Kisah Seram : Dikejar Pocong Ketika di Dusun Durian Atuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kisah Seram : Dikejar Pocong Ketika di Dusun Durian Atuk | Setelah beberapa hari tiada kisah seram, kali ini aku nak kongsikan satu kisah seram yang agak menyeramkan. Episod kali ini dalam rancangan "Kisah Seram Apa Minggu Ini" membawakan kisah dua orang pemuda dikejar pocong ketika mahu pulang dari dusun atuk mereka. Selamat membaca ✌😎


KISAH SERAM : DIKEJAR POCONG KETIKA DI DUSUN DURIAN ATUK

Nama aku Iwan dan aku nak share pengalaman aku tahun lepas masa tu umur 19 tahun.

Watak-watak dalam cerita ni aku dan sepupu aku namanya Hairi budak sekampung. Dia ni baru-baru je habis  tahun study di IPT di Semenanjung. Ok! Masa tu tengah musim durian dan masa tu jugak harga durian tengah mahal sampai ada sebiji sampai RM40 untuk durian yang isinya merah dan oren tu durian otak udang galah ke kalau tak silap.. dia punya penangan sampaikan ada yang dari Brunei datang ke sini nak borong. Macam biasalah setiap tahun, datang je musim durian akan ada cerita yang akan jadi bualan orang kampung pasal durian kena curilah ada orang menyamar jadi hantu pocong atau pontianak berdiri atas dahan kayu nak takutkan pencuri lain atau empunya dusun tu sendiri tapi bila owner dusun tu acah dengan senapang lintang pukang juga pelakon hantu tak bergaji tu lari.

Ceritanya macam ni. Pada lewat tu dalam pukul 11 malam kami berdua dah decide nak berjaga sampai siang tunggu di pondok tepi dusun durian atuk kami ni disebabkan takda orang lain boleh jaga masa tu. Jadi on the way je dari rumah ke dusun yang terletak kira-kira 4 kilometer dari rumah/kampung dan aku bawa moto jernis 15LC milik abang aku dan Hairi membonceng di belakang sambil asyik main phone dia. Setibanya kami di dusun, cuma terdengar suasana sunyi hutan yang diiringi bunyi cengkerik yang membingit dingin malam tu. Kami letak barang semua bekal makanan ringan di pondok dan terus berebut tercari-cari durian dari pohon ke pohon dan aku dengan parang sentiasa di sisi yelah kalau ada apa-apa boleh buatkan senjata. Yang lagi spoilnya boleh pula aku terlupa bawa lampu suluh! Nasib baiklah ada bawak phone ada juga la torchlight.

Bila dah puas mata melilau tercari-cari durian, dapat la 7 biji kami pun angkut ke pondok dan aku pun kupas durian untuk si Hairi yang tak sabar-sabar nak makan katanya dah2 tahun tak makan durian. Mula-mula tu si Hairi ni yang beriya-iya nak kupas durian tu sangat.. tapi nak pegang parang pun tak reti dah tu ditetaknya sekaligus pulak durian tu jadi dua bahagian dia ingat kelapa ke apa?.. Nampak sangat tak ada pengalaman kupas mengupas ni. Then aku rabak durian-durian tu, si Hairilah yang paling banyak melantak sampai 4 biji sambil terkemam kemam hisap biji durian dalam mulut macam beruk pulak aku tengah. Lantaklah dia tu. Sambil-sambil tu aku hidupkan api pasal nyamuk dan naik menggila.


Setelah hampir berjam menunggu, kami lebih banyak main phone sampai bateri low warning 10% dah la tu satu-satunya lampu. Durian pun jarang-jarang pula nak gugur malam tu. Jam pun menunjukkan pukul 3.30 pagi, tunggu punya tunggu akibat dah terlampu bosan akhirnya kami cadang nak balik jela pagi tu. Hahah tak senonohnya punya perangai.. Sebenarnya aku dah awal lagi rasa tak senang masa mula-mula masuk ke hutan tu tapi aku baut rileks je nak control macho kononnya. Kami pun kemas barang serta durian yang cuma dapat terus di masukkan ke bakul yang ikat tali dan dipikul oleh Hairi.




Aku pun start moto kami pun berlalu pergi, bila sampainya di simpang tiga, kalau ambil kiri boleh terus ke pekan jalan pun ada tar tapi kena ambil banyak simpang lagi baru sampai ke kampung aku.. kiranya jalan jauhlah.. Kalau jalan terus masuk ke ladang sawit dan ke kanan tentulah jalan paling hampir ke kampung tentulah aku ambil kanan, tapi jalan tu agak berbatu. Maka aku meneruskan perjalanan dengan amta pun terkebil-kebil menahan rasa pedih apdal dah mengantuk. Tengok saja keadaan keliling memang boleh menimbulkan suasana seram elah hutan yang belum diterokai. Dengan kelajuan 30km/h aku meredah batu-batu sambil ditemani hutan tebal kiri kanan. Tiba-tiba si Hairi dibelakang aku ni menggegar bahu aku menyuruh aku berhenti dan aku berhenti mengejut sambil bertanya "Kenapa?" pastu si Hairi menjawab dalam nada berbisik.. "Cuba kau tengok tepi jalan depan sana tu.. apa yang macam terang tegak berdiri tu?"

