Senarai Rekod Kutipan Pecah Panggung Filem Di Malaysia (2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sejak kebelakangan ini, kutipan filem tempatan mula menunjukkan kebangkitan apabila berjaya mendapat kutipan berjuta-juta hingga mampu mengalah filem antarabangsa. Itu semua adalah bukti bahawa sekiranya filem yang dihasilkan dengan penuh kualiti, jalan cerita yang hebat dan sebagainya, pasti peminat filem dan rakyat Malaysia akan memenuhkan pawagam untuk menonton filem tersebut.

Kali ini aku nak berkongsi dengan anda senarai rekod kutipan pecah panggung untuk filem-filem yang ditayangkan di Malaysia sehingga tahun 2020. Untuk senarai ini, aku akan berikan kepada tiga pecahan. Pertama adalah kutipan bagi filem tempatan, kedua adalah untuk filem antarabangsa dan terakhir adalah filem animasi.

STATISTIK KUTIPAN FILEM

Box Office Mojo merupakan satu-satunya laman web yang memberitahu kutipan pecah panggung untuk filem-filem antarabangsa yang ditayangkan di Malaysia. Walaubagaimanapun ia tidak termasuk filem-filem hasil karya tempatan. Untuk filem tempatan, Box Office-Yahoo! Malaysia dan Cinema Online Malaysia adalah antara laman web yang memperlihatkan kedudukan filem secara mingguan, tetapi tidak menunjukkan kutipan pecah panggung. Golden Screen Cinemas (GSC) juga menunjukkan kedudukan bagi filem tempatan dan filem antarabangsa secara mingguan, mengikut populariti di setiap panggung wayang mereka.


FILEM TEMPATAN PECAH PANGGUNG


Tanpa membuang masa, jom kita lihat senarai 10 filem tempatan yang mengungguli carta filem tempatan paling laris di pawagam.

1.🎥 Judul Filem : Munafik 2
🎥 Kutipan Kasar : RM 48 Juta
🎥 Bajet Filem :  RM 2.5 Juta
🎥 Tahun : 2018

2. 🎥 Judul Filem : Hantu Kak Limah
🎥 Kutipan Kasar : RM 36.23 Juta
🎥 Bajet Filem :  RM 1.2 Juta
🎥 Tahun : 2018

3. 🎥 Judul Filem : Ejen Ali: The Movie
🎥 Kutipan Kasar : RM 30.8 Juta
🎥 Bajet Filem :  RM 6.5 Juta
🎥 Tahun : 2019

4. 🎥 Judul Filem : BoBoiBoy Movie 2
🎥 Kutipan Kasar : RM 29.57 Juta
🎥 Bajet Filem :  RM 7 Juta
🎥 Tahun : 2019

5. 🎥 Judul Filem : PASKAL
🎥 Kutipan Kasar : RM 28.98 Juta
🎥 Bajet Filem :  RM 10 Juta
🎥 Tahun : 2018

6. 🎥 Judul Filem : Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal
🎥 Kutipan Kasar : RM 26.19 Juta
🎥 Bajet Filem :  RM 20 Juta
🎥 Tahun : 2019

7. 🎥 Judul Filem : Munafik
🎥 Kutipan Kasar : RM 19.04 Juta
🎥 Bajet Filem :  RM 1.6 Juta
🎥 Tahun : 2016

8. 🎥 Judul Filem : Abang Long Fadil 2
🎥 Kutipan Kasar : RM 18.15 Juta
🎥 Bajet Filem :  RM 3.2 Juta
🎥 Tahun : 2017

🎥 Judul Filem : Polis Evo
🎥 Kutipan Kasar : RM 17.74 Juta
🎥 Bajet Filem :  RM 2.4 Juta
Tahun : 2015

🎥 Judul Filem : The Journey
🎥 Kutipan Kasar : RM 16.87 Juta
Bajet Filem :  RM  Juta
Tahun : 2014

TRIVIA

Filem Munafik 2 mendapat kutipan sebanyak RM 2.05 juta pada hari pertama tayangan, sekaligus berjaya memintas filem karya Mamat Khalid iaitu filem Hantu Kak Limah yang mengutip RM 0.65 Juta. Filem ini juga berjaya memecah rekod filem tempatan apabila berjaya mengutip RM 21.6 Juta hanya dalam jangka masa 4 hari sahaja. 

BACA JUGA :

FILEM ANTARABANGSA

Ini pula adalah senarai bagi filem antarabangsa yang ditayangkan di Malaysia.


