Makan Manisan di Kanomwaan Pake, Thai Dessert Shop (Aunt Kie) , Phatthalung

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan peminat makanan manisan sekalian? Baiklah, kali ini aku nak teruskan lagi bercerita tentang kisah travel aku ke wilayah Selatan Thailand pada awal tahun ini. 

Makanan yang manis, atau manisan sememangnya menjadi salah satu minat bagi ramai orang, termasuklah aku sendiri. Kalau pergi tempat orang, perkara pertama yang kita akan cuba atau lihat adalah makanan! 




Jadi, dalam perjalanan, kami singgah ke Kanomwaan Pakee ataupun dikenali juga sebagai Thai Dessert Shop (Aunt Kie). Lokasinya terletak di wilayah Phatthalung, berdekatn juga dengan pusat bandar.


KENAPA KANOMWAAN PAKE NI POPULAR?

Tahu tak, kedai dessert ini sangat popular! Sepanjang masa akan ada ramai pelanggan yang beratur dan anda boleh lihat sendiri bagaimana tuan punya kedai tak menang tangan untuk serve customer!

Sebab utamanya adalah manisan yang disediakan dan dihidangkan disini dijual pada harga yang sangat murah iaitu hanya THB10 sahaja atau bersama RM1.30 sahaja! Sangat murah!

Kalau di Malaysia, jarang atau susah nak jumpa kedai manisan yang menjual dengan harga sebegini. Kalau ada mungkin harganya RM3 ke atas. Kalau dibawah mungkin dikawasan kampung-kampung dan sebagainya.







Apa yang pasti, sekiranya anda singgah sini, anda akan rambang mata untuk memilih mana satu manisan yang anda nak cuba. Aku sendiri tak pasti nak pilih mana satu sebab semuanya nampak sedap-sedap belaka!

Lagi satu, aku belum pernah jumpa manisan sebegini, jadi inilah peluang aku untuk cuba beberapa jenis manisan yang sangat sedap!

Di bawah adalah beberapa gambar manisan yang terdapat disini. Semoga anda tidak terliur ya!








HALAL KE?

Antara salah satu kemusykilan atau kerisauan bila ke negara lain dimana Islam bukanlah agama rasmi adalah sama ada makanan yang dihidangkan atau dijual halal atau tidak.

Jangan risau, sebab kedai ini adalah salah satu daripada kedai Friendly Muslim dan tiada sebarang bahan yang tidak halal di jual. Jadi tak perlu risau ya!



Memang sedap dan begitu menyegarkan! Terutamanya bila kita makan ketika petang-petang atau ketika letih dan sebagainya. Jadi aku sangat recommend untuk anda datang dan singgah ke kedai manisan ini ya!

Kanomwaan Pake, Thai Dessert Shop (Aunt Kie) , Phatthalung

👉Makok Nuea, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand. 

Sekian

17 comments:

  1. meriah mcm2 jenis dessert thailand dlm periuk tu...kalo dessert thailand ni saya suka pulut mangga..kt restoran thai la slalu mkn dessert ni

    ReplyDelete
  2. Ya amoun dessert dia.. ada macam2 semua nampak.menggiurkan.. tgk bulan puasa mesti tergugat hehe

    ReplyDelete
  3. Sisyat suka menu manisan thai. Ada mak sedara sorang kat thai, tiap kali balik sana, mesti dihidangkan manisan gini 😊

    ReplyDelete
  4. tempat ni memang viral kalau siapa bercuti kat thailand rugi tak include dalam itinerary

    ReplyDelete
  5. jarang jumpa semua dessert tu. tak familiar dgn rupa paras.
    kalau aerill boleh bubuh nama nyer, lebih kenal and boleh imagine kesedapannya.
    murah! menarik.

    ReplyDelete
  6. murahnyaaa.. sebab tu la suka pi thailand, makanan murah memang puas hati. pilihan pun banyak

    ReplyDelete
  7. wow there are so many choices at Kanomwaan Pake, Thai Dessert Shop (Aunt Kie). I wish to go there right now to try too!

    ReplyDelete
  8. Ya allah sedapnya tengok manisan dorang tu.. Rindu nak pergi travel ke Thailand.

    ReplyDelete
  9. Nad tak pernh pergi Thailand, so tak tau pasl manisan ni semua. .Menarik. Thailand memang macam2 ada ye.

    ReplyDelete
  10. Kalau ke Thailand mmg tak sah tak cuba manisan diaorg. Rindu pulak nak ke Thailand..lps pkp ni boleh le travel ke sana

    ReplyDelete
  11. Manisan tu macam bubur atau pengat kite panggil kan! nampak sedap jer bolehlah cuba nanti... kalau pergi thailand

    ReplyDelete
  12. Sedapnya thai dessert.. Rindunya nak pergi thailand.Makanan dia sedap2..iena suka pergi thailand.

    ReplyDelete
  13. Ada rezeki pergi Thailanf nanti boleh datang makan manisan di kedai ni. Semua manisan nampak sedap. Memang rambang mata nak pilih kalau macam ni kan

    ReplyDelete
  14. cunlah ni, semua pun nampak sedap2. perjalanan yang menyeronokkkan

    ReplyDelete
  15. Kannn bab nak kata halal tu lee ngeri, sebab tengok kedainya aje dah was-was...tapi kita kalau travel dan banyak bacaan, insyaAllah kalau ramai kata boleh makan, lebih menyakinkan kita..'Nampak pun menu dia macam kita je, ada pulut hitam ke tu..

    ReplyDelete
  16. Wow ramainya makan kat kedai ni mesti sedap gila kan.. here.. yang ada bunga tu interesting betul I tengok tau hee

    ReplyDelete
  17. I miss going out so much! After this covid 19 & MCO, I am so going to go out~

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.