Aku mulanya malas nak ambil peduli pasal si Hairi ni kadang-kadang suka merapu dan aku cuba amati benda tu betul-betul sambil kecilkan mata nak fokus pasal benda tu jauh lagi, dan aku tak berapa nak nampak sangat. AKu tak fikir yang bukan-bukan lagi masa tu.. sambil aku cakap kat Hairi.

"Alahhh kau ni tu signboard jalanlah.. tak pun tiang ke kayu ke apa ke.." balasku.

Sambil tu si Hairi tertunduk-tunduk amcam dah mula takut-takut di belakang motor tu. Masa tu fokus aku cuma pada jalan pasal kena perhati setiap laluan jalan tu takut terlanggar batu besar. Bila dah setengah jalan, tiba-tiba si Hairi menggegar lagi bahu aku tapi kali ni kuat semacam.. Tiba-tiba dia menjerit dengan nada takut...

"WOI! WAN! PATAHH BALIK LAAA DEPAN TU HANTUUUU!!"diperlahankan hujung ayat tu..

Aku pun terkejut gila dengan cakap si Hairi tu lalu aku berhentikan moto dan perlahan aku pasang lampu tinggi motor untuk suluh bagi nampak jelas objek depan kami yang ajraknya mungkin kurang 100 meter di depan. Mengucap panjang aku apa yang aku nampak sekujur tubuh berdiri berpakaian lusuh putih kecoklatan kotor bernanah maka jelas sekali itu POCONG!! Tapi pocong itu palingkan badannya ke belakang jadi cuma nampak belakangnya sahaja.

Aku cuba tenangkan hati yang jantung dan berdegup laju ni tangan aku pun mula menggeletar sikit dan aku kuatkan hati anggap tu budak-budak nakal kampung yang macam aku cerita awal tadi. Sambil hati dalam keadaan takut dan terkejut tu, aku drop ke gear 2 untuk patah balik ke belakang sambil aku berpusing tu sambil tulah aku asyik perhati pocong tu dan masih lagi berdiri dan kadang-kadang macam bregoyang ke kiri ke kanan. Aku buat rileks lagi walaupun aku dah takut tahap dewa dah masa tu.

Bila dah patah balik dah makin jauh dengan pocong tu entah kenapa aku tergerak hati nak tengok ke belakang dan aku palingkan kepala ke belakang dan JENG JENG JENGGGGG... Alangkah terkeutnya aku pocong tu kejar kami punyalah laju dia melompat-lompat dan makin hampir dengan kami, aku nampak muka dia yang hitam gelap tu dengan mata dia berwarna hijau. Kali ini aku yakin itu memang setan takkan la manusia kalau berbungkus macam tu boleh kejar motor dalam kelajuan 80km/j dalam keadaan melompat. Takut punya pasal bawa laju sikit dan aku tak fikir lagi jalan berbatu..Mata terus ke depan dan terkadang dari ekor mata aku nampak pocong tu cuba memintas kami tiba-tiba si Hairi menjerit.... 



"ARKKKKKHH!! KAU PEGIII LAH HANTU SIA***!!"..

Terkeut lagi aku dengan teriakan si Hairi ni. Aku terus memcut laju menuju ke pekan. Bila dah masuk jalan tar aku perah lagi throttle moto sampai meter menunjukkan 130km/j. Bila dah masuk kampung orang sebelum sampai pekan ni, yang sudah diterangi lampu jalan dan lampu rumah yang terang benderang, barulah pocong tu tak follow kami lagi. Lega hati aku tapi kami tak terus balik, kami melepak di pekan sampai ke siang hari. Hairi cuma banyak diam mungkin first time kena kacau rasanya. Oh lupa durian yang dibawa oleh Hairi pun dah bergolek entah kemana bersama bakul tu sekali hahaha.

Esoknya aku datang ke rumah Hairi aku tengok dia takut sampai demam kesian pula aku tengok dia makan pun tak lalu. Masa duduk sebelah katil dia tu, dia tanya kenapa aku malam tu macam rileks je dah tu hari ni macam takda apa-apa berlaku je. Mungkin dia ingat aku ni orang berani yang berhati kering tapi sebenarnya sebelum ini aku dah pernah ada pengalaman seram masa aku ke laut malam dan masa memotong getah pukul 1 pagi dan aku pun demam jualah lepas kena kacau tu. 



Sumber : Kisah Seram | Google Image

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Macam tipu je, takkan le ada hantu pocong kat dusun durian. Aku dah bertahun jaga kat dusun durian arwah bapak aku, tak jumpa lagi benda-benda macam ni.

    ReplyDelete
  2. malam2 g dusun..seram tu. nasib la xde pengalaman lg jadi mcm tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Sangat merepek cerita anda sila mati

    ReplyDelete
  4. Nmpak pocong tp dri blkg..bole plak tau bernanah2..100 mter plak tu jauh beliau dgn pocong tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post