanan ini. Kali terakhir membaca ketika zaman sekolah dulu.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah peringatan buat kita semua. Kadang ada yang terleka dan terlupa. Terima kasih ya

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah peringatan buat kita semua. Kadang ada yang terleka dan terlupa. Terima kasih ya

    ReplyDelete
  18. Hati imi adalah raja dalam diri. Terima kasih atas kata-kata ini.nperkongsian yg sangat bagus

    ReplyDelete
  19. menuntut ilmu.
    berbakti kpd ibu bapa.
    sillaturrahim dgn org lain. jaga hubungan. jaga aib.
    berbudi pekerti.
    tu kunci kpd semua 30 tu yg dpt aida simpulkan.
    agar sukses dlm hidup, kan.

    ReplyDelete
  20. Thanks for sharing this good reminders to success and be a better person.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post