Perkara-Perkara Sunat, Makruh dan yang membatalkan Puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera


PERKARA-PERKARA SUANT, MAKRUH DAN YANG MEMBATALKAN PUASA | Salam 1 Ramadhan diucapkan buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Walaupun bulan Ramadhan pada tahun 2020 ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, tapi ia tidaklah menyebabkan kita perlu bersedih dan sebagainya. Yang penting, jalankan ibadah dengan betul dan sempurna.

Perkongsian kali ini adalah mengenai Perkara-Perkara Sunat, Makruh dan yang membatalkan Puasa. Walaupun rasanya ramai yang sudah tahu, tapi kali ini aku akan berkongsi juga kerana mungkin ada yang masih dalam kebingungan atau terkeliru. Semoga bermanfaat.✌😎

PERKARA-PERKARA SUNAT, MAKRUH DAN YANG MEMBATALKAN PUASA



BACA : [ Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa dan Fadhilatnya ]

Perkara-Perkara Sunat Dilakukan Ketika Puasa 
👉Membanyakkan membaca Al-Quran
👉Mandi junub sebelum fajar
👉Melewatkan sahur waktu imsak
👉Berbuka dengan buah tamar dan benda manis
👉Membanyakkan sedekah
👉Solat terawih
👉Segera berbuka bila masuk waktu

Perkara- Perkara Makruh Dilakukan Ketika Puasa
👉Berkumur-kumur dengan keterlaluan
👉Merasa makanan dengan lidah
👉Bercakap perkara-perkara buruk dan keji
👉Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
👉Gosok gigi setelah gelincir matahari
👉Mencium isteri
👉Menderma darah

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
👉Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.
👉Makan dan minum dengan sengaja
👉Mengeluarkan air mani dengan sengaja
👉Haid,nifas dan wiladah (melahirkan anak)
👉Muntah dan memasukkan sesuatu ke dala ronga dengan sengaja
👉Melakukan persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
👉Gila walaupun sebentar
👉Murtad
👉Berbuka sebelum yakin masuk waktu maghrib
👉 Sengaja muntah.
👉Datang darah haid atau nifas.





Perkara-Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa
👉Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan
👉Bersuntik
👉Tidur walaupun sepanjang hari
👉Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
👉Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Hari-Hari Disunatkan Untuk Puasa
👉Pada 9 zulhijjah (hari arafah)
👉Pada 9 muharram (hari tasu'a)
👉Pada 10 muharram (hari asyura)
👉6 hari pada bulan syawal
👉Hari isnin dan khamis

Hari-Hari Diharamkan Untuk Puasa
👉Hari raya puasa )aidilfitri) yang pertama (1 syawal)
👉Hari raya haji (aidiladha) yang pertama (10 zulhijjah)
👉Hari-hari tasyrik (11,12 dan 13 zulhijjah)


SEKIAN

Sumber : MuftiWP | WebPuasa | Google Image

4 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.