1. 🎦 Judul Filem : Avengers: Endgame
🎦 Kutipan Kasar : RM 87.54 Juta
🎦 Tahun : 2019

2. 🎦 Judul Filem : Avengers: Infinity War
🎦 Kutipan Kasar : RM 71.49 Juta
🎦 Tahun : 2018

3. 🎦 Judul Filem : Furious 7
🎦 Kutipan Kasar : RM 60.65 Juta
🎦 Tahun : 2015

4. 🎦 Judul Filem : Jumanji: Welcome to the Jungle
🎦 Kutipan Kasar : RM 54.08 Juta
🎦 Tahun : 2017

5. 🎦 Judul Filem : Jurassic World : Fallen Kingdom
🎦 Kutipan Kasar : RM 53.79 Juta
🎦 Tahun : 2018

6. 🎦 Judul Filem : The Fate of the Furious
🎦 Kutipan Kasar : RM 52.05 Juta
🎦 Tahun : 2017

7. 🎦 Judul Filem : Avengers: Age of Ultron
🎦 Kutipan Kasar : RM 51.19 Juta 
🎦 Tahun : 2015

8. 🎦 Judul Filem : Jurassic World 
🎦 Kutipan Kasar : RM 48.51 Juta
🎦 Tahun : 2015

9. 🎦 Judul Filem : Captain Marvel
🎦 Kutipan Kasar : RM 45.54 Juta
🎦 Tahun : 2019

10. 🎦 Judul Filem : Iron Man 3
🎦 Kutipan Kasar : RM 45.26 Juta
🎦 Tahun : 2013

TRIVIA 

Filem Avengers: Endgame adalah filem paling banyak kutipan untuk antarabangsa dan juga filem sepanjang masa di Malaysia. Selain itu, filem ini juga memegang beberapa rekod lain seperti minggu pembukaan tertinggi di Malaysia sepanjang masa. Filem ini juga merupakan filem paling pantas mencapai RM 40 Juta iaitu dengan masa hanya 5 hari sahaja. Pada hari pembukaannya, kutipan filem ini telah mencapai lebih daripada RM 10 Juta.

BACA JUGA

FILEM ANIMASI



1. 📛 Judul Filem : Frozen II
📛 Kutipan Kasar : RM 41.66 Juta
📛 Tahun : 2019
📛 Negara : USA

2. 📛 Judul Filem : Ejen Ali:  The Movie
📛 Kutipan Kasar : RM 30.8 Juta
📛 Tahun : 2019
📛 Negara : Malaysia

3. 📛 Judul Filem : BoBoiBoy Movie 2
📛 Kutipan Kasar : RM 29.57 Juta
📛 Tahun : 2019
📛 Negara : Malaysia

4. 📛 Judul Filem : Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
📛 Kutipan Kasar : RM 25.28 Juta
📛 Tahun : 2019
📛 Negara : Malaysia

5. 📛 Judul Filem : Incredibles 2
📛 Kutipan Kasar : RM 21.0 Juta
📛 Tahun : 2019
📛 Negara : USA

6. 📛 Judul Filem : Big Hero 6
📛 Kutipan Kasar : RM 20.90 Juta
📛 Tahun : 2014
📛 Negara : USA

7. 📛 Judul Filem : How to Train Your Dragon: The Hidden World
📛 Kutipan Kasar : RM 20.0 Juta
📛 Tahun : 2019
📛 Negara : USA

8. 📛 Judul Filem : Kung Fu Panda 2
📛 Kutipan Kasar : RM 18.04 Juta
📛 Tahun : 2011
📛 Negara : USA

9. 📛 Judul Filem : BoBoiBoy: The Movie
📛 Kutipan Kasar : RM 15.77 Juta
📛 Tahun : 2016
📛 Negara : Malaysia

10. 📛 Judul Filem : Frozen
📛 Kutipan Kasar : RM 15.14 Juta
📛 Tahun : 2013
📛 Negara : USA

TRIVIA 

Filem Frozen II merupakan filem animasi  dengan kutipan paling tinggi di Malaysia sepanjang masa dan memegang beberapa rekod. Filem ini berjaya mengutip kutipan paling banyak dalam minggu pertama iaitu sebanyak RM 13 Juta

KESIMPULANNYA

Melihat kepada trend semasa, filem Malaysia mampu memberi saingan kepada filem-filem antarabangsa. Jika dilihat dari sudut filem animasi, banyak juga filem animasa tempatan yang berjaya tembusi kutipan pecah panggung. Begitu juga dengan filem-filem tempatan yang lain yang mampu mengutip kutipan lebih RM 30 juta keatas.

Walaupun situasi pasca COVID-19 sememangnya nampak agak sukar untuk menarik penonton, kerana mungkin ramai yang masih risau untuk berada di tempat yang ramai dan sebagainya, tetapi diharap bila mana situasi sudah pulih 100%, peminat filem tempatan dan antarabangsa bolehlah memenuhi pawagam.

Begitu juga dengan penggiat filem, masa yang ada ini mungkin boleh mencari idea untuk hasilka naskhah, filem, karya yang terbaik dan berkualiti supaya dapat terus menggerakan industri perfileman Malaysia.

BACA JUGA

Sekian

Sumber : Kutipan Filem | Google Image |

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Munafik 2 tu memang best! even lagi best dari first munafik hehe.

    ReplyDelete
  2. Memang menarik semuanya 👍

    Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  3. rupanya lebih murah buat filem guna human rather than animasi kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post