Header Ads

Ini 4 Cara Buat Duit Dari Rumah | Jana Pendapatan Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ini 4 Cara Buat Duit Dari Rumah | Jana Pendapatan Online | Suri rumah sepenuh masa, penganggur, atau sesiapa sahaja pastinya perlu ketahui cara-cara buat duit dari rumah, hanya perlu mempunyai telefon pintar atau komputer riba,  liputan internet atau wifi dan  anda sudah bersedia untuk buat duri dari rumah dan jana pendapatan online.

Sebenarnya senang sahaja untuk buat duit dari rumah, cuma yang penting adalah tahu cara dan konsisten, in shaa Allah anda akan dapat apa yang dikehendaki. Kini boleh dikatakan hampir majoriti penduduk dunia mempunyai akses untuk internet dari rumah. Jadi apa lagi alasan yang ada untuk tidak menambah pendapatan dengan buat duit dari rumah dan jana pendapatan online?

JANA PENDAPATAN ONLINE| BUAT DUIT DARI RUMAH

Ada pelbagai cara untuk jana pendapatan online dan buat duir dari rumah. Tapi untuk permulaan ini, aku akan kongsikan beberapa sahaja terlebih dahulu.

👉DROPSHIP

Apa itu Dropship?

"Drop shipping is a supply chain management method in which the retailer does not keep goods in stock but instead transfers its customer's orders and shipment details to either the manufacturer, another retailer, or a wholesaler, who then ships the goods directly to the customer."

Senang cerita, dropship adalah kita menjual barang atau produk tanpa menyimpan produk. Apa yang kita buat hanyalah mempromosikan produk dan terima order dari pelanggan dan hantarkan kepada HQ. Senang bukan?

Hanya perlu promosi di media sosial sahaja, tidak perlu berada di luar mempromosi barangan di kaki lima dan sebagainya.  Ada banyak dropship di pasaran, termasuklah pakaian, kasut, barangan makanan, dan sebagainya. Ada juga dropship yang memerlukan anda membayar wang sebagai jaminan dan ada yang tidak memerlukan anda membayar sebarang bayaran.

Untuk keuntungan pula, contohlah harga yang diberikan HQ adalah RM50, kemudian anda boleh mark up harga untuk dijual dengan harga RM65, jadi untung yang anda dapat adalah RM15 manakala RM50 yang asal adalah milik HQ. Itu baru satu produk, bagaimana kalau anda mampu menjual 10 produk yang sama? RM 15 X 10, dah berapa tu? 

Dropship memang cara paling mudah untuk tambah dan jana pendapatan online. Apa yang penting adalah cara promosi produk dan cara close order dengan pelanggan.

$ads={1}

👉 AFFILIATE

“Affiliate Marketing” dalam perkataan yang mudah, “Menjual Barang Orang Lain”. Konsepnya seperti salesman, anda bekerja di bawah satu syarikat, jual produknya dan anda dapat komisyen. Tetapi dalam konteks affiliate, anda hanya mempromosikan sesuatu produk di dalam internet, dan ‘produk’ itu boleh jadi barang fizikal, software, membership, hotel booking dan banyak lagi.

Contohnya di sini, laman web ‘Baju.com’ yang menjual pakaian. dan Baju.com membenarkan anda untuk mempromosikan produk mereka di website anda sendiri. Sekiranya produk itu dijual, anda akan dapat komisyen. Bergantung kepada laman web tersebut, anda boleh meperolehi komisyen sehinnga mencecah 75 %!!

Perbezaan disini adalah cara promosikan produk itu. Affliate ini memerlukan anda mempromosikan produk atau barang itu melalui link yang akan membawa pelanggan ke laman web mereka. Dari situ mereka akan melihat berapa banyak pelanggan dan produk yang terjual melalui link yang anda kongsikan. Dari situ anda akan memperolehi komisyen dan sekaligus dapat jana pendapatan online dengan hanya duduk di rumah.


👉SUSHIVID


"SushiVid help brands to find, hire or work with social media influencers at scale. Practically what SushiVid does is like JobStreet where you go in, fill up a form for whichever service you need for social media influencers to brand at their social media platform. " - Foong Yuh Wen, CEO / Founder



"SushiVid is the leading influencer marketing platform in Southeast Asia where you can find influencers with our discovery or marketplace tool, do outreach with invitation, campaign manage with our collaboration box, and gauge the effectiveness of your campaign with analytics.

