Resipi Kuih Semperit/Dahlia Mudah, Hanya Guna 4 Bahan Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setiap tahun dan tiap kali hari raya pastinya aku akan memonopoli Kuih Semperit yang ada dirumah. Dalam banyak-banyak kuih raya, kuih Semperit merupakan kuih yang paling aku suka. Bayangkan ada setiap tahun pasti akan ada satu balang khas untuk aku sahaja! Kalau tak, memang tak cukup kuih Semperit di rumah.

Kalau zaman arwah tok aku ada, beberpa hari sebelum hari raya aku akan masuk ke dapur dan makan kuih Semperit yang dah siap secara sorok-sorok. Lepas tu, bila arwah tok aku tanya kenapa tinggal sikit, aku buat tak tahu. Nakal kan? Haha, itulah perkara paling nakal yan aku buat masa kecil-kecil dulu.

Sekarang tok & tokwan dah tiada. Jadi, nak kena buat kuih Semperit sendiri. Nak beli dikedai ada yang menipu, nampak rupa kuih semua berbeza tapi bila makan, semuanya rasa sama. Jadi kali ini aku nak kongsikan resipi Kuih Semperit yang sangat mudah, hanya menggunakan empat bahan sahaja!

Kalau ditempat aku, kuih bentuk sebegini dipanggil kuih Semperit, tapi ada juga yang panggil kuih Dahlia. Biarlah apa pun yang dipanggil, kuih ni tetap jadi favorite aku.


BAHAN-BAHAN 
🍦250gm mentega atau buttercup
🍦1 cawan susu pekat manis
🍦400gm tepung jagung
🍦3 sudu makan tepung kastard

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN

👉 Satukan susu pekat dan mentega. Kemudian, pukul atau gaul bahan ini sehinggga sebati dan tidak berketul.

👉 Langkah seterusnya adalah masukkan tepung kastad dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati dan uli.

👉 Uli campuran mentega dan tepung ini sehingga menjadi doh. Sekiranya adunan menjadi terlalu lembik, tambahkan tepung jagund sedikit demi sedikit sehingga anda dapat tekstur doh yang sempurna lagi cantik.

👉 Kemudian, gunakan acuan pecah 15, tekan doh diatas dulang pembakas dan hias semperit anda menggunakan hirisan ceri atau coklat.

👉 Biarkan doh kuih semperit ini selasa 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar. Panaskan ketuhar dengan suhu 190 darjah celcius selama 10 minit.

👉Setelah cukup 10 minit, bakar kuih semperit anda pada suhu yang sama selama 15-20 minit. Setelah siap, sejukkan dan boleh disimpan didalam bekas yang kedap udara.

Baca Juga : Resepi Kek Milo 4 Bahan [ Kukus Sahaja ]

Semoga menjadi ya kuih Semperit anda! Tahun ini juga merupakan tahun pertama aku buat kuih Semperit ini. Tahun lepas aku sempat kerja parttime buat kuih raya, tapi kuih yang dibuat bukanlah kuih Semperit, kuih lain, nanti aku share kuih dan resepi yang aku buat masa kerja part time tu.

Bila sebut pasal kuih semperit, mesti aku teringat zaman-zaman kecil dulu. Rindu dengan arwah tok & tokwan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al fatihah.

Sekian.

Sumber : Resipi Kuih Semperit | Google Image

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. part picit doh sampai jadi bunga helokkkk tu puas hati betul kalau jadi

    ReplyDelete
  2. dulu pernah buat, tapi part nak guna acuan dia jadi mereng. hazab sungguh sebab tak jadi. malas terus ahhahah

    ReplyDelete
  3. Antara kuih legend yg swdap..tiap tahun dah mcm wajib ada

    ReplyDelete
  4. Tak lama dh nk raya ni. Resipi yg sngt membantu. hehe. Aril singgah sini jap ehh...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post