Pelajar Terima Biasiswa NASA Mengaku Semuanya Tidak Benar

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada 30 April 2020 yang lalu, berita mengenai seorang remaja berumur 20 tahun yang menerima 'biasiswa daripada pihak NASA tersebar luas. Tweet remaja tersebut mengatakan bahawa NASA menawarkan biasiswa dan menamakan dia sebagai salah seorang Citizen Scientist kerana berjaya mendapatkan skor di kalangan Top 1% dalam Artemis Student Challenge Programme.

Selepas tweet remaja tersebut tersebar dan mula mendapat liputan luas, beberapa portal berita menyiarkan kisah ini dan mengucapkan tahniah atas kejayaan termasuklah di kaca televisyen.

Beberapa laman web dan berita menyiarkan kisah Azhar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Pengajian Tinggi, Dato Dr Noraini Ahmad  dan juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin juga turut sama mengucapkan tahniah atas kejayaan yang cemerlang. Tapi sebaliknya telah berlaku..
 

Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yasiin, "Tahniah Saudara Azhar. Kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus maju jaya."


Ucapan Dato Dr Noraini Ahmad, "Congratulations and all the best Azhar!

Pada malam 2 Mei, Azhar telah mem'private'kan  akaun Twitter. Ramai yang mula tertanya-tanya mengapa? Sedangkan masih ramai yang sedang mengucapkan tahniah.

Kemudian, muncul beberapa tweet dari akaun lain yang menyoalkan tentang kesahihan dalam Tweet asal Azhar. Ramai yang mula meragukan berita kejayaan tersebut dengan mula menampilkan beberapa siri Tweet.

$ads={1}  

Di bawah adalah beberapa tweet yang menyangkal kesahihan biasiswa yang diterima oleh Azhar.






Apa yang lebih memeranjatkan adalah "thesis" yang dihasilkan oleh Azhar hanya ditaip dinotes sahaja. Kemudian, kantoi pula bahawa segala ayat yang ditulis sebenarnya diambil dari laman web lain. Bermakna ia bukan hasil kerja Azhar 100%.

Yang penting, itu bukanlah "thesis" yang betul mengikut format sepertimana kita pernah lihat sebelum ini.

Begitu juga dengan surat tawaran kemasukan ke NUS yang sangat berbeza berbanding versi lain yang diterima oleh orang lain.  Course yang ditawarkan juga merupakan course yang langsung tidak wujud dalam pengajian di National University of Singapore.


Laman Says.com mendapat maklumbalas bahawa tiada sebarang tawaran diberikan dan juga tiada course sepertimana yang ditunjukkan oleh Azhar sebelum ini.



Selepas mem'private'kan akaun Twitter, Azhar tampil memberikan penjelasan tentang isu ini, bagaimana dia di 'scam' oleh pihak lain. Walaubagaimanapun masih ramai yang belum berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan kerana penjelasan yang diberikan tidak begitu jelas.

"I'm not going to apologise upon being a Victim of a Scam."

Jika ada pihak yang meng"scam" menggunakan nama NASA & NUS, pasti ada ramai lagi mereka yang terkena scam, tetapi mengapa dia seorang sahaja yang di'scam'? Selain itu, program yang ditawarkan NASA SUITS adalah untuk penduduk asal Amerika Syarikat sahaja. 100% akan ditolak permohonan sekiranya dari negara selain A.S.

Dalam email yang kononnya Azhar menerima biasiswa tertulis pihak NASA iaitu National Aeronatics and Space Administration. Tetapi sebenarnya NASA untuk program ini adalah NUS Awards for Study Abroads.


"This can lead to depression and potential suicide ..."

Sekali lagi, bila mana ada isu sebegini, sama ada terbuat salah, menipu dan sebagainya, pasti ada  kenyataan depression dan suicide dimana ia adalah satu kenyataan yang sering dibangkitkan oleh mereka yang terlibat.

Apa yang netizen inginkan adalah permohonan maaf yang lebih jelas, tanpa perlu menulis panjang. Ia umpama menegakkan benang yang basah. Orang ramai kena tahu bahawa netizen zaman sekarang sangat bijak, terutama dalam membuat penyelidikan terhadap kesahihan sesuatu. Tambah pula waktu PKP sememangnya netizen mempunyai masa yang banyak!

Akhir kata, sebelum kongsi, periksa dahulu kesahihannya.

Sumber : Twitter | Says.com | TheRakyatPost

3 comments:

  1. bahaya betul sekarang kan, macam2 boleh buat. sekelip mata boleh tersebar.

    ReplyDelete
  2. macam2 hal sekarang ni..sabar je la ... dengan menteri2 sekali terkena... terus ucap tahniah tanpa selidik

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.