10 Fakta Menarik Tentang Negeri Kedah Darul Aman

Assalamualaikum dan salam sejahtera


10 Fakta Menarik Tentang Negeri Kedah Darul Aman | Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah atas kesihatan dan kesejahteraan yang dikurniakan-Nya. Baiklah, siapakah yang berasal dari Kedah Darul Aman? Jika anda berasal dari Kedah bermakna kita berasal dari negeri yang sama! Yeay!😍

Aku dilahirkan dinegeri Kedah Darul Aman, 25 tahun yang lalu. Kemudian, bermula ketika aku diumur 12 tahun sehinggalah sekarang rumah aku berada di Kedah. ( Dari kecil hingga umur 11 tahun aku tinggal di negeri Perak, mengikut ayah aku yang kerja disana. )

Bercakap tentang negeri Kedah, sebenarnya banyak fakta-fakta menarik tentang negeri Kedah. Walaupun terletak jauh diutara semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand, negeri Kedah sememangnya antara negeri yang menarik untuk dilawati.🌾


10 FAKTA MENARIK TENTANG NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PETA EMPAYAR SRIVIJAYA

1. Kedah merupakan negeri yang mempunyai kerajaan terawal di Malaysia (kerajaan Kedah Tua) bermula pada kurun pertama Masihi lagi. Namun secara umumnya, kerajaan Langkasuka ( asal kepada kesultanan Kedah hari ini) dikatakan dibina pada kurun ke-2 Masihi.

POSTER FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

2. Kerajaan Langkasuka diasaskan oleh Merong Mahawangsa dan merupakan sebuah kerajaan Melayu-Hindu.

3. Tetapi pada kurun ke-11 ia berubah menjadi kerajaan Islam sepenuhnya. Kedah merupakan negeri pertama di Malaysia yang menerima kedatangan Islam, lebih awal dari Terengganu (batu bersurat-kurun ke-14) dan Melaka kurun ke-15.

MUZIUM DIRAJA KEDAH

4. Kesultanan Kedah hari ini merupakan Kesultanan tertua di dunia yang masih bertahan sehingga kini (anda boleh melihat buktinya di Muzium Diraja Kedah di Alor Setar).


5. Kesultanan Kedah juga merupakan legasi monarki kedua tertua di dunia yang masih bertahan sehingga kini. Monarki pertama tertua di dunia adalah keluarga diraja Jepun.

PETA EMPAYAR KEDAH

6. Dahulunya negeri Kedah juga terdiri daripada Pulau Pinang, Perlis dan sebahagian Thailand (Pattani). Jika dicampur kesemua ini, Kedah mungkin akan menjadi negeri ke-7 terbesar di Malaysia selepas Terengganu. Namun keluasan Kedah sekarang adalah dibelakang Terengganu (tempat ke-8).

TUNKU ABDUL RAHMAH | TUN MAHATHIR

7. Perdana Menteri pertama Malaysia berasal dari Kedah, iaitu Tunku Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memegang jawatan (selama 22 tahun) iaitu Tun Dr. Mahathir juga berasal dari Kedah.

8. Penduduk Kedah adalah ke-6 teramai di Malaysia.

MENARA ALOR SETAR

9. Bangunan tertinggi di Kedah ialah Menara Alor Setar, yang juga merupakan menara telekomunikasi ke-21 tertinggi di dunia

SAWAH PADI

10. Negeri Kedah dikenali sebagai 'Negeri Jelapang Padi'

Negeri Kedah Darul Aman mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati. Pulau Langkawi yang merupakan salah satu lokasi pelancongan utama di Malaysia terletak di negeri ini. Selain itu, negeri Kedah juga terkenal dengan makanannya. Pelbagai makanan tradisi dan tempatan di negeri Kedah sememangnya sangat sedap dan menyelerakan.

Oleh itu, marilah kita melawat negeri Kedah Darul Aman dan semarakkan industri pelancongan tempatan.


Sumber : Facebook | Google Image

SEKIAN

10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Walaupun Kakak Ipar ada di Kedah tapi kami jarang balik, sebab jarang berhubungan... memasing sibuk..kalau tak, seingat dulu habis dah pusing kedah tu...lagi kalau time musim padi..

    ReplyDelete
  2. Memang betul dan tidak bole dinafikan sejarah Kedah. Bsnyak kawasan pelancongan menarik do sana khususnya Langkawi.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa study kat perlis i selalu turun kedah jugak.. On the way pergi sana tu boleh la nampak sawah padi.. Cantik sangat

    ReplyDelete
  4. Sadis betol sis masih lom sampai kedah. Huhu. Kesian kan dah 32 tahun tak pernah sampai 😂😂. Harap ada rezeki ke sana

    ReplyDelete
  5. kita bukan orang kedah tapi suami kita orang kedah..hihihi...masa mula2 datang dulu memang syokkk tengok langit terbentang luas sebab daratan penuh dengan sawah padi menghijau...susah nak jumpa kat tempat lain yang takde sawah padi...I love Kedah!

    ReplyDelete
  6. Memang lama dh teringin nak ke Kedah..nak tgok suasana dan pemandangan Kedah..tgok gambar je x syiok. Harap sampailah satu hr nanti

    ReplyDelete
  7. Bestnya kedah ada sawah padi. Tak pernah bercuti di kedah lagi. Pergi visit rumah pakcik je. Nanti boleh la plan ke Kedah

    ReplyDelete
  8. Rindunya nak balik utara.. Kena sabar la bagi masa org lain balik dulu.. Hahha

    ReplyDelete
  9. Masa bekerja dulu, pernah sekali lawat negeri kedah. Sekali tu je la. Teringin salah satu tempat yang nak pergi, Langkawi.
    Teringin nak jalan jalan dekat sana.
    Kalau ada rezeki, nak ke sana juga.

    ReplyDelete
  10. Selalu dah pi Kedah, tapi kat Kulim je sbb sempadan negeri dgn rumah dan tempat kerja. Hehehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post