Cara Buat Apam Balik Homemade Sedap dan Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Resipi Apam Balik

Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan? Alhamdulillah, seperti biasa aku sihat sahaja. Mungkin batuk-batuk sikit bila bau rokok sahaja. Haha😅 Okaylah kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu resipi mudah yang aku baru sahaja buat dirumah.

Kalau aku pergi pasar malam atau bazar ramadhan, pastinya aku akan beli apam balik. Kalau beli untuk keluarga dirumah, aku akan beli banyak. Kalau untuk makan seorang diri aku akan beli saiz kecil. 

Alhamdulillah, aku ada dapat bungkusan Ayam Brand™ beberapa hari yang lalu dan ada Jagung Manis Ala Krim Ayam Brand™ di dalam bungkusan tersebut. Lepas tu aku terus cari resipi paling mudah untuk gunakan produk tersebut dan akhirnya aku jumpa resipi apam balik homemade yang mudah. Bahan-bahannya memang sudah ada dirumah, jadi aku terus membuat apam balik homemade di rumah. (homemade = buat dirumah)


BAHAN-BAHAN


🌽1 Biji telur
🌽1 Cawan gula halus
🌽1 Cawan air
🌽1 Sudu teh soda bikarbonate
🌽1 Sudy tek baking powder
🌽2 Cawan tepung gandum
🌽Sedikit esen vanilla - jika suka

BAHAN INTI

🌽Jagung manis ala krim Ayam Brand™
🌽Kacang tumbuk
🌽Gula pasir

CARA-CARA


1. Untuk bahagian inti,  goreng kacang terlebih dahulu. Goreng sehingga kacang anda sudah betul-betul masak dan baunya sudah naik. Macam aku goreng kacang dalam kuali non-stick. Kacang ni aku beli dikedaisainya terlebih besar. Jadi kena masak lebih lama. 


2. Kemudian, blend atau tumbuk kacang tersebut mengikut citarasa anda. Ada yang mahukan saiz kacangnya hancur lumat, ada pulak yang suka kacang yang berbentuk besar. Ikut kesukaan anda ya! Oh, satu lagi sebelum blend, anda kena buang kulit kacang terlebih dahulu persis peribahasa "Seperti kacang lupakan kulit". Kemudian, masukkan Jagung manis ala krim Ayam Brand™ ke dalam mangkuk yang lain.


3.Okay, untuk bancuhan tepung, pukul telur bersama gula halus sehingga kembang. Kemudian masukkan air. Pukul seketika dan masukkan soda bikarbonate dan baking powder.

4. Seterusnya masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. Tambah esen vanilla jika anda suka. Tak letak esen vanilla pun takpa ya.


5. Untuk memasak apam, sila gunakan kuali yang senang tanggal, tidak perlukan sebarang minyak. Guna kuali non-stick sebenarnya sangat memudahkan. Nasib baik baru-baru ni aku ada beli satu set kuali non-stick untuk mak aku. Inilah masanya untuk guna.


6. Letakkan bancuhan tepung dalam kuali. Bentukkan leper mengikut saiz yang anda suka. Sekali lagi, untuk saiz, anda boleh mengikut citarasa anda. Kalau anda suka saiz yang besar dan tebal, boleh letak banyak-banyak. Macam aku suka nipis-nipis sahaja.


7. Kemudian, letak jagung manis ala krim Ayam Brand™, kacang tanah dan gula mengikut tahap kemanisan yang anda suka. Nak letak coklat pun boleh. Ikut suka anda. Kalau tengok di pasar malam, macam-macam perisa ada. 

8. Kemudian, biar hingga rangup dan boleh angkat. Ketika memasak, pastikan anda guna api yang kecil sahaja. Ini paling penting, api kecil yang konsisten. Barulah apam dimasak dengan baik.

9. Selamat mencuba! 


Puas hati bila dapat buat apam balik sendiri. Pertama kali jugak buat. Terima kasih Ayam Brand™ sebab hantar bungkusan yang penuh dengan produk Ayam Brand™. Kepada anda yang bosan tak tau nak buat apa, bolehlah mencuba resipi ini ya!

Sumber : Rasa | Gambar Sendirian Berhad.

SEKIAN

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post