With over 5,000 social media influencers spread across Malaysia, Indonesia, Philippines, Thailand and Singapore, this is the only platform you need to execute your influencer marketing strategies."


Kenyataan diatas adalah bagaimana SushiVid ini berfungsi. Syarikat-syarikat yang mempunyai produk atau barangan, kempen dan sebagainya akan memasarkan kempen mereka di laman SushiVid dan influencer atau mereka yang mempunyai pengaruh di media sosial akan promosikan kempen tersebut.

Sebagai influencer, kita hanya perlu memilik kempen-kempen yang tersenarai. Ada beberapa cara untuk mempromosikan kempen ini. Untuk kempen yang lebih tinggi jumlahnya, kita perlu propose dulu bagaimana nak share dan promosi kempen itu, sama ada melalui video, gambar, instagram dan sebagainya. Seperti yang dilihat dalam gambar diatas, ada yang jumlah pembayarannya mencecah  USD250!


Untuk kempen dengan jumlah yang sederhana, anda hanya perlu share di beberapa laman sosial media anda sahaja. Contoh seperti dalam gambar diatas, setiap yang anda kongsikan akan mendapat bayaran. Untuk kempen ini anda tidak perlu propose ya! Walaupun nampak jumlah bayarannya sikit, tapi jika menabung, lama-lama menjadi bukit juga duit itu?

$ads={1}

👉 BUAT BLOG (ADSENSE)


Buat blog atau mempunyai laman web sendiri sememangnya mudah. Tahukah anda bahawa anda boleh jana pendapatan dengan hanya menulis artikel? Ya! Bayangkan anda hanya menulis artikel menarik setiap hari, kemudian blog anda mendapat pengunjung dan trafik yang banyak. Setiap bulan, anda akan dapat pendapatan dengan hanya menulis sahaja. 

Adsense adalah salah satu cara blogger untuk tambah pendapatan. Bagaimana fungsi Adsense ini boleh dilihat dalam gambar dibawah.





REQUIREMENTS

Google is very serious about the quality of their ad network. They are very strict about the requirements, rules, and regulations you need to follow. Below are the requirements you need to adhere to before signing up to AdSense.

You need to be at least 18 years old.
You need to have an active Gmail account that isn’t linked to an AdSense account.
You need to have a website, and that website needs to meet all of Google’s terms of service.
Read more about Google policies here: https://support.google.com/adsense/answer/48182

Your website should be at least 3 months old.
You should have at least 30 articles published that are unique and valuable to readers.
There is no minimum traffic amount that you should have, however the more, the better.



👉YOUTUBE (ADSENSE)

Laman YouTube juga merupakan salah satu lubuk jana pendapatan online. Mungkin ada yang tak reti nak menulis artikel dan sebagainya tetapi lebih bijak untuk bervideo, jadi inilah platform anda untuk buat duit dari rumah.

Pelbagai jenis video di YouTube boleh anda hasilkan dan sekiranya berjaya mendapat pengunjung dan views yang banyak, anda layak untuk meletakan iklan Adsense di dalam video anda.


Gambar di atas adalah antara requirement yang diperlukan sebelum anda boleh menjana pendatan online di YouTube melalui Adsense. Untuk permulaan, anda boleh konsisten hasilkan video menarik dan dapatkan views yang banyak. In shaa Allah seterusnya anda akan diterima dengan mudah untuk YouTube Partner Program.

KESIMPULAN

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk tambah pendapatan secara online. Kadang-kadang pendapatan yang kita dapat tak cukup untuk tampung perbelanjaan dan sebagainya. Untuk penganggur pula, mungkin ini satu cabang yang anda boleh cuba. Mungkin pendapatan yang anda akan dapat melebihi daripada kerja di pejabat dan sebagainya? Siapa tahu?

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua, in shaa Allah di masa akan datang aku akan kongsikan lagi panduan dan sebagainya. 

Sekian

Sumber : Monetize | SushiVid | Affiliate  Dropship

3 comments:

  1. cuma buat Adsense je. Tu pun boleh ciput je..huhuhu

    ReplyDelete
  2. banyak cara kan, cuma kena rajin sikit laa

    ReplyDelete
  3. semua cara dah buat kecuali yg youtube tuh.. hahaha.. harap2 one day dapat peroleh income dari youtube pulakk.. thanks for sharing

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.